Untitled design - 2019-11-04T114048.830

Memang sedap dapat nikmati kek mini hokkaido. Seumpama menelan kapas gebunya tak terkata. Kalau membelinya boleh tahan juga harganya. Jadi apa kata buatnya sendiri dengan resipi berikut.
Yang penting pasti menjadi kek hokkaido korang.

Buat Kek Mini Hokkaido Gebu 

Bahan-bahan:

  • 4 biji kuning telur
  • Secubit garam
  • 3 sudu besar gula kastor
  • Sedikit esen vanilla(satukan dan pukul bagi sebati)
  • Setengah cawan susu cair (saya pakai susu segar)
  • 1/4 cawan minyak masak(masukkan dalam bekas telur,susu dan minyak)pukul sekejap
  • -letak tepi sementara untuk langkah ke dua

Langkah 2

  • 4 biji putih telur
  • 4 sudu besar gula kastor
  • Satu sudu kecil cream of tartar

Cara membuat:
1.Meringue,adun putih telur sampai berbuih kasar.
2.Masukkan cream of tartar/ adun lagi.
3.Kemudian masukkan gula kastor sikit-sikit( adun lagi sampai jadi likat)

Langkah 3

  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 1/2 sudu kecil baking powder (Ayak semua barang. Kemudian masukkan ke dalam bekas kuning telur.Pukul hingga sebati.

*sebenarnya guna tepung gandum khas tapi saya guna tepung gandum superfine saja.

Langkah 4
1.Ambil putih telur tadi masukkan ke dalam bekas kuning telur yang dah siap tadi sikit.
2.Gaul sebati.Ulang sampai habis putih telur. Siap.

IKLAN

3.Masukkan dalam paper cup.
4.Bakar 25 minit dengan suhu 150 darjah c..

Kuah kastard:

Bahan-bahan:

  • 200ml susu cair
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 1 sudu tepung kastard
  • 4 sudu gula kastor
  • 1 sudu besar butter
  • 1 biji telur

Cara membuat:

1.Satukan semua bahan dan masak guna api perlahan.
2.Kacau hingga pekat.
3.Sejukkan sementara nak paipkan.

IKLAN

Kredit Resipi : rosliza che ya

ADA YANG NAK MEMBELI MIXER, BOLEH BELI DI SINI.

Nak dapatkan peralatan memasak yang baru?  Klik sini

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

IKLAN

Kek Mentega Simple Guna 4 Bahan Sahaja, Sedap Lemak Manis Rasanya

https://www.rasa.my/kek-keju-gebu-puas-makan/

Resipi Kek Pisang Sedap & Mudah

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI