Kek pisang memang tak jemu makan dan sangat mudah disediakan. Apa kata raya kali ini anda sediakan kek pisang sendiri, ia tak memerlukan bajet besar kerana tidak banyak guna bahan campuran. Sesuai di waktu kita sedang berjimat cermat ni, namun hasilnya tetap sedap.

KEK PISANG
BAHAN-BAHAN:
4 biji telur saiz A
120gm gula perang | boleh campur dengan gula putih
300gm pisang berangan | lenyekkan dengan garpu
225gm tepung gandum
3/4 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh soda bikarbonat
150gm minyak masak

IKLAN

CARA MEMBUAT:

IKLAN
  1. Putar telur dan pisang dengan kelajuan tinggi hingga bahan kembang
  2. Masukkan tepung yang telah diayak dengan soda bikarbonat sedikit demi sedikit hingga habis.
  3. Kacau balik menggunakan spatula sahaja.
  4. Akhir sekali, masukkan minyak, kacau sekadar bercampur dalam adunan (jangan terlalu lama).
  5. uang dalam loyang dan bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu dengan kepanasan 165-170C. Menggunakan api atas bawah.
  6. Setelah bertukar warna kecoklatan, itu menandakan kek pisang sudah masak.

INFO: Jika inin meletakkan potongan pisang, masukkan selepas 10 minit kek dibakar. Jika dimasukkan awal bimbang akan tenggelam dalam kek.

IKLAN

Kredit resipi: Richard Goh: Olah semua: @fen.z & @vitakwee

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI