Kek Minyak Susu Gebu Gebas

Share

Kek minyak susu ini gebu ini sungguh cantik kejadiannya. Sedap pulak tu. Cara masak pun tak susah sangat. Boleh dihidangkan untuk para tetamu yang datang beraya ke rumah sepanjang Syawal ini.

Ikut saja resipi yang dikongsikan oleh puan Mieenn Mieenn ini ye.

Kek Minyak Susu Gebu Gebas

Bahan-bahan:

10 biji telur ayam gred B atau C (kalau A guna 8 biji saja)

2 cawan gula perang halus  – boleh beli online di sini

1 sudu besar ovallete – boleh beli online di sini

4 cawan tepung gandum +1sudu besar baking powder (ayak 2 kali)

1sudu besar esen vanila – boleh beli online di sini

1/4 cawan susu pekat 

(Menggunakan loyang saiz 9 atau 10)

5-6 sudu besar susu tepung – boleh beli online di sini

½ cawan susu full cream – boleh beli online di sini

1 cawan minyak Canola 

¼ pure butter

Cara Memasak:

Mix semua sekali sampai hampir gebu. Masukkan susu tepung. Mix sebati.

Tambah susu full cream secara perlahan-lahan sampai habis. Mix maksimum high sampai gebu. Matikan mixer.

Masukkan minyak canola atau matahari.nGaul sebati. Tambah pure butter yang dah dicairkan bagi lagi lemak.

Gaul-gaul sebati semua. Bahagikan 3 bahagian letak colour. Isi berselang sampai habis. Lorekkan. Panaskan oven 5 selama 5 mnit dengan 150C.

Masukkan kek api bawah 180 api atas 160C. Biar sampai 30 minit turunkan api atas 150C. Sampai masak total 50-55 minit.

Sebelum keluarkan cucuk dulu bahagian tengah kalau lidi keluar bersih maksudnya dah masak.

SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official

 

 

Published by
Nurul Azwa