Kek Pisang Paling Senang Nak Buat. Lagi Sedap Tambah Bahan Special

Share

Kek pisang, antara kek yang popular dan senang untuk dibuat. Sama ada kukus atau dibakar, memang sedap dimakan petang-petang bersama secawan teh panas. Wah, sambil bersembang sambil makan kek. Special gitu.

Resepi kali ni cukup cukup istimewa sebab ia datang dari seorang otai berpuluh tahun dalam bidang masakan, iaitu ibu kepada saudara Muhammad Ali. Resipi asli kek pisang gajus yang sedap dan lembut.

KEK PISANG GAJUS

BAHAN-BAHAN:

4 biji telur gred A
1 cawan gula perang – beli online di sini
4 biji pisang jelai berangan | dilenyekkan dan biarkan setengah jam
1 cawan minyak masak atau minyak jagung
Sedikit esen vanila
1 sudu kecil garam
2 cawan tepung * – beli online di sini
1 sudu kecil soda bikarbonat – beli online di sini
1 sudu kecil baking powder*
1/2 cawan gajus |dikisar halus


1 sudu kecil ovalet – beli online di sini

CARA-CARA:

1. Tepung diayak bersama soda dan baking powder. Ketepikan.
2. Kisarkan bahan-bahan lain.


3. Masukkan dalam bahan yang dah diayak. Akhir sekali, masukkan serbuk gajus.
4. Sebelum bakar, hias dengan hirisan pisang dan gajus.
5. Bakar suhu 170C selama 45 minit. Bergantung pada ketuhar masing-masing.

Kredit resipi: Muhammad Ali

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

Published by
webadmin