
Siapa suka makan kek pisang? patut cuba resipi yang sangat ringkas dan mudah ini. Kombinasi enak manis pisang dan cip coklat yang sangat serasi.

KEK PISANG MOIST HANYA 30 MINIT
BAHAN-BAHAN:
- 4 biji pisang berangan masak ranum/ apa-apa pisang yang sesuai.
- 1/4 cawan gula
- 1 cawan tepung gandum*
- 1 sudu teh soda bikarbonat*
- Secubit garam*
- Sedikit esen vanila
- 2 biji telur grade A
- 1/4 cawan minyak jagung/minyak masak

CARA MEMASAK:
1. Lenyek pisang sampai hancur dan kacau sebati dengan gula.
2. Ayak bahan-bahan bertanda * dan satukan dalam satu mangkuk.
3. Pukul telur sampai berbuih.
4. Satukan semua bahan step 1,2, 3 dan gaul rata.
5. Masukkan esen vanila.
6. Selepas itu masukkan minyak jagung dan kaup sebati.
7. Kemudian masukkan dalam paper cup/ loyang (saya guna 1 paper cup= 2 scoop ice cream)
8. Hiaskan dengan apa-apa topping yang di sukai (saya letak chocolate chip sebab kombinasi pisang dan coklat memang sangat sedap)
9. Hentakkan sikit loyang/ paper cup untuk buang angin.
10. Masukkan dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu. Set suhu 200c. Bakar selama 30min atau sehingga masak.
PERINGATAN: SETIAP OVEN ADALAH BERBEZA. JADI MASA MEMASAK MUNGKIN SEDIKIT BERBEZA
Info: Boleh hiris nipis pisang dan letak ke atas adunan sebelum dibakar.
Kredit: Sabariah Sharif
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Sedap, Rangup Biskut Dam Lagend Ni.

Cuba bila masa berubah, warna saja yang berubah, dulu warna coklat kuning, tapi sekarang pelbagai warna, dan gabungan warna hijau putih ini juga cantik. Kalau anda ingin menyediakan biskut ini menggunakan bahan yang mudah dan membuatnya juga senang.

BISKUT DAM PANDAN
BAHAN-BAHAN:
100gm mentega
75gm gula halus
1 biji kuning telur
175gm tepung gandum
1 sudu makan tepung jagung
Sedikit pes pandan
CARA MEMBUAT:
- Pukul mentega kuning telur dan gula halus sekadar bercampur rata.
- Masukkan tepung gandum dan tepung jagung, adun rata dengan senduk kayu hingga sebati dan boleh dibentuk dohnya.
- Cara membentukan corak dam: bahagikan adunan doh kepada dua bahagian. Satu bahagian ditambahkan dengan pes pandan warna hijau.

4. Canai kedua-dua bahagian doh, kemudian potong memanjang. Susun doh secara berselang seli putih dan hijau.
5. Setiap selang lapisan disapu dengan putih telur supaya lapisan melekat.
6. Bungkus adunan yang telah dibentuk dengan plasik wrap dan simpan dalam peti sejuk lebih kurang 30 minit.

7. Keluarkan dan potong nipis adunan dengan ketebalan 1cm lebih kurang.
8. Setelah siap susun dalam loyang pembakar yang telah dioles dengan mentega.
9. Bakar dalam ketuhar yang telah sedia dipanaskan dengan suhu 150C selama 20 minit atau hingga masak.
5 Manisan Arab Lazat Dikunyah Masa Moreh. Resipi Hebat Dari Syria

Inginkan kudapan untuk dikunyah, manisan dari Timur Tengah . Dah nak puasa ni sedap juga makan moreh dengan manisan Arab ni. Manis dan berempah secukup rasa, bahan rempahnya dari saffron, pes kurma, kekacang, yogut dan susu dalam manisan dan ‘dessert’ mereka.
Tak payah tunggu ke Timur Tengah, kat Malaysia kita pun ada kedainya. Jom pakat singgah Damas Sweets di Taman Serdang Perdana, Selangor atau cawangannya di Verandah Plaza Shah Alam, macam-macam manisan ada. Boleh juga kalau nak cuba buat sendiri, resipi dari Ezat dan Abdul Rahman Mohd Al Tahan usahawan dari Syria ini boleh dijadikan rujukan.

Jom semak 5 resepi manisan yang popular di Timur Tengah ini.

