
Teringin nak makan kek yang simple dan mudah buat. Ni min kongsi cara buat kek oreo viral versi kukus. Bajet semua bawah RM10. Memang berbaloi kalau buat ni.
Bahan-bahan:
Dua oreo panjang
Sekotak susu coklat yg kecik
Cara memasak:

2.
1. Masuk susu ngn oreo dlm blender. Pastikan blender bebas dr bau bwg dan lada.

3.
2.Blend mcm ni.
3.Isi la adunan dlm bekas apa apa pun, dan kukus. Kalau nk tahu masak ke belum, try cucuk guna garfu. Kalau masih ada adunan yg lekat pada garfu tu bermakna kek oreo kito belum masak. Kukus lg

5.
4.Ni selepas siap kukus, ermmmm moist gittuuuu. Biar dia rest sejuk dlu jap

4.
5.Lastly tuang la topping apa apa pun, tak letak topping pun takpa. Sedap

6.
Credit : Hana Ramli
#mahn
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Suami Suka Beri Komen Dalam Masakan, Jadi Penguat Semangat Fazerina Sertai Pertandingan

Biarpun sarat mengandung, ia sesekali tidak menghalang Fazerina Ibrahim menyertai Pertandingan jagoh Rasa BABA’S.Minat memasak salah satu sebab Fazerina Ibrahim memasuki pertandingan ini.

“Saya masak sebab keluarga dan suami suka komen masakan saya. Dia memang pandai merasa. Dia pencetus inspirasi buat saya. Komen apa yang kurang dan lebih. Dari situ minat masak berkembang bukan setakat memasak di rumah malah teruja untuk memasuki pertandingan.
Sebelum ini pernah masuk pertandingan anjuran BABA’S juga namun tidak terpilih. Kali ini saya rasa sangat teruja dapat terpilih ke peringkat yang paling tinggi iaitu Top12. Saya sangat bersyukur dan Alhamdulillah”.

Akui Fazerina, debaran semasa sesi penjurian memang tidak dinafikan. Namun setiap soalan yang diajukan dijawabnya dengan penuh tenang dan yakin.
Sepanjang memasuki pertandingan ini memang banyak cerita suka duka. Ketika itu hatinya berbelah bahagi nak menghantar penyertaan atau tidak. Ini kerana dirinya bekerja dan sedang sarat mengandung. Bisik pada hati tak apalah kali ini mahu mencuba nasib. Kalau ada rezeki, adalah.Seminggu sebelum itu,Fazerina perlu masuk wad namun sempat pergi ke peringkat penjurian untuk Sentral.

Macam mana memilih resipi? Sebenarnya itu adalah resipi yang selalu dimasak di rumah. Fazerina dan keluarga memang suka makan masakan mamak yang berasaskan kari. Senang cerita suka makan Nasi Kandar. Nak makan nasi kandar hari hari pun mahal juga. Jadi lebih baik buat secara homemade.Anak-anak dan suami pun suka.
Resipi diolah dan cuba di rumah dengan menggunakan rempah ratus daripada BABA’S. Dia juga ada melihat resipi daripada Majalah RASA dan facebook RASA tentang resipi ini. Dari situ dia cuba dan ubah suai sikit untuk disesuaikan dengan tekak Melayu.
Kalau ikutkan petua masakan, Fazerina memang suka mengikut petua-petua lama. Sering mengamalkan petua masakan yang dikongsi oleh emak dan makciknya. Daripada situ tengoklah kesesuaian petua dan jenis masakan di dapur.
Contoh seperti Ayam Vanggey ni ditambahkan rasa kemelayuan, dengan penggunaan serai lebih sikit. Kemudian letak gula merah, sebenarnya ada juga resipi vanggey ni letak kicap.
Selain itu kulit halia tidak perlu dibuang,ia membangkitkan aroma, petua ini masih digunakan bukan dalam resipi ini sahaja malah resipi lain pun dia banyak guna petua ini.


