Ada sesiapa yang teringin nak makan kek pandan gula melaka? Sedap buat untuk minum petang. Kalau nak beli boleh tahan juga mahalnya. Jadi jomlah kita buat sendiri. Hasil air tangan sendiri ni biasanya sedap. Betul tak??
Kek Pandan Gula Melaka
Untuk kek ( bahan 1)
- 100gram tepung gandum
- 20gram tepung jagung
- 1 sudu kecil baking powder
Diayak - Bahan 2
- 100 gram gula halus
- 4 biji telur
- 2 biji kuning telur
- 50 ml air dari peti sejuk
- 1 sudu besar ovalatte
- Esen pandan
Pewarna hijau - 1 sudu besar serbuk santan
- Bahan 3
- 75 gram butter – cairkan
Cara membuat:
1.Campurkan bahan 1 dan 2. Adun sampai putih pucat. Adunan akan menjadi 2 kali ganda.
2.Masukkan butter yang dicairkan. Kacau guna senduk je bagi rata.
3.Boleh bakar api atas bawah suhu 160 bakar selama 50 minit hingga sejam ikut oven masing-masing.
Untuk cream
Bahan-bahan:
- 4 biji putih telur
- 3/4 cawan gula kasar
- 1 penutup esen pandan
- 1/4 cawan serbuk santan
- 300 gram butter
Cara membuat:
1.Campurkan telur dan gula masak guna kaedah double boil hingga gula hancur.
2.Bila gula dah hancur terus masukkan dalam mixer. Adun sampai adunan bertanduk.
3.Masukkan butter ,esen pandan dan serbuk santan mixer sampai sebati dan licin.
4.Boleh lah deco atas kek.
Untuk gula melaka
50gram gula melaka
1 sudu gula merah serbuk
1 sudu gula kastor
2 helai daun pandan
1/2 cawan air
Cara membuat:
1.Campur semua dan masak bagi sederhana pekat,tabur atas kek selepas deco.
Kredit: Yati Yati
INGIN MEMBELI OVEN BARU, BOLEH LIHAT DI SINI.
Kek Span Coklat Susu @ Sponge Milky Chocolate Cake. Gebunyaa…
Resipi Mango Cheesecake Lemak Manis. Sedap Dimakan Ketika Sejuk
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Daging Masak Merah, Ini Rahsia Masak Sedap Macam Dekat Kedai
Resipi Cucur Bilis Tambah Kucai & Cili Kering Tumbuk, Sangat Sedap!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI