
Kek New York Cheese ala Secret recipe, buat sendiri memang jauh menjimatkan daripada beli di kedai.
Antara kek yang digemari ramai ialah kek New York Cheese Cake Secret Recipe. Peh! Rasanya memang sedap lebih-lebih lagi penggemar cheese, boleh tak tidur malam dibuatnya!
Tapi, biasanya, kalau beli di kedai bakeri berjenama itu, harganya agak mahal. Sebaliknya, kalau buat sendiri, lagi menjimatkan. Bolehlah makan puas-puas bersama keluarga.
Resipi untuk Kek New York Cheese ala secret resipi ini dikongsikan oleh puan Azura
Memang tak rugi mencuba. Sangat sedap!
Resipi Kek New York Cheese Ala Secret Recipe
Bahan-bahan:
500 gram Cream cheese (*) – boleh beli online di sini
Biskut digestive
500 gram Sour cream (*)
Mentega buttercup (*) – guna separuh
4 sudu besar gula halus (*)
2 biji telur (*)
4 sudu besar tepung gandum (*) – boleh beli online di sini
½ biji lemon – parut kulit dan perah ambil jus (*)
Buah blueberi untuk topping
1 sudu kecil esen vanilla (*) – boleh beli online di sini
CARA MEMBUAT:

Hancurkan biskut digestive sampai lumat kemudian ratakan di dalam loyang bersama butter yang dah cair siap. Masukkan di dalam peti ais supaya ia keras. Ketepikan.

Gunakan Mix hand untuk semua bahan yang bertanda (*) sampai kembang cantik.
Kemudian masukkan bahan yang dah sebati ke dalam loyang. Dalam masa yang sama, panaskan oven selama 10 minit dalam suhu 160 darjah celsius.
Masukkan Loyang ke dalam oven dan sedia untuk bakar kek sehingga 1 jam 20 minit. Setelah kek masak, keluarkan dan sejukkan.

Akhir sekali, barulah letak blueberi sebagai topping di bahagian atasnya. Siap!! Jangan tak cuba tau!
SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Kek Coklat Super Moist Ini Sangat Sedap, Tanpa Oven Dan Mixer!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Cookies Guna Kekacang Dan Biji-Bijian Sungguh Sedap Dibuat Kudapan.

Nak biskut tambah rangup, tambah aje kekacang dan bijian. Biskut moden memang sentiasa dicipta dan dikemas kini setiap tahun. Hiasan kekacang dan biji-bijian bukan sahaja menambah tarikan tetapi juga rasa lemak yang sungguh sedap.
Jom kita semak 5 lagi resipi biskut raya yang dikongsikan oleh Zaiton Ismail dari Dyra Bakery & Academy ini. Tak payah tunggu raya buat kudapan masa tengok rancangan tv pun syok juga nih…
1.CHERRY SUN FLOWER SEEDS

BAHAN-BAHAN :
- 250 gm mentega
- 100 gm gula aising
- 350 gm gm tepung gandum | diayak
- 50 gm tepung kentang | diayak
- 50 gm tepung jagung | diayak
- 30 gm ceri hijau dan merah | dipotong kecil
- 30 gm biji bunga matahari | telah dipanggang
Bahan hiasan :
- Ceri hijau dan merah
- Biji bunga matahari secukupnya
CARA MEMASAK :
1. Pukul mentega dan gula aising hingga kembang.
2. Kemudian masukkan telur, pukul rata.
3. Kemudian masukkan semua jenis tepung diikuti ceri hijau ,ceri merah dan biji bunga matahari serta gaul rata.
4. Adun hingga menjadi doh
5. Kemudian gelekkan doh dan terap ikut bentuk acuan yang disukai
6. Panaskan oven dan bakar dalam suhu 170 darjah celcius selama 18 minit
Waktu memasak : 18 minit
Keistimewaan : Buah ceri yang manis dan biji bunga matahari yang rangup
INFO : Panggang dahulu biji bunga matahari untuk biskut yang lebih rangup dan berlemak. Susun dengan jarak yang jauh sedikit kerana doh akan mengembang dan merebak.
2. APRICOT SHIP COOKIES

BAHAN-BAHAN :
- 250 gm mentega
- 50 gm gula aising
- 400 gm tepung gandum | diayak
- 100gm apricot kering | dipotong kecil
- 100 gm serbuk badam
- Sedikit pewarna kuning
Bahan hiasan :
- Aprikot, ceri dan badam cincang secukupnya
CARA MEMASAK :
1. Pukul mentega dan gula aising hingga kembang, masukkan pewarna kuning.
2 .Masukkan tepung gandum, diikuti dengan badam dan aprikot kering.
3. Adunkan supaya menjadi doh.
4. Bentukkan dengan acuan berbentuk kapal, jangan terlalu nipis.
5. Hiaskan aprikot , ceri dan badam cincang di atasnya.
6. Panaskan oven dengan suhu 170 darjah celcius dan bakar selama 15 minit.
Waktu memasak : 15 minit
Keistimewaan : Hiasan aprikot, ceri dan badam dalam biskut kapal, menaikkalan lagi rasa ramuannya
INFO : Anda boleh juga menggunakan buah-buahan beri lain menggantikan ceri
3.PEANUT BUTTER TART ALMOND

BAHAN – BAHAN:
- 250 gm mentega
- 60 gm gula aising
- 350gm tepung gandum | diayak
- 50 gm tepung jagung | diayak
- 100 gm mentega kacang
- 50 gm badam hiris
- 50 gm ceri merah dan hijau
Bahan Hiasan :
- Coklat cair warna merah mudah, dipaipkan.
CARA MEMASAK :
1. Pukul mentega dan gula aising hingga kembang.
2. Masukkan tepung gandum, tepung jagung dan uli hingga menjadi doh.
3. Kemudian gunakan acuan kulit tart dan bentuk tart seperti dalam gambar.
4. Kemudian masukkan mentega kacang, ceri dan badam hiris ke dalam tart.
5. Panaskan oven dalam suhu 170 darjah celcius, dan bakar selama 18 -20 minit atau sehingga perang keemasan.
6. Setelah sejuk hiaskan atau paipkan coklat cair warna merah muda.
Waktu memasak :18-20 minit
Keistimewaan : Inti mentega kacang,badam hiris memberikan rasa berlemak
INFO : Ceri merah dan hijau yang manis menyedapkan lagi biskut ini
4.SUGEE ALMOND COOKIES

BAHAN-BAHAN :
- 250 gm minyak sapi
- 120 gm gula aising
- 400 gm tepung gandum
- 1 sudu teh perisa pandan
- 1 sudu teh pewarna hijau
Bahan hiasan :
- 50 gm hirisan badam
- 100 biji labu hijau
CARA MEMASAK :
1. Pukul minyak sapi dan gula aising hingga kembang.
2. Kemudian masukkan perisa pandan dan pewarna hijau.
3. Terap mengikut acuan dan hiaskan hirisan badam dan biji labu di atasnya.
4. Panaskan oven dengan suhu 170 darjah celcius, dan bakar selama 20 minit
Waktu memasak : 20 minit
Keistimewaan : Biskut suji yang lembut dan gebu dengan perisa pandan Anggaran kos : RM 45
INFO : Biskut suji kaya dengan rasa minyak sapi yang lazat. Anda boleh juga menambahkan sedikit susu tepung untuk rasa lebih berkrim
5. GREEN MINT COOKIES WITH PUMPKIN SEEDS

BAHAN-BAHAN :
- 250 gm mentega
- 110 gm gula aising
- 1 biji telur
- 300 gm tepung gandum | diayak
- 10 ml perisa pudina
- 10 ml pewarna hijau
- 10 gm serbuk penaik | diayak
- 20 gm hirisan badam
Bahan hiasan :
- Coklat cair secukupnya untuk dipaipkan atas biskut.
- 120 biji labu secukupnya
CARA MEMASAK :
1. Pukul mentega bersama gula aising dan kemudian masukkan telur
2. Pukul rata dan masukkan tepung gandum dan serbuk penaik.
3. Masukkan perisa pudina dan hirisan badam.
4. Uli doh dan sudukan ke atas dulang, hiaskan dengan biji labu.
5. Panaskan oven dan bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 18 minit.
6. Sejukkan dan hiaskan dan paipkan coklat yang dicairkan di atasnya.
Waktu memasak :18 – 20 minit
Keistimewaan : Kelazatan rasa pudina dan badam
INFO : Panggang dahulu biji labu , jika anda mahu memasukkan sedikit dalam adunan (10 gm) untuk rasa lebih rangup.
Terima kasih :
Dyra Bakery & Academy,15- 1 Jln Elektron E U16/E, Denai Alam, Shah Alam. fb: nurdyracookies house, fb :Kzis Zis Zaiton Ismail
Resipi Kek Minyak Kukus Yang Lembut, Gebu. Buat Pun Senang

Resipi kek minyak kukus ini buat minum petang bersama teh o panas memang kena sangat. Nak buat petang ini pun masih sempat kerana cara penyediaanya cukup mudah dan tak mengambil masa.
Selalunya kek minyak kita buat dalam versi bakar, kali ini boleh cuba cara kukus. Hasilnya memang tak mengecewakan, gebu dan lembut.
Resipi Kek Minyak Kukus, Hasilnya Lembut Gebu

