Ada lebihan pisang emas, semalam dah buat cucur hari ini terasa nak makan kek pisang kukus. Kek pisang kukus rasanya memang sedap, lembap dan secukup jer kemanisannya. Saiz kek ini juga sangat bersesuaian untuk hidangan keluarga yang kecil. Andai kata tidak habis makan, boleh disimpan di dalam peti sejuk.Jom lah kita tengok resepi kek pisang yang sangat mudah dan sedap ini. Gebu ya amat.
KEK PISANG KUKUS Bahan-bahan:
1 cawan pisang emas yang siap dilenyek. Biarkan dalam 1jam nak bagi urat-urat hitam timbul.
1 cawan gula halus (cikza guna gula aising sebab tak nak manis sangat)
3/4 cawan minyak masak
3 biji telur gred A
1 penutup esen vanilla-BELI ONLINE DI SINI
2 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder-BELI ONLINE DI SINI
1/2 sudu teh soda bikarbonat
Cara membuat:
1.Ketiga-tiga bahan ni diayak.
2.Putar telur, gula dan esen vanila sehingga kembang.
3.Kemudian masukkan tepung gandum diayak tadi, kacau dengan senduk kayu.
4.Masukkan minyak, kacau bagi sebati last baru masukkan pisang yang dilenyek.
5.Sapu loyang dengan sedikit minyak. (cikza guna loyang saiz 6).
6.Masukkan adunan kek tadi ke dalam loyang.
7.Pastikan air mendidih baru masukkan adunan kek.
Puding sejuk berlemak dengan rasa cendol, perrgghhh siapa tak suka. Usah dipelawa, pasti cepan licin dimakan. Sukatan gula tu tak payah manis sangat, kurangkan aje gulanya,ya.
Terima kasih Yatiememories dan UDA atas sumbangan resipi ni
PUDING LEMAK CENDOL
BAHAN-BAHANNYA :
1 cawan tepung jagung
1 1/2 cawan gula pasir | boleh dikurangkan sedikit
4 1/2 cawan santan sederhana pekat
2 helai daun pandan
500gm cendol | ditapis
CARA MEMASAKNYA:
1. Bancuh tepung jagung bersama santan dan tapiskan kedalam periuk.
2. Campurkan gula dalam adunan kemudian masak dgn api sederhana hingga sebati. Hendaklah sentiasa dikacau selama lebih kurang 20 minit.
3. Bila dah likat, masukkan cendol dan kacau sebati selama 5 minit lagi.
4. Sudukan dlm acuan lompang yg telah disapu dgn sedikit minyak masak.
5. Sejukkan dulu baru keluarkan dari acuan.
FB : Resepi Kuih Tradisional & Moden.
PUDING LEMAK CENDOL
Sumber : yatiememories
Olahan : UDA
Onde-Onde atau kuih buah Melaka antara kuih paling senang dan sedap. Disukai ramai,terutamanya pada bulan Ramadan. Jadi anda simpan resipi ini dalam koleksi kuih muih. Tapi kalau nak buat terus pun takda masalah, resipi disediakan dan senang nak buat.
BAHAN-BAHAN:
500gm tepung pulut
4 sudu makan tepung gandum
Secubit garam
Air secukupnya
Pewarna kuning, hijau dan merah jambu
Kelapa parut | gaul dengan sedikit garam
CARA MEMASAK:
Campurkan tepung pulut, gandum dan sedikit garam. Gaul rata.
Campurkan air sedikit demi sedikit sambil uli hingga menjadi doh lembut.
Bahagikan doh kepada 3 bahagian dan warna dengan warna kuning, hijau dan merah jambu setiap bahagian.
Ambil doh sebesar ibu jari dan gentel menjadi bulat. Lakukan sehingga semua warna habis digentel.
Masukkan gula Melaka dalam setiap doh yang telah dibulatkan. Lakukan hingga habis.
Panaskan air dalam periuk, bila air mendidih masukkan onde-onde mengikut warna.
