Makan

Kek Mentega Coklat Cip, Boleh Hidang Pada Tetamu Di Hari Raya

Share

Tinggal seminggu lagi nak Raya. Jika anda terfikir nak hidangkan kek kepada para tetamu, boleh buat Kek Mentega Coklat Cip ni. Memang enak bila dapat menikmati Kek Mentega dengan taburan coklat cip di dalamnya. Nak lebih sedap, pastikan anda guna Anchor Unsalted Butter. Mentega tulen dari New Zealand ini merupakan pilihan yang terbaik. Aromanya saja sudah cukup menangkap selera. Pastinya para tetamu teruja melihat hidangan ini tersedia di atas meja.

KEK MENTEGA COKLAT CIP

Bahan-bahan:

  • 220gram tepung gandum – ayak
  • 170gram Anchor Unsalted Butter – suhu bilik
  • 150gram gula kastor
  • 180gram coklat chip
  • 120ml Fernleaf Susu UHT
  • 60gram Fernleaf Yogurt Asli
  • 2 biji telur
  • 1 ½ sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh vanilla esen
  • ¼ sudu teh garam

Cara Memasak:

  1. Di dalam mangkuk pengadun, pukul Anchor Unsalted Butter bersama gula kastor hingga ringan dan kembang.
  2. Masukkan telur satu persatu bersama esen vanilla. Pukul lagi hingga sebati.
  3. Masukkan Fernleaf Yogurt Asli lalu pukul perlahan hingga sebati.
  4. Masukkan tepung, baking powder dan garam. Gaul sebati.
  5. Tuang Fernleaf Susu UHT dan pukul perlahan hingga semua bahan sebati (jangan gaul berlebihan).
  6. Masukkan coklat chip dan kaup-balikkan sebati.
  7. Tuang adunan ke dalam loyang kek yang telah disapu sedikit mentega dan dialas dengan kertas parchment. Ratakan adunan.
  8. Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 170-180C selama 50-60 minit atau hingga kek masak. Sejukkan dan potong.

 

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official:

 

Published by
Naqiyatul Uzma