1.BASBOSA
BAHAN-BAHAN :
- 500 gm semolina @ suji (tepung berbiji /kasar dibuat dari gandum durum )
- 250 ml air
- 250 gm gula
- 50 gm mentega @ minyak sapi /dicairkan
- 8 gm serbuk penaik
- 10 gm serbuk kulit kayu manis
- 1 sudu makan tahina (pes@ sos bijan)
- 350 gm sirap (campuran gula dan madu,)
- 300 gm kacang pistachio
CARA MEMASAK :
1. Campurkan semolina dengan serbuk kulit kayu manis, serbuk penaik dan gula hingga sebati.
2. Masukkan mentega yang dicairkan dan kemudian masukkan air secara sedikit sedikit sedikit. Gaulkan dan campurkan sekali sahaja.
3. Sapukan sos bijan di atas dulang pembakar.
4. Tuangkan campuran tadi perlahan-lahan di dalam dulang pembakar (ketebalan hanya 2 sm sahaja.
5. Biarkan campuran berehat selama 8-12 minit dalam suhu bilik, sebelum ia dibakar ( boleh juga dibuat pada sebelah malam untuk dibakar esoknya)
6. Letakkan kacang pistachio di atasnya dan tekan perlahan agar ia melekat pada permukaan.
7. Masukkan dulang ke dalam oven yang sudah dipanaskan, dan bakar selama 20 minit dengan suhu 180 darjah celcius.
8.Keluarkan dulang dan potong bentuk empat segi (5-6 sm)
9. Sambung bakar dalam suhu yang sama. Lagi 20 minit atau sehingga perang keemasan.
10. Keluarkan dulang dan tuangkan sirap panas di atas barbosa tadi.
11. Basbosa siap dihidang.
Saiz hidangan : 35 keping
Masa memasak: 1 jam 40 min
Jenis masakan : Manisan
Cara memasak : Bakar
Keistimewaan : Tepung semolina memberikan rasa lembut berbiji. Rasa yang manis dan berkacang dengan aroma kayu manis
INFO CHEF : Untuk mendapatkan rasa yang lebih ‘kaya’ berkrim anda boleh menambahkan dua sudu makan susu tepung.

2.MOHALABIA MILK PUDDING
BAHAN-BAHAN :
- 1000 ml susu segar
- 80 gm tepung jagung
- 60 ml air
- 2 ml blossom water (esen dari bunga)
- 5 ml air mawar
- 100 gm gula
- 1/2 sudu teh esen vanilla
- 1 gm mastic @mistekah /jadikan serbuk (sejenis gam arab memberi perisa)
- 100 ml krim putar
- 100 gm kacang pistachio
- 5 gm serbuk kulit kayu manis
CARA MEMASAK :
1. Campurkan susu dan vanila ke dalam periuk, nyalakan api.
2. Selepas 10 minit apabila susu sudah menjadi panas, masukkan gam arab dan gula sambil mengacau hingga gula larut dalam susu.
3. Campurkan air dan tepung jagung sehingga pekat melekit.
4. Apabila susu mula mendidih, masukkan campuran tepung jagung sambil mengacau selama lima minit.
5. Perlahankan api selama lima minit.
6. Masukkan krim putar dan air mawar,sambil kacau perlahan-lahan.
7. Setelah itu alihkan periuk dari api, dan tuangkan mohalabia panas ke dalam bekas sesuai.
8. Biarkan sejuk selama 20 minit dan hiaskan dengan pistachio dan kulit kayu manis di atas
9. Simpan dalam peti sejuk dulu, setelah sejuk baru dihidang.
Saiz hidangan : 7 mangkuk (150 gm tiap satu)
Masa memasak : 1 jam 30 min
Jenis masakan : Puding
Cara memasak : Didih dan reneh, dan dinginkan dalam peti sejuk
Keistimewaan : Puding dingin lemak berkrim dan rasa susu yang enak
INFO CHEF : Anda boleh menambahkan biskut mentega sebagai lapisan bawah atau memasukkan serbuk koko di dalam susu jika anda mahukan rasa bercoklat.

