Kek Milo Moist Mudah Aje, Memang Super Lembab & Kaya Rasa Coklat

Share

Kek Milo Moist ni memang mudah aje langkah memasaknya. Musim PKPB tengah ni kalau teringin nak makan kek, boleh buat sendiri aje. Kalau nakkan kek koko dan kopi kaya dengan rasa coklat yang hebat dan lembab, jom ikut resipi Kek Milo Moist dari Iedaa Jahaya ini.

Buat keknya dahulu, bila dah sejuk baru tuangkan toppingnya. Memang patut pun kaya bercoklat sebab ada ramuan koko, milo dan topping dengan ramuan coklatberyl’s dan krim putar yang lazat. Keknya juga ada memasukkan serbuk kopi, memang ala mocha lah rasanya tapi dengan lebih rasa coklat.

KEK MILO MOIST



.

BAHAN-BAHAN :

  • 1 cawan Milo * – beli online DI SINI
  • 2 sudu besar serbuk koko* -beli online DI SINI
  • 1/2 cawan minyak jagung* – beli online DI SINI
  • 1/2 cawan gula kastor* – beli online DI SINI
  • 1/2 cawan air panas*
  • 2 sudu kecil serbuk kopi*

1 biji telur

Bahan diayak bersama :

  • 1 cawan tepung gandum | diayak – beli online DI SINI
  • 1 sudu kecil baking soda | diayak – beli online DI SINI
  • 1/2 sudu kecil baking powder | diayak – beli online DI SINI

Bahan topping (masak dengan kaedah double boiler) :

  • Krim putar
  • Coklat beryl’s

CARA MEMASAK :
1. Campur semua bahan-bahan bertanda *, dan kacau hingga gula larut, tapis dan ketepikan.
2. Ambil satu biji telur dan kacau hingga kembang.
3. Kemudian masukkan telur ke dalam adunan Milo tadi dan kacau.


4. Ayak tepung gandum, baking soda dan baking powder. Dan masukkan ke dalam adunan Milo. Kacau rata
5. Panaskan pengukus, kukus selama 15 minit
6. Keluarkan dan biarkan kek sejuk.Tunggu sejuk baru letak topping coklat


.

7. Satukan krim putar dan coklat beryl’s (guna kaedah double boiler). Kacau hingga coklat cair.
8. Curahkan di atas kek.


.

Kredit: ieda Iedaa Jahaya
FB :Rasa Share Resipi

INGIN MENCARI PENGUKUS TERBAIK, JOM BELI DI SINI

ANDA MUNGKIN TERTARIK DENGAN VIDEO INI, TENGOK LEBIH BANYAK VIDEO LAGI DI YOU TUBE @MajalahRasaOfficial

DAN JUGA RESIPI-RESIPI INI :

 

Published by
Faridah Talib