Kek mentega ceri ini sangat mudah dan yang paling penting, ia sedap dan gebu. Bahan yang diperlukan pun yang biasanya sudah sedia ada di dapur.
Menurut Puan Nor Azliza Mohamed yang berkongsi resipi, Cherry butter cake atau kek mentea ceri ini adalah antara kek yang super senang nak buat tapi super sedap sebab super gebu. Rugi tak cuba tau!
125gm mentega – boleh beli online di sini
1/2 cawan gula kastor – boleh beli online di sini
2 biji telur (gred A)
1 sudu kecil esen vanilla – boleh beli online di sini
1 + 1/2 cawan self- raising flour @ 1+ 1/2 caawn tepung gandum + 1 sudu kecil baking powder (ayak)
1/2 cawan fresh milk
8- 9 biji ceri hijau (potong 4)
Ceri Merah (potong 4)
Satukan mentega dan gula dan pukul hingga gebu.
Masukkan telur satu persatu dan esen vanilla, Putar lagi.Setelah itu, masukkan tepung tadi berselang seli dengan fresh milk hingga habis. Putar sebati.
Masukkan ceri merah dan hijau.( tinggalkan sikit untuk hiasan atas kek), gaul rata.
Kemudian masukkan ke dalam baking tray 7″ atau 6″ @ ada loafpan. Bakar pada suhu 160°C selama 40 – 45 minit atau hingga masak. Tempoh waktu bergantung pada oven masing-masing ya. Siap!
SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official