Harapan dan impiannya agar terpilih ke peringkat final nanti.

“Insya Allah kalau menang, saya nak kembangkan satu perniagaan dalam bidang masakan atau dalam bidang makanan.Minat saya nak buat pes makanan Cuma belum ada peluang dan ruang lagi atau mungkin nak share resipi banyak-banyak sebab saya suka, Cuma kekangan masa membataskan saya membuatnya”
AYAM VANGGEY

BAHAN-BAHAN:
- 1 ekor ayam – gaul dengan garam serta Serbuk Kunyit BABA’S
- 4 sudu makan Serbuk Kari Ayam /Daging BABA’S
- 1 sudu makan Serbuk Cili BABA’S
- 1 cawan air
- 6 sudu makan gula merah
- Garam/ gula/ perasa secukup rasa
- 3 tangkai daun kari
- Minyak untuk mengoreng / menumis
BAHAN KISAR
- 2 biji bawang besar
- 6-7 ulas bawang putih
- Segenggam cili api
- 1 batang serai
- 2 inci halia – tak perlu buang kulit
- 1 sudu makan Serbuk Cili BABA’S
- 1 sudu makan Serbuk Jintan Manis BABA’S
- 1 sudu makan Serbuk Jintan Putih BABA’S
BAHAN TUMIS
- 1 keping kulit kayu manis
- 5-6 kuntum bunga lawang
- 2 biji bawang besar
- 1 batang serai – diketuk
- 3 tangkai daun kari
- 2-3 biji tomato
- Rempah 5 sekawan
CARA MEMASAK
- Bersihkan ayam dan gaul bersama garam dan serbuk kunyit secukupnya.
- Panaskan minyak masak dan goreng ayam hingga separuh masak. Angkat dan ketepikan.
- Satukan bahan-bahan kisar dan ‘blend’ hingga halus.
- Tumis rempah 5 sekawan seketika.
- Kemudian masukkan bahan-bahan tumisan yang lain dan masak hingga naik bau serta keperangan.
- Masukkan bahan-bahan kisar.
- Tumis lagi hingga rempah masak dan pecah minyak.
- Tambahkan air. Sebatikan. Pastikan rempah tidak hangus.
- Kemudian masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Gaul rata.
- Masukkan gula merah dan garam secukup rasa. Gaul lagi supaya rasanya sekata.
- Bila ayam sudah kelihatan pecah minyak, masukkan daun kari bagi menyedapkan lagi rasa hidangan.
- Angkat dan sedia untuk dinikmati.
KUAH KARI KAW TARUK ATAS
BAHAN-BAHAN:
- 2 paket kecil Serbuk Kari Daging BABA’S
- 2 paket kecil Serbuk Kari Ikan BABA’S
- 1 sudu besar Serbuk Cili BABA’S
- 1 sudu besar Serbuk Ketumbar BABA’S
- 1 sudu kecil Serbuk Jintan Putih/ Manis BABA’S
- 1 sudu kecil Serbuk Lada Hitam BABA’S
- 1 sudu kecil Serbuk Kunyit BABA’S
- Semua rempah & serbuk-serbuk dicampur dan gaul dengan air 1/2 cawan, kacau sebati.
BAHAN KISAR
- 1 biji bawang besar
- 3 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 2 ketul kiub pati ayam
- Gula
- Garam
- Air asam jawa
- Air secukup nya
- Minyak 3/4 cawan
BAHAN TUMIS
- 3 tangkai daun kari
- 1 batang kulit kayu manis
- 2 kuntum bunga lawang
- 3 biji buah pelaga
- 1 sudu kecil halba campur
CARA MEMASAK
- Panaskan minyak dalam periuk, bila dah panas tumis bahan-bahan tumis hingga naik bau.
- Kemudian masukkan bahan-bahan kisar tadi. Bila dah harum, masukkan rempah-rempah dan serbuk cili serta kunyit yang dah dibancuh tadi.
- Kemudian kacau hingga naik minyak, bila nampak rempah dah warna merah dan ada minyak diatasnya maka segera tambahkan air. Biarkan ia mendidih hingga sedikit kering, kemudian tambah lagi air dan biarkan ia mendidih sekali lagi. Proses ni yang akan menyedapkan kuah kari.
- Selepas itu masukkan kiub pati ayam, gula, garam, 1/2 sudu besar pes asam jawa atau kalau guna air asam jawa pekat letaklah 1 sudu besar.
- Biarkan mendidih berkali-kali sampai kuah pekat dan jadi sedap. Akhir sekali bila hampir selesai boleh letak lagi daun kari. Dah siap kuah mamak dan boleh letak atas nasi atau ayam.Bertambah padu kalu ada telur masin, bendi, cabai muda dan papadom, sebiji makan dekat kedai mamak kalau kita guna serbuk kari atau rangkaian rempah dari BABA’S.
JAGOH RASA BABA’S
Pertandingan ini terbuka kepada seluruh warga Malaysia dari pelbagai peringkat usia dan latar belakang. Berkerjaya atau tidak, suri rumah, atau masih belajar, layak untuk menyertai pertandingan ini.
Pada peringkat awal, peserta hanya perlu menghantar gambar masakan berserta resipi penuh secara atas talian iaitu melalui laman web majalah Rasa. Selepas pemilihan awal, perserta yang layak perlu melalui sesi penjurian bagi mencari Top 12 yang diadakan di empat lokasi iaitu di Pulau Pinang, Kota Bharu, Johor Bahru dan Subang Jaya.
Seterusnya peserta Top 12 akan dipilih melalui undian secara atas talian bagi mendapatkan 4 tempat ke final dan seterusnya bakal bertanding secara berhadapan.
JAGOH RASA BABA’S menawarkan wang tunai dan trofi.
Tempat Pertama: RM10,000
Tempat Kedua: RM5,000
Tempat Ketiga: RM3,000
Tempat Keempat: RM1,000
Saguhati: RM500 x 8 peserta
Pertandingan redONE King & Queen Roti Canai Ekspres Ultra Berlangsung Meriah

