Kek Marjerin Guna 5 Bahan

Share

Tekak terasa pula nak makan kek. Kalau beli ada saja yang tidak kena rasanya. Boleh saja cuba resipi kek marjerin hanya gunakan lima bahan mudah ini. Dijamin terasa puas tatkala menikmatinya panas-panas. Lihat resipi yang dikongsi oleh Siti Sobri

.

BAHAN-BAHAN:

  • 1 cawan marjerin pelangi
  • 1 cawan gula halus
  • 2 cawan tepung naik sendiri
  • 2 sudu makan susu pekat manis
  • 3 biji telur
  • *tambahan coklat cip

CARA MEMASAK:

1. Pukul marjerin bersama gula hingga kembang, masukkan telur satu persatu pukul hingga kembang.

2. Masukkan susu pekat. Pukul lagi.

3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Pukul lagi.

4. Bakar oven 170 selama 40 minit.

5. Keluarkan dari acuan, sejukkan dan sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & gambar: Siti Sobri

Published by
Putri Adila Saari