Kek Pisang Coklat perskongsian Chef Ninja dari page Rasa Share Resipi ni nampak sedaplah. Nak buatnya pun mudah. Hanya campurkan semua bahan dan adun sahaja guna blender. Tak perlu susah-susah pukul guna mixer dan sebagainya. Ada cara mudah, lagilah laju bila buat kerja kan? Bagi anda yang nak cuba resipi Kek Pisang Coklat mudah ni, berikut adalah bahan-bahan serta cara membuatnya. Selamat mencuba!
CARA MEMASAK: 1. Ayak tepung gandum, baking powder, soda bikarbonat ke dalam satu bekas. Ketepikan. 2. Kisar (blend) telur, gula dan esen vanilla selama 6 minit. Berhenti sekejap-sekejap ya bagi elak blender jem. 3. Kemudian masukkan minyak dan blend lagi. 4. Bila sudah sebati, masukkan pisang yang telah dilenyek. Blend juga sekejap. 5. Tuang bahan kisar ke dalam bekas tepung tadi. Kacau sebati menggunakan senduk. 6. Sapu loyang 8×8 inci dengan mentega atau lapik menggunakan baking paper. 7. Tuang adunan ke dalam loyang dan susun hirisan pisang dan coklat coin di atasnya.
8. Panaskan ketuhar dan bakar pada suhu 160c selama 45 – 50 minit. Lagi garing lagi sedap rasa kek ini kerana bila sudah masak, ia akan jadi semakin lembab.
Pernah makan kek dari buah-buah tempatan. Kalau belum nah ini 3 resepi berasaskan nangka,labu dan keladi.
Lebih hebat lagi ada rempah ratus dalam ramuannya. Cuba jangan tak cuba.
1.KEK NANGKA MOUSSE REMPAH KAYU MANIS & JINTAN MANIS
BAHAN-BAHAN :
Bahan untuk ‘filling’ mouse :
335 ml susu segar
2 biji telur
117 gm gula halus
25 gm gelatin
335 gm krim putar
Bahan untuk puri nangka :
300 gm nangka yang telah direbus
100 gm gula aising
5 gm kulit kayu manis
Bahan untuk kek span vanilla :
125 ml air
500 gm tepung span vanilla
125 ml minyak masak
500 gm telur
* Kek ini terdiri dari 4 lapisan yang diselang seli, dimulai dengan span vanilla, mousse nangka dituruti span vanilla dan atas sekali mousse nangka.
CARA MEMASAK : Cara masak mousse : 1. Panaskan susu dalam periuk. 2.Di dalam mangkuk berlainan, pukul telur dan gula sehingga hancur. 3. Setelah itu masukkan susu yang telah dipanas ke dalam bekas telur dan gula tadi. 4. Kemudian masakkan sebentar di dalam periuk atas dapur. 5. Kemudian tuang ke dalam mangkuk yang bersi ais di bawahnya (waterbath) 6. Masukkan puri nangka dan gelatin yang telah dicairkan dan gaul hingga sebati. 7. Tuangkan di atas span vanilla, sejukkan dan ulangi proses sehingga habis
Cara masak puri nangka : 1. Masak nangka yang sudah direbus dan dilenyek di atas dapur bersama gula aising, jintan manis, bunga lawang dan serbuk kayu manis. 2. Tapiskan dan sejukkan. 3. Puri ini nanti akan dimasukkan dalam mousse
Cara masak span Vanilla : 1. Masukkan kesemua bahan kek kecuali minyak masak ke dalam mesin pengadun. 2. Putarkan hingga kembang 3. Kemudian masukkan minyak perlahan-lahan sehingga sebati. 4. Bakar pada suhu 180 darjah celcius, atas dan bawah selama 13- 15 minit. Bila sejuk letakkan span vanila, di lapisan bawah diselang seli dengan mousse nangka.
Saiz hidangan : 1 kg Masa memasak : 30 minit Jenis masakan : Pencuci Mulut Cara memasak : Masak atas api dan bakar Keistimewaan : Rasa nangka bersama kayu manis dan jintan cukup enak. Anggaran kos : RM 20
INFO CHEF : Jika anda penggemar mangga boleh sahaja menggantikan nangka. Resipi puri mangga sama seperti resipi nangka.
2.KEK LABU MOUSSE JINTAN PUTIH
BAHAN-BAHAN :
Bahan filling mousse :
335 gm susu
2 biji kuning telur
117 gm gula halus
25 gm gelatin
335 gm krim putar
Bahan puri labu :
300 gm labu yang telah direbus
100 gm gula aising
3 gam jintan putih /dikisar
5 gm bunga lawang /dikisar
5 gm serbuk kayu manis
Bahan kek span vanilla :
125 ml air
500 ml tepung span vanilla
125ml minyak masak
500 gm telur
*Kek ini mempunyai 4 lapis bermula dengan span vanilla dan diselang seli dengan mousse labu, span vanilla dan mousse labu
CARA MEMASAK : Cara masak puri labu : 1. Masak labu yang sudah direbus dan dilenyek di atas dapur bersama gula aising,jintan manis, bunga lawang dan serbuk kayu manis. 2. Tapiskan dan sejukkan
Cara masak mousse : 1. Panaskan susu 2. Di dalam mangkuk yang berlainan pukul telur dan gula hingga hancur 3. Setelah itu masukkan susu yang telah dipanaskan ke dalam bekas telur dan gula 4. Kemudian tuang ke dalam mangkuk yang berisi ais di bawahnya (waterbath). 5. Masukkan puri labu dan gelatin yang dicairkan dan gaul hingga sebati. 6. Tuangkan ke atas kek span.Sejukkan dan ulangi proses diselang seli dengan span vanilla hingga habis
Cara masak kek span vanilla: 1. Masukkan semua bahan di atas kecuali minyak masak ke dalam mesin pengadun. 2. Putar hingga kembang 3. Kemudian masukkan minyak perlahan-lahan sehingga sebati 4. Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 13- 15 minit
Saiz hidangan : Satu kg Masa memasak : 30 minit Jenis masakan : Pencuci Mulut Cara memasak : Panas atas api dan bakar Keistimewaan : Rasa lembut berkrim dan aroma rempah yang wangi Anggaran kos : RM 18
INFO CHEF: Kek mousse sedap dimakan apabila telah didinginkan dalam peti sejuk .
