Siapa tak suka dengan kek mentega, walaupun plain tapi rasanya tidak menjemukan. Bahan yang digunakan mudah didapati. Memang boleh buat selalu , minum pula dengan kopi panas memang padulah.
KEK MENTEGA
250gm mentega-BELI ONLINE DI SINI
200gm gula kastor-BELI ONLINE DI SINI
5 biji telur gred A
230gm tepung naik sendiri (ayak)
50gm susu segar( sukat guna gram)
Esen vanila-BELI ONLINE DI SINI
Cara memasak:
1.Pukul mentega dan gula sehingga kembang dan berwarna kuning pucat.
2.Masukkan telur satu persatu dan pukul sebati.
3.Masukkan setengah penutup esen pilihan.Saya guna esen vanilla milk.
4.Masukkan susu segar.
5.Akhir sekali masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kaup balik dengan senduk hingga sebati.
6.Lengserkan loyang dengan sedikit mentega dan letakkan kertas minyak untuk elak kek dari melekat. Bakar api atas bawah pada suhu 160 darjah celsius (bergantung oven masing-masing)
7.Siap untuk dihidang.
Kredit : NunuPessa Hik
Kek Buah Versi Bakar Dan Berpati Oren, Resipi Ni Mudah Dibuat.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Nostalgia 8 Kek Lama Masih Jadi Pilihan Memeriahkan Hidangan Di Hari Raya!
Biarpun bermacam-macam kek moden yang dihiasi aising, ganache atau fondan menjadi kegemaran ramai, namun kek lama masih menjadi pilihan bagi memeriahkan Aidilfitri. Bukan sahaja rasanya enak dan mudah disediakan, malah ia juga menggamit kenangan beraya bersama keluarga.
1. KEK BUAH
BAHAN A:
- 300 gm mentega
- 280 gm gula kastor
- 6 biji telur
- BAHAN B:
- 1 kg buah-buah campuran kering | gaul dan rendam selama 4-5 jam
- 1 cawan | jus oren
BAHAN C:
- 360 gm tepung gandum
- 1 sudu teh serbuk penaik
- ½ sudu teh serbuk kayu manis
CARA MEMASAK:
- Pukul bahan A sehingga kembang dan masukkan telur.
- Campur bahan B. Gaul dengan sudu kayu.
- Masukkan tepung dan gaul perlahan dengan senduk kayu hingga sebati.
- Bakar selama 45 minit pada suhu 165C.
Info Chef : Boleh juga gunakan jus dalam tin/kotak.
2. CHOCOLATE SWISS ROLL
BAHAN-BAHAN:
BAHAN A
- 3 biji telur
- 60 gm gula
- 1/2 sudu teh serbuk penaik
- 1/2 sudu teh esen vanila
- 1/2 sudu besar ovallate
- 3 sudu besar tepung gandum
- 2 sudu besar serbuk koko
- 1/2 sudu besar susu tepung
- 60 gm mentega – cairkan
- Krim segar secukupnya
CARA MEMASAK:
- Pukul bahan A dengan kelajuan maksimum hingga kembang dan berkrim.
- Masukkan mentega cair. Kaup balik dengan hingga sebati.
- Tuang adunan dalam loyang 11″ X 8″ yang telah dilapikkan dengan kertas kalis minyak. Ratakan.
- Bakar suhu 170° S selama 20 minit menggunakan api atas dan bawah.
- Biarkan kek sejuk. Letakkan sekeping kertas kalis minyak di permukaan kek dan terbalikkan kek ke atas permukaan yang rata. Buang kertas alas bakar tadi.
- Sapukan permukaan kek dengan krim mentega dan gulung kek dengan cermat.
Info Chef : Krim segar boleh dibeli di pasar raya (dalam kotak). Hanya pukul sehingga kembang.
3. KEK LAPIS BLUEBERRY
BAHAN A:
- 20 biji telur (gred A) / | pukul 7 putih telur sahaja
- 280 gm gula kastor
BAHAN B:
- 450 gm mentega
- 1 sudu teh serbuk penaik
- 3 sudu besar susu pekat
- 1 sudu kecil vanila
BAHAN C – DIAYAK:
- 140 gm tepung halus
- 2 sudu teh rempah kek
BAHAN D:
- 1 sudu teh esen blueberry
- 1 sudu teh pewarna ungu
CARA MEMASAK:
- Asingkan 7 putih telur dan pukul bersama gula (bahan A).
