Nestum selalunya menjadi bahan dalam biskut. Pun begitu, Nestum boleh juga dijadikan sebagai bahan utama dalam pembuatan kek.
Kali ini RASA ingin kongsikan resipi membuat Kek Nestum yang simple tapi sedap rasanya.
KEK NESTUM
BAHAN-BAHAN
250 gram mentega
200 gram gula kastor
4 biji telur ayam
70 gram Nestum
3 sudu makan golden syrup
230 gram tepung kek (diayak)
1 sudu teh serbuk penaik (diayak)
50 gram air susu
CARA MEMBUAT
1. Lengserkan sedikit minyak masak ke dalam acuan berukuran 8 inci x 8 inci. Lapik dengan kertas serap minyak. Panaskan oven pada suhu 180 darjah selsius.
2. Dalam bekas, satukan mentega dan gula kastor. Pukul sehingga kembang dan berkrim.
3. Masukkan telur ayam sebiji demi sebiji sambil dipukul sehingga sebati.
4. Kemudian masukkan Nestum dan golden syrup lalu digaul rata. (Nina guna senduk aje)
5. Masukkan tepung kek dan serbuk penaik sedikit demi sedikit sambil dikacau berselang seli dengan air susu.
6. Tuangkan adunan ke dalam acuan dan bakar selama 1 jam atau sehingga kek masak.
Selamat mencuba!
Sumber: www.ninamirza.com
Terima kasih kerana berkongsi resipi dengan majalah RASA.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Biskut 3 Bahan Tak Perlu Bakar. Resipi Milo Crackers, Mudah, Jimat Dan Sedap!
Bagi kamu yang suka ratah milo, suka sangat dengan serbuk coklat bolehlah buat resipi Milo Crackers ni. Hanya guna tiga bahan sahaja dan tidak perlu membakar, tunggu sejuk terus boleh menikmatinya. Mudahkan? Apa lagi jom cuba!
Sebelum itu, kalau anda nak dapatkan promosi untuk item milo klik sini. Gunakan kod promo ini untuk harga yang istimewa.
RESIPI MILO CRACKERS
BAHAN-BAHAN:
- 1 pek biskut Marie
- 1/2 tin susu pekat manis (kalau suka manis boleh letak lebih)
- 1/2 cawan Milo/ serbuk Koko/ Vico
- Additional: chocolate rice sebagai hiasan.
CARA MEMASAK:
1. Hancurkan biskut Marie menjadi ala-ala serbuk roti.
2. Masukkan Milo dan susu pekat manis. Tuang sedikit air panas supaya lebih sebati.
3. Gaul dan bentukkan ikut kesukaan.
4. Nak lebih menarik boleh juga salut dengan chocolate rice, nestum, kacang tumbuk dan sebagainya.
5. Kemudian masukkan dalam peti sejuk lebih kurang setengah jam. Boleh hidangkan.
Siap.. Jangan risau biskut ni memang rangup!
Selamat mencuba!
Jangan risau kalau guna banyak milo, klik sini untuk dapatkan promosi hebat. Gunakan kod ini untuk harga yang istimewa ya.
Kongsi resipi: Nurasykin Ali
Resipi Kek Mentega Mudah Buat . Makan Banyak Kali Pun Tak Muak
Siapa tak suka dengan kek mentega, walaupun plain tapi rasanya tidak menjemukan. Bahan yang digunakan mudah didapati. Memang boleh buat selalu , minum pula dengan kopi panas memang padulah.
KEK MENTEGA
250gm mentega-BELI ONLINE DI SINI
200gm gula kastor-BELI ONLINE DI SINI
5 biji telur gred A
230gm tepung naik sendiri (ayak)
50gm susu segar( sukat guna gram)
Esen vanila-BELI ONLINE DI SINI
Cara memasak:
1.Pukul mentega dan gula sehingga kembang dan berwarna kuning pucat.
2.Masukkan telur satu persatu dan pukul sebati.
3.Masukkan setengah penutup esen pilihan.Saya guna esen vanilla milk.
4.Masukkan susu segar.
5.Akhir sekali masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kaup balik dengan senduk hingga sebati.
6.Lengserkan loyang dengan sedikit mentega dan letakkan kertas minyak untuk elak kek dari melekat. Bakar api atas bawah pada suhu 160 darjah celsius (bergantung oven masing-masing)
7.Siap untuk dihidang.
Kredit : NunuPessa Hik
Kek Buah Versi Bakar Dan Berpati Oren, Resipi Ni Mudah Dibuat.
10 Tip Buat Coklat Cip Paling Sedap ‘Chewy’, Cubalah Resipinya Sekali…
Coklat cip memang kegemaran anak-anak sepanjang masa. Tak payahlah tunggu raya pun nak membuatnya. Tapi adakalanya coklat cip tak berapa menjadi. Kadang-kadang terlalu keras , ada yang terlalu kering.
Ni min kongsikan petua kalau nak biskut yang rangup dan ‘chewy’. Kalau garing sangat dan kering pun kurang seronok dimakan.
1. GUNA MENTEGA BIASA ADA GARAM
Gunakan mentega berkualiti tinggi. Mentega berkrim dan ada garam. Rasa coklat cip gerenti
2. CAIRKAN MENTEGA DALAM OVEN (PRE HEATING)
Jika pilih nak buat biskut yang agak tebal, cairkan mentega separuh sahaja atau satu pertiga cair. Jangan biarkan cair kesemuanya. Masukkan dalam oven yang sedang dipanaskan sebelum membakar biskut (pre heating). Carikan selama 3-4 minit sahaja. Jangan lupa set kan timer. Kalau terlajak alamat biskut tu jadi rata tak naik…huhuhu.
3. BIAR MENTEGA KEMBALI KE SUHU BILIK
Biarkan ia berehat dalam beberapa minit dalam suhu bilik, agar ia berada kembali dalam keadaan buku yang lembut.Sebelum anda membuat doh. Bunyi macam leceh kan tetapi ingat mentega cair yang panas tidak akan memberi hasil yang sempurna seperti mentega yang telah sejuk dan menjadi lembut. Jadi sabarlah ya.
4. PUKUL TELUR SEADANYA
Pukul seadanya gula dan mentega sudah memadai. Usah terlebih pukul kerana ia akan menyebabkan biskut menjadi keras.
5. TAMBAH SEDIKIT TEPUNG
Tambahkan sedikit tepung pada doh terutamanya apabila mentega sudah cair. Keadaan doh boleh ditarik dari sisi mangkuk adunan (tidak melekat di tepi mangkuk). Jika anda menggunakan mesin mixer elektrik, perhatikan keadaan doh tidak melekit di sisi mangkuk dan tidak terlalu lembik, jika anda lihat doh agak lembab, tambahkan sesudu tepung hingga doh boleh membulat di tengah mangkuk.
6. GUNAKAN SEKURANG-KURANGNYA DUA JENIS COKLAT CIP
Haa…masukkan sekurang-kurangnya dua jenis coklat cip barulah lebih terangkat rasanya. Kalau min pilih coklat bar/kepingan separuh manis (semisweet) dipotong jadi ketulan kasar, cip cokat susu dan cip coklat gelap. Rasa coklat sedikit berbeza dan bentuk ketulan dan chip menjadikan biskut lebih menarik dan rasa lebih sedap.
7. MASUKKAN DOH DALAM PETI SEJUK
Perasan tak lepas bakar dulang biskut pertama, biskut anda nampak rata aje. Kalau begitu biarkan ia dalam peti sejuk sebelum membakar agar doh sedikit padu dan mampat.
8. BISKUT BERSAIZ BESAR.
Besar tu lebih kurang suku ¼ cawan doh, untuk dicubit membulat menjadi sekeping biskut. Tekankan, biskut yang agak tebal memberikan rasa lebih ummph
9. BENTUKKAN MENGGUNAKAN TANGAN
Walaupun anda boleh gunakan sudu, untuk mendapatkan rupa biskut yang sedikit membulat di atasnya, tetapi gunakan tangan untuk membentuk doh adalah lebih mudah, Bulatkan dan gentel dengan tapak tangan.
10. COKLAT CHIP DI ATAS BISKUT
Perasan tak korang dah letak banyak-banyak coklat cip di dalam adunan tapi bila dah siap bakar rupanya nampak plain aje, tak menarik kan. Kalau nak nampak ‘chunky dan timbul coklat cipnya, apa kata ambil bebeberapa biji coklat cip dan tekankan dan susun atas biskut tu sebelum dibakar, wah barulah menarik rupanya.
Ok ni min kongsikan resipi Biskut Coklat Cip yang mudah dan klasik sangat…
BISKUT COKLAT CIP KLASIK
BAHAN-BAHAN :
- 7 sudu besar mentega
- ¾ cawan gula halus
- 1 sudu besar gula perang
- 1 sudu kecil esen vanilla
- 1 biji telur
- 1 1/4 cawan tepung serbaguna * tambah beberapa sudu lagi jika doh terlalu melekit
- ½ sudu baking soda
- ¼ sudu teh garam
- 1 cawan campuran coklat cip dan ketulan kecil kepingan coklat
CARA MEMASAK :
1. Panaskan over ke suhu 350 darjah Fahrenheit. Masa tengah preheating ni bolehlah cairkan mentega dalam keadaan 1/3 atau separuh cair. Tutup oven dan keluarka mentega dan biarkan mentega kembali ke suhu bilik, biarkan mentega dalam keadaan lembut..
2. Masukkan gula dan vanilla. Pukul hingga kacau sebati dan sekadar jadi gebu. Masukkan pula telur hingga sebati. Usah pukul terlalu lama.
3. Kemudian masukkan tepung, baking soda dan garam. Kacau guna mixer dalam kelajuan rendah, pastikan tak melekat di sisi mangkuk adunan atau sehingga tepung sebati.
4. Kiranya doh asih melekit dan lembab, tambahkan satu sudu besar tepung hingga doh boleh menyatu menjadi bola. Usah menambah terlalu banyak tepung kerana ia akan mengeraskan biskut. Bila doh tidak terlalu melekit , masukkan cip coklat dengan senduk kering.
5. Panaskan oven ke suhu 350 darjah Farenheit. Cubit doh sebanyak ¼ cawan, bulatkan dan susunkan beberapa biji coklat chip di atasnya. Susun atas dulang, jarakkan beberapa inci.
6. Keluarkan apabila ada sedikit tompokan perang di atasnya, usah terlalu perang. Barulah biskut tidak terlalu kering.
Saiz hidangan : 10-12 keping biskut besar
Masa penyediaan : 45 minit
Masa memasak : 9 minit