3.KEK KELADI SANTAN AROMA REMPAH RATUS
BAHAN-BAHAN :
Bahan span pandan :
125 ml air
500 gm tepung span vanilla
125 ml minyak masak
500 gm telur
15 gm perasa pandan
Bahan puri keladi :
450 gm keladi yang telah direbus
100 gm gula aising
5 gm jintan manis
5 gm bunga lawang
5 gm buah pelaga
5 gm serbuk kayu manis
Bahan inti kelapa manis :
2 cawan kelapa parut
150 gm gula melaka
1 cawan air
200 gm gula aising
*Inti kelapa manis 100 gm * Kek ini terdiri daripada 4 lapisan. Lapis bawah span pandan diikuti dengan puri keladi, span pandan, puri keladi dan atas sekali puri keladi bersama kelapa manis.
CARA MEMASAK : Cara masak kek span pandan: 1. Masukkan kesemua bahan kecuali minyak masak ke dalam mesin pengadun. 2. Putar hingga kembang 3. Kemudian masukkan minyak perlahan-lahan sehingga sebati 4. Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 13-15 minit
Cara masak puri keladi : 1. Masak keladi yang sudah direbus dan dilenyek di atas dapur bersama gula aising, jintan manis, bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih dan serbuk kayu manis. 2. Tapis dan sejukkan. Puri keladi akan diletakkan atas span pandan secara berselang. Cara masak inti kelapa manis : 1. Masak air sehingga mendidih, masukkan gula dan kelapa parut. 2. Masak hingga kering dan pekat 3. Di dalam periuk yang berlainan, masukkan santan dan gula aising. Masak sebentar. 4. Masakkan inti kelapa manis, sapukan atas kek lapisan atas bersama puri keladi.
Saiz hidangan : Setengah kg Masa memasak : 40 minit Jenis masakan : Pencuci Mulut Cara memasak : Panas atas api dan bakar Keistimewaan : Enak dengan rasa keladi, dan manis dengan inti kelapa Anggaran kos : RM 18
INFO CHEF :Anda boleh juga menggunakan keledek menggantikan keladi.
RESIPI : CHEF S.T GANA & SURIANI YUP Terima kasih : Hotel Crystal Crown, PJ, Selangor
Agar-agar yang disimpan sejuk dalam peti sejuk sangat sedap dimakan. Kadang lepas makan hidangan berat, kita rasa nak makan sesuatu yang manis sebagai pencuci mulut. Nak buat sesuatu yang senang? Cuba buat agar-agar oreo ni. Guna 4 bahan saja. Tak perlu susah-susah. RASA kongsikan resipinya. Nanti boleh cuba buat.
AGAR-AGAR OREO
.
BAHAN-BAHAN
1 bungkus agar-agar tali
1 tin susu cair
1/2 tin susu pekat
2 peket biskut Oreo
.
CARA MEMBUAT
1. Masukkan 1200 ml air ke dalam periuk. Masak bersama agar-agar sehingga agar-agar larut.
2. Selepas agar-agar larut, masukkan susu cair dan susu pekat.
3. Kacau selama 5 minit. Biarkan mendidih dan tutup api. Ketepikan.
4. Susun biskut dalam loyang. Tuangkan adunan agar-agar tadi.
5. Tunggu sejuk sekejap dan masukkan dalam peti sejuk.
6. Setelah sejuk, potong ikut cita rasa anda.
Kek Tampung Seribu. Salah satu kek lapis Sarawak yang teramat sedap. Ada rasa coklat dan keju. Dapat bayangkan betapa sedapnya kek ni kan?
Uniknya kek ini, kena campurkan dengan kek-kek lain juga. Kalau tak ada lebihan kek lain yang sedia ada, boleh gunakan adunan untuk menukar warna dalam kek.Tapi adunan akan nampak kecil dan boleh gunakan loyang 7×7′. Namun Puan Roby sarankan kek ini hanya sesuai untuk yang ada kek lain yang sedia ada dalam 500gram agar kek nampak besar dan tinggi.
Menarik kan? Teringin nak cuba? Boleh ikut resipi yang dikongsikan oleh puan Roby Daud ini. Kek ini kurang manis sebab puan itu dah kurangkan kuantiti gula. Cuba tau!
Mula-mula, mentega dan gula dipukul hingga kembang. Setelah itu, masukkan telur. Pukul hingga sebati.
Setelah itu, masukkan susu dan kaya, pukul hingga sebati.
Kemudian masukkan tepung pau, Holick, serbuk pemutih dan esen vanilla. Pukul lagi adunan sehingga sebati.
Lapisan pertama bakar guna api bawah dan atas, menggunakan suhu 150C dalam 15-20 minit.. Bila dah masak lapisan pertama, guna api atas sahaja untuk lapisan yang seterusnya dan bakar sehingga lapisan terakhir. Suhu oven bergantung pada oven masing-masing ye.
Untuk resipi ini, digunakan loyang berukuran 9×9″. Selamat mencuba