Kek Nestum, Simple Tapi Tetap Sedap

Share

Nestum selalunya menjadi bahan dalam biskut. Pun begitu, Nestum boleh juga dijadikan sebagai bahan utama dalam pembuatan kek.

Kali ini RASA ingin kongsikan resipi membuat Kek Nestum yang simple tapi sedap rasanya.

KEK NESTUM

BAHAN-BAHAN
250 gram mentega
200 gram gula kastor
4 biji telur ayam
70 gram Nestum
3 sudu makan golden syrup
230 gram tepung kek (diayak)
1 sudu teh serbuk penaik (diayak)
50 gram air susu

CARA MEMBUAT
1. Lengserkan sedikit minyak masak ke dalam acuan berukuran 8 inci x 8 inci. Lapik dengan kertas serap minyak. Panaskan oven pada suhu 180 darjah selsius.
2. Dalam bekas, satukan mentega dan gula kastor. Pukul sehingga kembang dan berkrim.
3. Masukkan telur ayam sebiji demi sebiji sambil dipukul sehingga sebati.
4. Kemudian masukkan Nestum dan golden syrup lalu digaul rata. (Nina guna senduk aje)
5. Masukkan tepung kek dan serbuk penaik sedikit demi sedikit sambil dikacau berselang seli dengan air susu.
6. Tuangkan adunan ke dalam acuan dan bakar selama 1 jam atau sehingga kek masak.

Selamat mencuba!

Sumber: www.ninamirza.com
Terima kasih kerana berkongsi resipi dengan majalah RASA.

 

Published by
Maryam Elyas