Sepanjang tempoh PKP ini cubalah untuk berjimat. Lihat apa yang ada di rumah dan cuba menjadi kreatif untuk membuat menu yang disukai keluarga. Jika ada pisang di rumah selain masak cucur boleh juga dibuat kek pisang untuk hidangan minum petang. Lihat resipi mudah ini.

Kek Pisang & Lemon

Bahan-bahan:

250 gm butter Lurpak
250 gm gula kastor (sis letak 200gm shj)

250 gm tepung kek )

1 sudu teh baking powder-ayak

5 biji telur grade A

IKLAN

1 sudu teh esen vanilla

5 sudu makan buttermilk

1 biji pisang (dilenyek)

1 biji pisang (di potong nipis untuk hiasan atas kek)

2 sudu teh parutan lemon
1 sudu makan perahan lemon

Cara memasak:

1.Sediakan loyang 8×8 & panaskan ketuhar 180’C

2.Pukul mentega & gula kastor sehingga kembang
3.Masukkan telur satu persatu hingga habis (low speed)
4.Masukkan tepung yang telah diayak berselang seli dengan buttermilk sehingga habis
5.Masukkan esen vanila
6.Masukkan pisang yang telah dilenyek, parutan kulit & jus lemon. Gaul rata & pindahkan adunan ke dalam loyang pembakar

7.Bakar adunan selama lebih kurang 35 mins atau sehingga masak.

SELAMAT MENCUBA!

Resipi Ikhlas Daripada Datin Shida Yusoff @missdessertparlour

Kek Oren Mudah Buat