Selepas onde-onde timbul angkat dengan penapis dan masukkan dalam bekas yang berisi kelapa parut yang dicampurkan dengan sedikit garam.
Gaulkan dengan kelapa.
Lakukan cara yang sama hingga habis.
Campurkan onde-onde untuk dapatkan pelbagai warna sebelum dihidangkan.
Hidangan kerabu sering kali dijadikan hidangan pembuka selera atau hidangan sampingan ketika menikmati juadah utama. Kombinasi masam, manis dan pedas menjadikan sajian segar ini menjadi pilihan, membuatkan selera sesmakin bertambah.
1. KERABU TOMATO BILIS
BAHAN-BAHAN:
200gm ikan bilis
1 biji tomato hijau | hiris
1 biji tomato merah | hiris
1 labu bawang besar | mayang halus
1 batang serai muda | mayang halus
2 biji cili merah | hiris nipis
4-5 biji cili padi | hiris nipis
2 biji limau kasturi | perah airnya
Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK:
Ikan bilis digoreng garing dan toskan.
Satukan tomato hijau, tomato merah, bawang besar, serai, cili merah dan cili padi di dalam mangkuk.
Tambah bilis goreng dan kaup-balikkan sebati.
Tambah garam, gula secukup rasa.
Tambah perahan limau dan gaul. Sedia dihidangkan.
2. KERABU TAUGEH KASAR DAN SOTONG KERING
BAHAN-BAHAN:
200gm tauge kasar
5 ekor sotong kering | hiris kecil, rendam dan goreng
1 labu bawang besar | mayang halus
2 batang kacang panjang | hiris nipis
2 biji cili merah |hiris nipis
4-5 biji cili padi | hiris nipis
2 biji limau kasturi | perah airnya
1 sudu makan kelapa parut | panggang
Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK:
Tauge kasar dibersihkan, celur sebentar dan toskan.
Satukan tauge kasar, sotong, bawang besar, cili merah dan cili padi di dalam mangkuk.
Tambah kelapa panggang dan kaup-balikkan sebati.
Tambah garam, gula secukup rasa.
Tambah perahan limau kasturi dan gaul. Sedia dihidangkan.
3. KERABU SUHUN KACANG GAJUS
BAHAN-BAHAN:
200gm suhun | rendam dan celur
2 biji cili merah | mayang halus
4 biji cili padi | mayang halus
1 labu bawang besar | mayang halus
2 batang serai muda | mayang halus
1 sudu makan perahan limau
Garam dan gula secukupnya
Cincangan kacang gajus panggang secukupnya
Bijan hitam panggang secukupnya
CARA MEMASAK:
Satukan semua bahan di dalam mangkuk.
Gaul sebati kesemuanya.
Sesuaikan rasa dengan menambah garam dan gula secukup rasa.
4. KERABU DAGING LIMAU PURUT
BAHAN-BAHAN:
200gm daging
1 biji tomato hijau | hiris
1 labu bawang besar | mayang halus
1 batang serai muda | mayang halus
2 biji cili merah | hiris nipis
4-5 biji cili padi | hiris nipis
2 biji limau kasturi | perah airnya
3 helai daun limau purut | hiris halus
Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK:
Daging direbus empuk dan hiris nipis.
Satukan tomato hijau, bawang besar, serai, cili merah dan cili padi di dalam mangkuk.
Tambah daging rebus berserta hirisan daun limau purut dan kaup-balikkan sebati.
Tambah garam, gula secukup rasa.
Tambah perahan limau dan gaul. Sedia dihidangkan.
5. KERABU SOTONG SIAM
BAHAN-BAHAN:
300gm sotong | potong kecil dan celur
1 biji tomato | cincang nipis
2 biji cili merah |mayang halus
4 biji cili padi | mayang halus
1 labu bawang besar | mayang halus
1 batang serai | mayang halus
1 sudu makan cincangan daun ketumbar
1 sudu makan air perahan limau nipis
Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK:
Satukan semua bahan di dalam mangkuk.
Gaul sebati kesemuanya.
Sesuaikan rasa dengan menambah garam dan gula secukup rasa.