Biasa kita makan kek pisang lembap kan? Ni kita try kek pisang lembap tapi ada coklat pulak. Bertambah-tambah sedapnya. Hidayati Hana telah berkongsi resipi istimewa ini di facebook group Rasa Share Resipi. Memang nampak sedap. Boleh try.
KEK PISANG MOIST BERCOKLAT
Ads
BAHAN-BAHAN
3 biji telur ayam
3/4 cawan gula
1 sudu kecil ovalete
1 sudu kecil esen vanila
1 cawan minyak masak
1 cawan pisang (dilecek)
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikabonat
1 sudu kecil serbuk penaik
2 sudu kecil serbuk koko
CARA MEMBUAT
1. Pukul telur ayam, gula, ovalete dan esen vanila sehingga kembang.
2. Masukkan minyak masak dan pisang.
3. Putarkan lagi sehingga sebati.
4. Masukkan tepung gandum yang telah diayak bersama soda bikarbonat dan serbuk penaik.
5. Kacau adunan sehingga sebati guna spatula.
6. Kemudian bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
7. Satu bahagian letak serbuk koko.
8. Tuangkan dalam loyang yang sudah dilapik dengan baking paper.
9. Tuangkan berselang seli sehingga adunan habis.
10. Hias dengan hirisan pisang dan badam.
11. Bakar dalam oven pada suhu 170 selama 35 minit atau sehingga kek masak.
Teringin nak makan kek tapi nak yang macam zaman mak kita dulu. Ringkas dan tak banyak bahan digunakan. Rasanya lebih puas makan dan tak muak makan walaupun berkali. Boleh buat sendiri ikut resepi perkongsian Puan Noriza Awang Hamat. Hidangkan untuk minum petang nanti.
KEK MARJERIN PELANGI
Bahan-bahan:
2 cawan marjerin pelangi
2 cawan gula aising
8 biji telur gred A
4 cawan tepung gandum
2 sudu besar baking powder
1 cawan susu cair
2 sudu besar esen vanilla
Cara membuat:
1.Pukul marjerin dan gula.Masukkan esen vanilla dan telur satu persatu pukul perlahan.
2.Masukkan tepung yang telah diayak bersama baking powder.
3.Masukkan susu cair berselang seli sambil kaup balik adunan guna senduk.
4.Sapu loyang 8 x 8 inci dan letak baking paper.
5.Bakar selama 1 jam hingga masak.Api atas dan bawah,suhu 180 oven haruslah panaskan 10 minit terlebih dahulu sebelum bakar kek.
Walau beribu resipi kek yang viral, kek butter tetap menjadi pilihan ibu-ibu untuk dihidangkan pada seisi keluarga. Kali ini, kami akan berkongsi resipi Paddle Pop Butter Cake yang sedap, lembut dan gebu. Anak-anak pasti teruja melihat gabungan warna pada kek ini.
RESIPI PADDLE POP BUTTER CAKE
BAHAN-BAHAN:
1 cawan butter (saya guna marjerin Pelangi)
1 cawan gula halus
4 biji telur gred A
1 setengah cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanilla
CARA PENYEDIAAN:
1. Panaskan oven terlebih dahulu. Suhu 180c. (Saya guna suhu 160c).
2. Mix butter/marjerin dengan gula dan esen vanilla sampai putih. Anggaran 10 minit macamtulah. Guna high speed.
3. Perlahankan mixer. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Mix lagi dengan kelajuan sederhana.
4. Masukkan tepung dan baking powder (yang telah diayak bersama terlebih dahulu) sedikit demi sedikit. Mix lagi sampai rata.
5. Bahagikan adunan kepada 3-4 bahagian untuk diwarnakan ikut pilihan. Untuk Paddle Pop Cake ini, gunakan sedikit warna sahaja. Ala-ala pastel.
6. Tuangkan adunan ke dalam loyang pembakar yang telah disapu butter/marjerin terlebih dahulu. Sebaiknya alas dengan baking paper juga.
7. Bakar selama 40 minit. (Saya bakar 60 minit sebab suhu saya 160c). Api atas bawah.
Selamat mencuba!
Jika anda sedang mencari FOOD STEAMER, boleh cari DISINI.
Anda peminat kek yang enak dan gebu? Bagi mendapatkan kek yang enak dan gebu ada teknik penyediaannya.Pastikan sukatannya tepat dan bahan-bahan yang digunakan bersesuaian. Hujung minggu ini bolehlah sediakan kek kegemaran anda untuk minum petang nanti bersama keluarga. RASA kongsikan resipi kek dijamin sedap rasanya.
MANGGO MANIA COFFEE CAKE
BAHAN-BAHAN:
250gm mentega
2 ½ cawan tepung naik sendiri
1/2 cawan air kopi pekat | anggaran 2 sudu makan serbuk kopi segera
1/2 cawan gula perang
4 biji telur
1 cawan susu pekat
1/2 cawan susu cair
BAHAN KRIM KEJU MANGGA:
100gm krim keju
1/2 cawan gula ising
Sedikit esen mangga
Puri mangga secukupnya
Mangga segar untuk hiasan
Sedikit parutan kelapa
CARA MEMASAK:
1. Pukul mentega, gula dan telur sehingga kembang.
2. Masukkan susu cair, susu pekat dan air kopi. Gaul sebati.
3. Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul sehingga adunan sebati.
4. Tuang adunan ke dalam acuan dan bakar pada suhu 170C selama 50 minit dan sejukkan sebentar.
5. Bagi menyediakan krim keju, pukul keju bersama gula ising sehingga lembut.
6. Kemudian tambahkan sedikit esen mangga.
7. Salut krim mangga pada kek dan hiaskan dengan puri mangga, hirisan buah mangga segar serta kelapa parut mengikut kreativiti anda.
KEK KEJU JEPUN BAHAN-BAHAN:
Bahagian A:
100gm susu segar
50gm mentega
250gm krim keju
Bahagian B:
6 biji kuning telur
1 sudu besar jus lemon
20gm tepung jagung
60gm tepung kek
Bahagian C:
6 biji putih telur
140gm gula kastor
1 sudu kecil krim tartar
CARA MEMASAK :
Panaskan ketuhar 160°C. Griskan loyang bersaiz 8 inci dan alaskan dengan baking paper.
Cairkan bahagian A di dalam mangkuk keluli tahan panas menggunakan kaedah ‘double boil’. Sejukkan.
Satukan semua bahan B dan A. Tapiskan.
Pukul putih telur sehingga berbuih, masukkan krim tartar. Pukul lagi sehingga kembang sambil masukkan gula kastor sesudu demi sesudu. Berhenti memukul adunan apabila putih telur agak kental (soft peak). Kaup balik putih telur ke dalam adunan A dan B tadi.
Tuangkan ke dalam loyang dan bakar selama 1 jam menggunakan kaedah ‘water bath’. Apabila masak, tinggalkan seketika di dalam ketuhar selama 30 minit dengan pintu ketuhar sedikit terbuka.
KEK PANDAN GULA MELAKA
BAHAN-BAHAN:
200gm tepung
½ sudu kecil serbuk penaik
125gm mentega
½ sudu kecil garam
200gm gula kastor
2 biji telur
100gm santan
2 sudu besar jus pandan
sedikit pewarna hijau
BAHAN-BAHAN UNTUK JUS PANDAN:
10 helai daun pandan
Air secukupnya
BAHAN-BAHAN UNTUK KRIM MENTEGA:
3 biji putih telur
100gm gula kastor
¼ sudu kecil garam
150gm mentega
50gm gula melaka
Air secukupnya
2 helai daun pandan
BAHAN-BAHAN UNTUK KARAMEL GULA MELAKA:
50gm gula melaka
1 sudu besar air
15gm mentega
30gm krim putar
¼ sudu kecil garam
CARA MEMASAK:
Daun pandan dikisar bersama sedikit air dan tapiskan untuk mendapat jus pandan. Ketepikan.
Timbang tepung dan tapis bersama serbuk penaik dan garam. Ketepikan.
Panaskan ketuhar 180°C. Lenserkan loyang dan alaskan dengan baking paper.
Pukul mentega bersama gula kastor sehingga kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Masukkan jus pandan dan sedikit pewarna hijau.
Masukkan tepung berselang seli dengan santan. Adun sehingga sebati.
Bakar selama 45 hingga 50 minit atau sehingga masak. Keluarkan dari ketuhar dan sejukkan di atas redai.
Untuk membuat krim mentega: Gula melaka dicairkan dengan air dan pandan di atas api. Putih telur, gula kastor dan garam disatukan di dalam mangkuk keluli tahan panas dan masak menggunakan kaedah ‘double boil’ sehingga gula larut. Sejukkan pada suhu bilik. Pukul putih telur sehingga kental. Masukkan mentega dan pukul lagi sehingga kembang. Masukkan air gula melaka dan pukul hingga sebati.
Untuk membuat karamel gula melaka : Masak gula melaka dan air di atas api sehingga cair. Masukkan mentega. Tambahkan krim putar dan perasakan dengan garam. Tapis adunan dan sejukkan.
Sapu dan hiaskan kek yang telah sejuk dengan krim mentega dan karamel gula melaka.
MUFIN PISANG BERSAMA KACANG WALNUT
BAHAN-BAHAN:
115gm kacang walnut
195gm tepung serba guna
170gm gula halus
1 sudu teh serbuk penaik
¼ sudu teh soda bikarbonat
¼ sudu teh garam
1 sudu teh serbuk kulit kayu manis
2 telur (gred A) ] pukul sedikit
115gm mentega ] cairkan dan sejuk
3 biji pisang (454 gram) ] lenyek
1 sudu teh esen vanila
CARA MEMASAK:
Panggang kacang walnut di dalam ketuhar kira-kira 8 minit. Cincang kasar.
Campurkan tepung, serbuk penaik, soda bikarbonat, garam dan kulit kayu manis. Ayak.
Dalam bekas berasingan masukkan telur, mentega, gula dan esen vanila. Gaul rata.
Campurkan pisang lenyek.
Kemudian tuangkan ke dalam adunan bahan kering (campuran tepung). Masukkan kacang dan kaup balik sehingga rata.
Tuangkan ke dalam acuan muffin dan bakar pada suhu 180⁰C selama 20 minit.