Tengok rupa kejadian kek ni pun dah tahu gebu gabasnya. Bahan-bahannya pun tak lah rumit sangat, ringkas aje kalau nak buat Kek Pandan ni.

Dihidangkan waktu petang memang sedap dinikmati dengan teh atau kopi. Jom cuba ikut resipi yang dikongsikan Siti Fairuss Che Mat ini. Pasti gebu, sedap yakmat. 

KEK PANDAN GEBU

Kek Pandan Gebu Gabas. Memang Tak Puas Makan Sepotong.

BAHAN-BAHAN :

  • 4 biji telur*
  • 1 sudu besar ovellate*
  • 4 sudu besar susu pekat*
  • 1 cawan gula* | boleh dikurangkan sedikit jika suka manis
  • Gula halus 

*Satukan dalam mixer dan adun sampai gebu bahan di atas.

IKLAN
  • 2 cawan tepung
  • 1 sudu besar baking powder
  • 1 sudu kecik soda bikarbonat

  * Ayak bahan diatas.

Bahan lain :

  • 200ml santan
  • Sedikit pewarna hijau
  • Sedikit perisa pandan (esen pandan)

CARA MEMASAK :

IKLAN
  1. Dah siap mix sampai gebu dalam mixer, bolehlah dimasukkan tepung yang telah diayak tadi.
  2. Gaulkan sebati, kemudian masukkan santan kotak.
  3. Diikuti dengan pewarna dan perisa pandan. Tuangkan ke dalam loyang
  4. Masukkan ke dalam pengukus yang sudah dididihkan, dan kukus dengan api yang sederhana selama 45 minit. 

Kek Pandan Gebu Gabas. Memang Tak Puas Makan Sepotong.

Kredit Resepi : siti fairuss che mat

Kek Pandan Gebu Gabas. Memang Tak Puas Makan Sepotong.

IKLAN

ANDA MENCARI PENGUKUS DAN STEAMER BARU YANG MEMUDAHKAN KERJA MENGUKUS, BOLEH LAYARINYA DI SINI.

ANDA MUNGKIN JUGA MENYUKAI RESIPI INI :

DAN JUGA RESIPI INI :

5 Idea Hebat Kek Tanpa Oven, Lembut & Lembab Dari Norbaini Rahwi

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI