Sedapnya dapat nikmati kek kegemaran tambah pula lepas dah makan tengah hari. Kek pandan bersantan ni memang sedap. Tak sempat tunggu sejuk dah mintak potong. Baunya pun buat tak tahan nak makan.
KEK PANDAN BERSANTAN
4 biji telur 1/2 cawan gula (kena tambah gula kalau jenis yang makan manis, kami macam ni pun dah rasa manis sebab ada guna susu pekat jugak) 1 sudu makan ovelet 4 sudu makan susu pekat 2 cawan tepung gandum 1 sudu kecil penuh baking powder (tadi guna separuh sudu makan, sama la tu kan ) 1 kotak santan adabi 200ml pewarna hijau 1 sudu kecil vanilla (optional) ada perisa pandan lagi bagus.
Ads
Cara memasak: 1.Kisar telur kemudian masukkan gula sikit demi sikit sambil mix, campur sekali ovelet dan susu pekat. Mix sampai gebu. 2.Masukkan tepung dan baking powder. Masa ni nak kaup balik pakai senduk pun boleh. Guna mixer cepat sikit . 3.Last masukkan santan dan pewarna. 4.Bakar suhu 160°c api atas bawah, 40 minit. Oven saya kena kecikkan lagi suhu lepas 10-15minit. Nanti mesti hangit atas. *Bagi yang tak biasa buat kek, panaskan dulu oven 10minit
Resipi Kari ikan tongkol sedapnya sama juga dengan kari-kari ikan yang lain. Buat pekat-pekat letak segala macam sayuran memang ngam nak makan dengan nasi ataupun cicah sahaja dengan roti. Memang terangkat habis, makan macam ni membuka selera. Tambah ulam timun dan sambal belacan, lengkap hidangan nak makan malam atau jadi lauk tengah hari.
RESIPI KARI IKAN TONGKOL
Bahan-bahanya :
1 ekor ikan tongkol – bersihkan dan dipotong-potong
5 biji bendi – dipotong pangkal dan hujung
1 bji terung bulat – potong baji
1 biji tomato – potong baji
2 biji bawang merah – tumbuk
1 ulas bawang putih – tumbuk
1 cm halia – tumbuk
2 sudu makan cili giling
1 pkt kecil serbuk kari
1/2 cawan air asam jawa
1 cawan air
2 cawan santan pekat
minyak secukupnya
gula dan garam secukup rasa
sedikit daun kari
Cara memasaknya :
Tumiskan bahan tumbuk. Bila dah kekuningan masukkan cili giling. Tumis sampai agak garing. Masukkan air asam jawa. Masukkan serbuk kari sekali. Tumis bahan2 sampai garing.
Masukkan 1 cawan air dan 1 cawan santan. Masukkan juga terung dan bendi serta ikan tongkol. Masak sampai mendidih.
Masukkan 1 cawan santan lagi. Perasakan juga dengan garam dan gula. Biarkan mendidih sekali lagi dan masukkan tomato sekejap.Bolehlah diangkat dan dihidangkan.
Selalu chicken chop yang salut tepung, kan? Kali ini, kita tunjuk cara buat yang kulit dia rangup, tanpa perlu salut tepung. Malah tak perlu pakai minyak langsung. Bahan pun sikit sahaja.
Menerusi perkongsian resipi daripada Kamarul Ariffin Nor Sadan ini, dengan menggunakan bahan yang sikit sahaja, boleh menghasilkan menu chicken chop yang sangat sedap.
Jom kita cuba! Oh ya, resipi ini sesuai untuk dua orang makan.
1. Ini bahagian paha dan pinggul ayam. Saya dah belah bahagian bawah (dalam) dan buang tulang dia. Kalau tak pandai buang, boleh suruh penjual ayam potong. Beritahu je “Bang, potong untuk chicken chop!”
2. Ni saya dah buang tulang di hujung paha tu sekali. Ayam ni kena lap dengam tisu supaya dia kurang basah. Lepas tu, tabur garam dan lada hitam secukup rasa.
3. Panaskan kuali leper guna api sederhana selamat 1 minit. Paling sesuai kalau guna “cast iron skillet”. Kalau tak ada, boleh guna kuali yang stainless steel atau non-stick.
4. Kemudian masukkan ayam. Kulit di bahagian bawah. Api sederhana. Tak payah guna minyak. Nanti lemak ayam akan cair dan jadi minyak. Proses ini dinamakan “fat rendering”.
5. Lemak yang cair tu akan turun* ke bawah dan sekeliling ayam. Ia akan kelihatan mengering. Jangan panik. Jangan cuba angkat ayam*. Pada waktu ni, kulit ayam sedang melekat pada kuali.
6. Teruskan masak. Biar sahaja. Proses ini memakan masa 20 minit. Sepanjang ini, guna api perlahan atau sederhana. Jangan risau, ayam tak akan hangus. Jangan risau pasal ayam melekat.
7. Setelah cukup 20 minit, baru periksa sama ada kulit ayam dah lekang dari kuali atau belum. Kalau belum, sambung lagi masak. Ayam akan lekang sendiri bila kulit dia dah cukup rangup.
8. Macam ni. Dia lekang sendiri. Kuis sikit dan angkat je. Mudah sahaja nak tanggalkan dari kuali. Masa ni kulit ayam saya dah rangup. Jadi macam keropok, tapi tak hangus pun walaupun masak selama 20 minit.
9. Terbalikkan, dan masak bahagian bawahnya pula. Ini ambil masa 1-2 minit sahaja. Kalau dah tak merah dagingnya, kira dah masak. Angkat dan rehatkan dalam pinggan.
10. Kerak ayam dalam kuali ni, kita nak buat jadi kuah. Masukkan bawang putih yang disagat dan mentega. Biar mentega cair dan tumis bawang putih dengannya sampai naik aroma.
11. Masukkan air 1-2 senduk, dan cuba kikis kerak ayam ni perlahan-lahan. Ia akan tanggal dengan mudah. Kerak inilah sumber rasa ayam yang padu! Tak payah guna serbuk perasa ayam dah.
12. Kemudian masukkan krim masakan. Gaul rata. Kalau tak ada krim masakan, boleh guna susu sejat atau susu segar. Tambah garam dan gula jika perlu. Ikut citarasa masing-masing.
13. Akhir sekali, masukkan cendawan yang telah dihiris. Gaul sebati. Boleh guna cendawan tin atau cendawan segar. Gunalah cendawan butang, cendawan portabello atau shiitake segar.
14. OK dah boleh hidang! Saya selalu letak kuah di bawah sebab tak nak kulit ayam yang rangup tu jadi lembut sebelum dimakan. Kulit rangup tu mahal. Boleh hidang dengan kentang goreng jika suka.
Sambal Bilis Garing Krup Krap Buat Stok Untuk Bulan Puasa. Buka Selera Makan Waktu Sahur. Lazimnya memang kurang berselera bila nak makan waktu sahur. Lauk macam sambal bilis ini antara yang boleh dijadikan pembuka selera.
Makan dengan nasi panas dan ulam timun pun dah cukup. Sekurang-kurangnya boleh buat bekal tenaga seharian nak berpuasa. Nak sediakan juadah ini pun tak susah sangat. Memang sesuai buat stok untuk sebulan berpuasa.
‘SAMBAL BILIS GARING KRUP KRAP’
BAHAN-BAHAN:
Ikan bilis kecik
Cili kering
Kacang tanah
Bawang merah
Semua yang bertanda * tu korang sukat pakai 3 genggam jek. Takyah nak timbang bagai. Just nice je nanti hasil gabungan dia.
1 1/2 sudu makan Gula
Sedikit garam
Air limau nipis 1/2 biji cukup ler.
CARA MEMASAK:
Goreng ikan bilis sampai garing, kacang tanah tu pun korang goreng juga dulu, pastu toskan minyak.
Cili kering gunting dulu, buang biji dan goreng garing juga. Toskan minyak.
Bawang merah hiris nipis untuk dijadikan bawang goreng. Goreng juga sampai garing dengan api sederhana. Toskan minyak juga ya.
Blend cili kering dengan gula dan garam. Jangan lah sampai hancur lumat. Biar ada flakes dia sikit.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!