Wah unik kan kek pisang ni, kek pisang dua benua. Menurut kata Nana Ereena yang berkongsi resipi ini di FB Rasa Share Resipi, katanya “Benua original vs benua coklat oreo, satu kek dua rasa.” Istimewanya bahagian satu lagi dicampurkan serbuk koko dan biskut oreo.

Tapi asasnya memang kek pisang, memang mantaplah dipadankan dengan rasa koko dan biskut oreo. Jom kita cuba ikut resipi yang dikongsikan Nana Ereena ni.

KEK PISANG DUA BENUA


Kek Pisang Dua Rasa, Biskut Oreo Tambah Mantapkan Rasa
.

BAHAN-BAHAN

  • 4 biji telur Gred A
  • 3/4 cawan gula – beli online DI SINI
  • 1 penutup esen vanilla – beli online DI SINI

*Pukul hingga kembang

Masukkan

  • 1 cawan minyak masak
  • 1 cawan pisang berangan yg telah dilecek
  • Gaul hingga sebati

Masukkan

IKLAN
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat – beli online DI SINI
  • 1 sudu kecil baking powder – beli online DI SINI 

* Ayak dulu

CARA MEMASAK :
1. Kaup balikkan hingga sebati. Bahagikan kepada 2 bahagian.
2. 1 bahagian biarkan plain
3. 1 bahagian lagi campurkan 2 sudu besar serbuk koko dan biskut oreo yang telah dihancurkan
4. Ambil loyang 8″X8″ alas dengan baking paper.
5. Tuang adunan dalam dan hiaskan.

Kek Pisang Dua Rasa, Biskut Oreo Tambah Mantapkan Rasa
.

6. Bakar suhu 180 api atas bawah 45 minit atau hingga masak bergantung pada oven masing-masing.

Kek Pisang Dua Rasa, Biskut Oreo Tambah Mantapkan Rasa
.

IKLAN

Kek Pisang Dua Rasa, Biskut Oreo Tambah Mantapkan Rasa
.

Sumber : FB Rasa Share Resipi
Kredit : FB Nana Ereena

 

MAHU MENCARI OVEN TERKINI UNTUK MEMBAKAR KEK, JOM BELI ONLINE DI SINI.

IKLAN

ANDA MUNGKIN JUGA TERTARIK DENGAN RESIPI INI :

 

DAN JUGA RESIPI-RESIPI INI :

Wanita Ini Kongsi Resipi Kari Sotong Pisang Muda, Lauk Sedap Buka Selera

Resipi Lepat Pisang Klasik. Kuih Warisan Tok Nenek Dulu-Dulu.

Pisang Muda Masak Lemak Cili Api Campur Bilis & Tempoyak Memang Tiada Tandingan

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI