Kek Marjerin Guna 5 Bahan Ni Korang Kena Cuba Buat, Sukat Guna Cawan Je

Share

 

Nak cuba buat kek yang sedap tapi senang, korang kena cuba buat kek marjerin ni. Hanya dengan 5 bahan, korang dah boleh dapat makan kek yang sedap. Resipi ni dikongsikan oleh Siti Sobri. Cubalah buat.

KEK MARJERIN LIMA BAHAN

Bahan-bahan
1 cawan marjerin
1 cawan gula halus
3 biji telur ayam
2 sudu makan susu pekat manis
2 cawan tepung naik sendiri
*tambahan coklat cip

Cara membuat
1. Pukul marjerin bersama gula halus sehingga kembang.
2. Masukkan telur ayam satu demi satu. Pukul sehingga kembang.
3. Masukkan susu pekat. Pukul lagi.
4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Pukul lagi.
5. Bakar dalam oven 170 darjah selama 40 minit.
6. Keluarkan dari acuan. Sejukkan dan sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & gambar: Siti Sobri

 

Published by
Maryam Elyas