Bahan-bahan
5 biji telur
1/2 cawan gula
1 cawan cusu pekat
Esen vanilla
1 cawan minyak masak
1 sdk ovalete
2 cawan tepung gandum
1 sdk baking powder
Cara penyediaan
1. Satukan telur, gula, esen vanilla, minyak masak dan ovellet.
2. Putar sehingga adunan jadi putih.
3. Masukkan dalam mangkuk besar dan tambah tepung gandum baking powder. Kacau sebati.
4. Bahagikan adunan dalam beberapa bekas dan isi warna kesukaan.
5. Sediakan acuan yang disapu minyak terlebih dahulu kemudian tuang selang-seli adunan berwarna ke dalam acuan.
6. Kemudian kukus selama 45 minit. Sejukkan dan keluarkan kek dari acuan.

INFO: Kek ini juga boleh dibakar.
Tip kek gebu dan tidak mendap
-Pastikan pengukus betul-betul panas sebelum masukkan kek.
-Balut penutup pengukus dengan kain bersih untuk elak wap air menitis ke kek.
-Jangan buka penutup pengukus sepanjang proses kukusan 45 minit.
-Gunakan telur pada suhu bilik.
Kredit resipi & foto: Pok Wan Lemang
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA
Wajib Cuba! 5 Jenis Kek Minyak Sukatan Cawan Dari Resipi Popular.

Himpunan resipi Kek Minyak dari blogger popular yang selalu mendapat perhatian. Antara kek yang paling mudah untuk di sediakan dengan bahan yang tidak remeh dan yang paling best kesemua resipi ini menggunakan sukatan cawan. Untuk yang sedang berjinak nak buat kek, inilah masanya pilih saja yang mana kamu suka!
RESIPI KEK MINYAK

BAHAN-BAHAN:
- 5 biji telur
- 1/2 cawan gula halus
- 2 cawan tepung gandum
- 1 sudu teh baking powder
- 3/4 cawan susu pekat
- 1 sudu besar ovallate
- 1 cawan minyak masak
- perasa nenas atau pisang
- 1 sudu teh esen vanila
- Pewarna yg disukai
CARA MEMASAK:
- Satukan tepung dan baking powder kemudian di ayak, ketepikan.
- Pukul telur bersama gula dan ovallate hingga kembang dan gebu. Sy putar dlm 5 minit.
- Masukkan susu pekat dan esen vanila, pukul sebati.
- Masukkan minyak masak dan perasa sambil dipukul lagi tapi hanya sekadar untuk adunan bergaul rata.
- Akhir sekali masukkan tepung gandum yang telah di ayak.
- Kaup balik adunan dengan spatula hingga rata
- Bahagikan adunan kepada 3 atau 4 bekas
- Letakkan pewarna dalam setiap bekas mengikut kesesuaian & gaul rata.
- Sediakan loyang 8 inc.(Sy guna loyang 9 inc)
- Lapik dasar loyang dengan kertas minyak.
- Tuangkan adunan berselang seli warna sehingga habis
- Suhu 170 C bergantung kepanasan oven masing-masing
- Bakar selama 45 minit ~ 60 minit. Sy bakar sejam. Siap.
Kredit resipi: Atier Syah
KEK MINYAK SEDAP

BAHAN-BAHAN:
- 5 biji telur
- 1/2 cawan gula kaster
- 2 cawan tepung gandum
- 1 sk baking powder
- 1 cawan susu pekat
- 1 sudu besar ovallate
- 1 cawan minyak jagung
- 1 sudu kecil esen vanilla
- Sedikit perisa yang disukai – tak letak
- Sedikit pewarna kuning, merah dan biru
CARA MEMASAK:
- Ayak tepung gandum bersama baking powder. Ketepikan. Lenser loyang kek dengan mentega. Alaskan dengan baking paper.
- Pukul telur bersama gula dan ovallate sehingga kembang. Masukkan susu pekat dan esen vanila. Pukul lagi sekejap. Masukkan minyak dan perisa sambil dipukul sekadar untuk adunan bergaul rata.
- Akhir sekali masukkan tepung gandum sedikit sedikit. Gaul rata. Selepas itu, bahagikan kepada 3 adunan lebih kurang 320 gram setiap warna. Tuangkan ke dalam loyang saiz 8 atau 9″ dan corakkan warna ikut kreativiti masing masing.
- Bakar hingga masak pada suhu 170C selama 50 minit atau sehingga masak. Saya bakar selama 40 minit sahaja. Biarkan kek sejuk barulah dipotong dan hidangkan.
Kredit resipi: Azie Kitchen
KEK MINYAK

