Kek Pisang Coklat Kukus Sukatan Guna Cawan. Lembut, Gebu Macam Span.

Share

Sedapnya Kek Pisang Coklat ni. Bagi anda yang gemar makan kek yang baru siap dimasak, resipi yang dikongsi dari saudari Noriza Awang Hamat ini antara yang paling mudah. Tak perlu guna ketuhar pun. Hanya periuk kukusan sahaja. Bahannya pun sukat guna cawan je. Cepat dan dijamin menjadi elok keknya. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.

 

RESIPI KEK PISANG COKLAT VERSI KUKUS

BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung gandum – beli online DISINI
1 cawan gula – beli online DISINI
1 cawan minyak masak
1 cawan pisang yang siap dilenyek
4 biji telur
1 sudu teh soda bikarbonat – beli online DISINI
1 sudu teh baking powder – beli online DISINI
2 sudu makan serbuk koko – beli online DISINI
Esen vanilla – beli online DISINI

Nak beli PERIUK KUKUSAN ELEKTRIK? Dapatkan DISINI

 

CARA MEMASAK:

1. Ayak tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder.

2. Satukan telur, minyak masak dan esen vanilla. Blender seketika dan tuang ke dalam bekas.

3. Kemudian masukkan pisang dan tepung yang diayak tadi. Kaup balikkan adunan hingga sebati.

4. Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu bahagian dimasukkan serbuk koko dan satu lagi dibiarkan pada warna asal.

5. Ambil loyang. Oles marjerin hingga rata.

6. Tuang adunan secara berselang seli ke dalam loyang. Lakukan hingga habis.

7. Panaskan periuk kukusan dan kukus kek hingga masak.

8. Angkat dan sedia untuk dinimati.

Kredit resipi & foto: Noriza Awang Hamat

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

Published by
Nur