- Pukul kuning telur (asingkan).
- Pukul bahan B dan masukkan Bahan C. . Kaup balik dan campur bersama bahan adunan tadi.
- Bahagi kepada dua bahagian dan campurkan D pada salah satu adunan.
- Bakar berselang seli selama 15 minit setiap lapis sehingga habis pada suhu 170°S.
Info Chef : Pastikan anda menggunakan senduk kayu ketika mengaup-balik adunan.
4. MUFFIN VANILA
BAHAN-BAHAN:
- 2 cawan tepung gandum
- 3/4 cawan gula kastor
- 1 sudu teh serbuk penaik
- 1/2 sudu teh garam
- 1 cawan susu
- 1 sudu kecil esen vanila
- 1 biji telur saiz besar
- 1/2 cawan mentega – cairkan
CARA MEMASAK:
- Ayak tepung, serbuk penaik dan garam.
- Dalam bekas berasingan, satukan susu, telur, gula, esen vanila dan kemudian masukkan mentega yang dicairkan. Kacau sebati. Tuang sedikit demi sedikit dalam tepung. Kacau sebati.
- Sudu kan dalam acuan muffin 3/4 penuh dan bakar selama 20 minit pada suhu 165°S.
Info Chef : Pastikan adunan tidak dikacau terlalu lama.
5. KEK BATIK MILO
BAHAN A:
- 200 gm Milo
- 250 gm mentega
- 230 gm susu pekat
- 1 sudu teh vanila
BAHAN B:
- 300 gm biskut Marie
CARA MEMASAK:
- Campurkan semua bahan A. Masak guna kaedah `double boil’.
- Patah-patahkan biskut dan gaulkan dengan bahan A.
- Tekan dalam Loyang 10×10. Sejukkan sebelum potong.
Info Chef : Bagi menambah kesedapan, boleh cuba taburkan horlick, oat atau kekacang sebagai ‘topping’.
6. KEK PISANG
BAHAN-BAHAN:
- 4 biji telur
- 6 biji pisang – dilecek
- 1 cawan gula kastor
- 2 cawan tepung gandum
- ¾ cawan mentega cair
- 1 sudu teh serbuk penaik
- 1 sudu teh soda bikarbonat
- 1 sudu teh esen pisang/vanila
- Secubit garam
CARA MEMASAK:
- Ayak tepung gandum dan serbuk penaik. Campurkan pisang lenyek, garam dan soda.
- Pukul telur, gula dan esen pisang hingga kembang. Masukkan mentega cair.
- Tuang adunan pisang dalam adunan telur. Kaup balik hingga sebati.
- Bakar selama 40 minit pada suhu 165°S.
Info Chef : Pisang berangan dan embun antara yang sedap digunakan untuk kek pisang.
7. KEK GULA HANGUS
BAHAN A:
- 1 ¼ cawan gula halus
- 1 cawan air panas
- 125 gm mentega
BAHAN B:
- 4 biji telur gred A
- ¼ cawan susu pekat manis
- 1 cawan tepung gandum
- 2 sudu teh soda bikarbonat
- 1 sudu teh esen vanila
CARA MEMASAK:
- Buat gula hangus. Masukkan air panas perlahan lahan. Masukkan mentega cair.
- Pukul perlahan telur dengan senduk kayu dan campur susu pekat serta vanila.
- Campurkan tepung dan soda bikarbonat. Masukkan dalam loyang.
- Biarkan adunan 4-5 jam sebelum bakar pada suhu 165°S selama 40-45 minit.
Info Chef : Sebaiknya jangan menggunakan pengadun elektrik ketika memukul telur.
8. KEK COKLAT
BAHAN A – DIAYAK BERSAMA:
- 2 cawan tepung
- 1 cawan serbuk koko
- 1 ½ sudu teh serbuk penaik
- Secubit garam
BAHAN B:
- 250 gm mentega
- ¾ cawan gula kastor
- ¾ cawan gula perang
- 3 biji telur
- 1 ¼ cawan susu mentega
- 1 sudu teh esen vanila
CARA MEMASAK:
- Pukul mentega, gula kastor dan gula perang hingga kembang.
- Masukkan telur dan esen vanila.
- Selang-seli kan bahan A dan susu mentega. Akhiri dengan bahan A
- Bakar selama 25 minit pada suhu 160°S.
Info Chef : Kek ini juga enak jika dimasak secara kukus.
Resipi: Zeti Hot Oven, Seri Kembangan
Resipi Kek Keju Durian Guna Blender. Memang Terlajak Mudah & Sedap!
Musim durian tengah banyak ni, bolehlah pakat hasilkan aneka makanan berasaskan raja buah ni. Salah satu yang boleh anda cuba ialah Kek Keju Durian ni. Tengok pada resipi perkongsian saudari Norhidayu Abdul Majid ni, Nampak mudah. Jom cuba!
KEK KEJU DURIAN GUNA BLENDER (SAIZ 6 INCI)
BAHAN DASAR KEK:
- 140gm biskut lemak. Campur dengan sedikit cornflakes – kisar hancur
- 60gm mentega @ marjerin
BAHAN ADUNAN KEK:
- 250gm krim keju
- 50gm gula kastor
- 2 biji telur
- 50ml susu segar / sejat
- 140gm isi durian
- 2 sudu makan tepung jagung
CARA MEMASAK:
1. Untuk menyediakan adunan dasar kek, cairkan mentega kemudian campurkan dengan biskut yang dikisar tadi. Gaul sebati.
2. Kemudian masukkan ke dalam loyang bersaiz 6 inci yang telah dibalut dengan aluminium form. Leperkn biskut hingga sekata. Simpan dalam peti sejuk seketika.
3. Untuk menyediakan kek, pertama sekali panaskan ketuhar pada suhu 160C. Kemudian masukkan krim keju, telur dan gula ke dalam blender. Kisar hingga sebati dan gebu.
4. Masukkan isi durian. Kisar lagi hingga hancur.
5. Akhir sekali, masukkan tepung jagung. Kisar lagi sekali.
6. Keluarkan loyang yang disejukkan dalam peti sejuk tadi dan tunag adunan keju di dalamnya.
7. Bakar menggunakan kaedah bain-marie/water bath. Bakar lebih kurang 1 jam. Masa mungkin berubah mengikut jenis ketuhar.
8. Kek sudah masak bila permukaan kek kelihatan kering dan tak melekit. Keluarkan loyang berisi air tadi dan letak kembali loyang kek dalam ketuhar dengan pintu ketuhar direngangkan sedikit. Biarkan selama 10-15 minit.
9. Keluarkan loyang kek dan letak atas redai. Biarkan sejuk. Kemudian bolehlah disimpan dalam peti sejuk selama 3-4 jam sebelum dinikmati.
Kredit resipi & foto: Norhidayu Abdul Majid
Resepi Brownies Sedap & Tahan Lama. 2 Minggu Letak Luar Peti Ais Pun Elok Lagi
Brownies antara menu yang boleh dibuat oleh kaum ibu bila anak-anak ada di rumah ketika cuti sekolah ini. Walaupun dah ada nasi dan lauk pauk, menu manisan begini pun memang kena ada.
Lagi pun brownies antara hidangan yang senang untuk dimasak. Malah kalau ikut resipi perkongsian Imah Halimah brownies ini juga akan tahan lebih lama. Dua minggu tanpa letak dalam peti sejuk pun masih elok lagi.
Resipi brownies sedap dan tahan lama
Bahan A
– 80gm unsalted butter
-200gm dark compound coklat (Beryl’s)
Bahan B
1/2 cawan gula kastor(kurangkn 1sb)
1/2 cawan gula perang (kurangkn 1sb)
1sk esen vanila
2 biji telur (saiz A)
1sk coklat emulco
Bahan C
1/2 cawan tepung naik sendiri
1/4 cawan serbuk koko(kurangkn 1/2 sb)
Nota: Loyang 6 inci
Cara membuat
- Double boil bahan A.
2. Dalam bekas lain, satukan bahan B. Kacau guna hand whisk atau senduk sahaja. Gaul sekadar rata, jangan terlebih gaul ya
3. Campurkan bahan C ke dalam bahan B dan gaul sebati.
4. Masukkan bahan A ke dalam adunan tadi
5. Alaskn loyang 6 inci dengan parchment/baking paper. Lebihkan kertas supaya mudah nak keluarkan brownies apabila sudah masak.
6. Panaskan oven dahulu. Bakar suhu 170″c api atas bawah 40minit atau bersesuaian dengan oven masing-masing.
7. Bila brownies dah agak suam, boleh keluarkan dari loyang dan potong.
Nota: Brownies ini tahan selama 2 minggu pada suhu bilik. Tak perlu simpan dalam peti ais. Boleh letak di luar tapi pastikan bertutup.
Sumber: Imah Halimah