King & Queen Bawa Pulang Wang Tunai RM300 Serta Barangan Eksklusif redONE Mobile

Empat hari berkampung di RASA Layan Curry Fiesta 2024 X HAVOC Festival sempena Sambutan Hari Malaysia sambutannya sungguh luar biasa. RASA Layan Curry Fiesta 2024 bukan sekadar pesta makanan; ia adalah simbol perpaduan yang menjadikan Malaysia unik dan istimewa.



Ini merupakan pesta makan terbesar pernah dianjurkan. Acara julung kali diadakan ini diserikan dengan himpunan pelbagai hidangan kari, satu masakan yang begitu sinonim dengan pelbagai kaum di negara kita. Dari roti canai kari hingga nasi kandar, kari telah lama menjadi penghubung yang menyatukan rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang atau budaya.



Kehadiran YB Tuan Mohd Najwan Halimi, Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Selangor menyempurnakan lagi majlis ini.

Tambah meriah lagi bila adanya pertandingan redONE King & Queen Roti Canai Ekspres Ultra. Hadiah berupa wang tunai sehingga RM300 dan barangan eksklusif redONE Mobile menanti pemenang-pemenang yang berjaya habiskan jumlah roti canai yang disediakan.


Terbuka kepada lima peserta lelaki dan wanita. Pertandingan ini mencari King dan Queen yang terpaling cepat dan banyak makan roti canai. Ada tiga sesi kesemuanya.Hadiah wang tunai untuk juara iaitu King dan Queen sebanyak RM300 setiap seorang dan dua hadiah saguhati RM100 setiap seorang.