BAHAN-BAHAN:
- 5 biji telur
- 3/4 cawan gula halus ~ 160 gm
- 2 cawan tepung gandum ~ 300 gm
- 1 sudu teh baking powder
- 1 cawan susu pekat ~ 300 gm
- 1 sudu besar ovallate
- 1 cawan minyak masak ~ 200 gm
- perasa nenas atau pisang
- 1 sudu teh esen vanila
- Pewarna
CARA MEMASAK:
- Satukan tepung dan baking powder kemudian di ayak, ketepikan
- Dalam mesen pemutar, Pukul telur bersama gula dan ovallate hingga kembang dan gebu.
- Masukkan susu pekat dan esen vanila dan pukul sebati
- Masukkan minyak masak dan perasa sambil dipukul lagi tapi hanya sekadar untuk adunan bergaul rata.
- Akhir sekali masukkan tepung gandum yang telah di ayak.
- Kaup balik adunan dengan spatula hingga rata
- Bahagikan adunan kepada 3 atau 4 bekas
- Letakkan pewarna dalam setiap bekas mengikut kesesuaian
- Gaul rata
- Sediakan loyang 8 inc
- Lapik dasar loyang dengan kertas minyak dan sapukan butter.
- Tuangkan adunan berselang seli warna secara lingkaran hingga habis
- Bakar dalam ketuhar yang telah di panaskan 15 minit awal
- Suhu 170 C bergantung kepanasan oven masing-masing
- Bakar selama 45 minit ~ 60 minit
- Lepas 45 minit cucuk dengan lidi, jika ia keluar licin bermakna kek telah di bakar sempurna. Jika masih basah, tutup permukaan kek dengan kertas aluminuim dan bakar semula hingga ia masak sempurna
Keluarkan daripada ketuhar setelah kek masak dan letakkan atas redai - Potong kek setelah sejuk sepenuhnya.
Kredit resipi: Kemma81
KEK MINYAK
BAHAN-BAHAN:
- 5 biji telur
- 2 cawan tepung gandum
- 1 cawan susu pekat
- 1 sudu kecil esen vanilla
- 1 cawan minyak jagung
- 1 sk baking powder
- 1 sudu besar ovalette
- 1/2 cawan gula kastor
- sedikit pewarna saya guna merah jambu, hijau, kuning
- sedikit perisa ikut suka – saya guna perasa nenas
CARA MEMASAK:
- panaskan oven pada suhu 170″ C kemudian ayam tepung gandum bersama baking powder dan ketepikan. siapkan loyang dan lenserkan butter diatasnya. lepas tu alaskan dengan baking papper.
- pukul gula bersama telur dan ovalatte hingga kembang, masukkan esen vanilla dan susu pekat. pukul lagi sekejap. masukkan perisa mengikut yang anda suka dan minyak jagung. dan gaul adunan hingga rata.
- masukkan tepung gandum yang sudah diayak dan gaul lagi hingga rata. bahagikan adunan kepada 3 warna. tuangkan adunan kedalam loyang dan corak warna mengikut kreativiti masing-masing.
- akhir sekali, bakar adunan ke kedalam oven selama 50 minit atau hingga masak. bila sudah maska angkat dan sejukkan. potong-potong dan hidangkan.
- biasanya saya makan kek minyak ini ketika masih panas-panas kerana sudah tidak sabar menunggu ianya sejuk. tapi memang lebih sedap bila ianya dimakan sejuk-sejuk dengan disimpan terlebih dahulu dalam peti ais selama beberapa jam.
Kredit resipi: Hani Widianti
KEK MINYAK GEBU
BAHAN-BAHAN:
- 3 biji telur
- 1sb ovallate
- 1sk esen vanilla
- 1/2 cawan gula halus
- 1/2 cawan susu pekat
- 1/4 minyak + 1/4 butter cair
- pewarna yang disukai
AYAKKAN:
- 1 cawan setengah tepung gandum cap ros
- 3-4 sudu besar susu tepung
- 1sk baking powder
- 1sk soda bikarbonat(untuk kukus shj..bakar xyah)
CARA MEMASAK:
- mix sehingga gebu telur,ovallate,esen,dan gula halus
- selepas gebu baru masukkan susu pekat
- then masukkan 1/4 minyak + 1/4 butter cair.mix sehingga sebati
- masukkan bahan2 yang diayak tadi sedikit demi sedikit.kacau sehingga sebati
- bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan warnakan
- sapu loyang dengan butter dan lapik dengan baking paper
- letak adunan yang telah diwarnakan tadi,selang-seli kan warna
- bakar kek pada suhu 170c selama 45 min @ sehingga kek masak.api atas dan bawah
- .boleh lar potong n makan
kredit resipi: fb azlina ina fans