Memang lumayan hadiahnya. Bukan setakat dapat makan roti canai free kalau menang dapat pula hadiah wang tunai. Bukan main sporting semua peserta ni malahan penyertaan dari kalangan kanak-kanak pun ada.





Pertandingan pencarian King dan Queen Roti Canai Ultra dari siri 1 hingga 3 memang meriah. Terima kasih buat redONE Mobile dan tahniah kepada pemenang dan juga peserta yang lain.



Selain acara di pentas utama, pengunjung turut sesak di booth redONE Mobile bila mana adanya tawaran istimewa sempena festival ini. Hanya langgan pelan 5G Postpaid di booth redONE Mobile untuk dapatkan telefon pintar percuma selepas 6 bulan.Pelan 5G Postpaid bermula dari RM38 sebulan sahaja.Pelan dipadatkan dengan data sepantas kilat tanpa had.Akses internet serta media sosial seperti YouTube, Facebook dan Instagram dalam HD tanpa had untuk tingkatkan produktiviti dan berhibur berterusan.Panggilan tanpa had.Hotspot sehingga 50 GB.Semua ini di liputan rangkaian terluas. Wow memang menarik promosi yang ditawarkan buat pengunjung!!.


Selain itu pengunjung dapat sertai game filter Roti Canai Ekspres Ultra hanya dengan singgah di booth redONE Mobile, scan QR code dan ikut langkah-langkah yang disediakan berpeluang untuk memenangi hadiah.


Semua tawaran hebat ini eksklusif untuk pengunjung Rasa Layan Curry Fiesta di Setia City Convention Centre.

Terima kasih kepada rakan penaja redONE Mobile yang telah memberikan sokongan penuh terhadap penganjuran fiesta ini. Dengan gabungan HAVOC Food Festival, program ini berjaya menarik kehadiran ribuan pengunjung yang ingin merasai kepelbagaian makanan viral. Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan sepanjang fiesta ini, termasuk demonstrasi masakan, persembahan yang memeriahkan suasana.

Melalui kerjasama yang erat dengan pelbagai pihak, RASA Layan Curry Fiesta 2024 berjaya mencapai objektifnya untuk menyatukan rakyat Malaysia melalui makanan dan budaya.
Nasi Beriani Homemade, Cukup Ramuan Memang Berkali Tambah

Bila keluarga berkumpul, tentunya nak dihidangkan dengan menu istimewa. Hidangkan yang menjadi kesukaan ramai iaitu Nasi Beriani. Tak perlu beli lagi di kedai. Harga di kedai pun agak mahal. Buat sendiri di rumah lebih puas hati. Berbaloi dapat makan berkali.
RESIPI NASI BERIANI HOMEMADE SANGAT ENAK

BAHAN-BAHAN:
- 4 sudu besar minyak sapi
- 1 biji bawang besar
- 1 inci halia
- 1 paket MAGGI®️ Pes Perencah Nasi Briyani
- 200g ayam
- 450g beras Basmathi
- 700 ml air
- 100g tomato
- 50g daun ketumbar
- 50g daun pudina
- 50g kacang gajus
- 10g bawang goreng
CARA MEMASAK:
- Panaskan kuali dan masukkan ghee. Tumiskan bawang dan halia sehingga wangi.
- Masukkan MAGGI®️ Pes Perencah Nasi Briyani, tumiskan seketika. Masukkan ayam tumis sehingga ayam bertukar warna.
- Masukkan beras basmathi dan gaul seketika. Pindahkan kesemua bahan ke periuk eletrik.
- Tuangkan air, tambahkan tomato dan biarkan ia masak.
- Setelah masak, taburkan daun pudina, ketumbar gajus dan bawang goreng.
PETUA: Jika menggunakan beras Basmathi, tekstur nasi akan jadi lembut, berderai cantik dan tidak berketul. Sangat sedap!
Kredit foto: Shutterstock