3. BAKLAVA WITH WALNUTS
BAHAN-BAHAN:
- 700 gm doh filo@phyllo (14 lapisan nipis)
- 200 gm mentega
Bahan inti :
- 300 gm walnut / ditumbuk kasar
- 8 gm serbuk kayu manis
- 300 gm sirap
- 1/4 sudu teh air mawar
- 1/4 sudu teh air blossom (esen dari bunga)
CARA MEMASAK :
1. Ambil mangkuk dan masukkan walnut, kayu manis, air blossom dan air mawar. Gunakan sudip dan kaup balik biar ia bercampur sempurna.
2. Ambil bekas lain, cairkan mentega.
3. Sediakan dulang pembakar bersaiz 13 atau 9 inci. (33 sm atau 23 sm).
4 .Ambil doh filo dan sapukan dengan sedikit mentega. Letakkan di dalam dulang pembakar.
5. Ulangi langkah (sebanyak 7 lapis ) iaitu separuh dari doh filo.
6. Letakkan inti secara rata menyeluruh menutupi doh filo.
7. Ulangi langkah, dan habiskan baki lapisan doh filo di atas inti.
8 .Gunakan pisau tajam untuk memotong tepi doh, dan potong ikut bentuk yang disukai.
9. Sapukan mentega di atasnya.
10 .Panaskan oven dengan suhu 180 darjah celcius.
11. Bakar baklava selama 35 hingga 45 minit sehingga perang keemasan.
12. Keluarkan baklava dari oven dan tuang kan sirap dengan segera. Biarkan ia sejuk, baharulah boleh dipotong untuk dihidangkan.
Saiz hidangan : 20 keping
Masa memasak : 1 jam 35 min
Jenis masakan : Manisan
Cara memasak : Bakar
Keistimewaan : Doh nipis menyebabkan ia rangup dan garing
INFO CHEF : Doh Phyllo atau filo yang sudah siap ada dijual di kedai Damas Sweets atau di pasaraya atau kedai runcit Arab. Rasanya tidak terlalu manis kerana campuran kacang menjadikan ia snek rangup yang digemari

4.KRIM KARAMEL DENGAN SAFFRON
BAHAN-BAHAN:
- 1000ml susu segar
- 4 biji telur
- 300 gm gula (dibahagi 100 gm dan 200 gm)
- 2.5 gm esen vanilla
- 2-3 helai saffron
Bahan hiasan :
Sedikit saffron
Kulit kayu manis
CARA MEMASAK :
1. Ketukkan safron dan tambahkan 1/4 cawan air panas untuk mendapatkan warna dan rasa saffron.
2. Didihkan susu elama 10 minit dan biarkan reda ke suhu 45 darjah celcius.
3. Pukul telur dan tambahkan 100 gm gula, sambil mengacau.
4. Masukkan susu sedikit demi sedikit sehingga habis. Masukkan esen vanilla.
5. Tapiskan campuran dengan penapis
Cara masak gula karamel :
6. Masukkan 200 gm gula ke dalam periuk (tak melekat), di atas api yang sederhana. Biarkan ia bertukar menjadi perang.
7. Masukkan karamel di dalam mangkuk, bahagikan sama rata.
8. Tuangkan campuran krim di atas gula karamel tadi
9. Letakkan mangkuk di dalam dulang yang berisi air (paras separuh dari mangkuk)
10. Masukkan dalam oven yang sudah dipanaskan dengan suhu 165 darjah celcius.
11. Periksa permukaan krim karamel selepas 40 minit (ia seharusnya memekat dan membentuk lapisan atau tekstur seperti jelly di atasnya.
12. Tambahkan air panas di dalam dulang, sehingga separuh dari paras mangkuk.
13. Bakar lagi 20- 30 minit untuk mendapatkan warna emas. Bila sejuk masukkan dalam peti sejuk selama 2 jam. Terbalikkan krim karamel sebelum dihidang.
Saiz hidangan : 7 mangkuk, 150 gm tiap satu
Masa memasak : 1 jam 30 min
Jenis masakan : Puding
Cara memasak : Bakar secara ‘baine marie’, dulang pembakar di dalam bekas berair.
Keistimewaan : Puding manis berkrim dan berempah
INFO CHEF : Penggunaan rempah arab popular , saffron memberikan rasa unik dan lazat dan membezakannya dari krim karamel yang biasa.

5.DATE BALLS
BAHAN-BAHAN :
- 50 gm pes kurma
- 100 gm mentega atau minyak sapi
- 200 gm kacang / ditumbuk kasar
- 8 gm serbuk kayu manis (jika suka)
- 20 gm serbuk buah pelaga
CARA MEMASAK :
1. Cairkan mentega di dalam periuk atas api dan masukkan pes kurma.
2. Masakkan campuran selama 10 minit dan sentiasa kacau menggunakan sudip.
3.Padam api dan biarkan ia menjadi kurang panas/suam
4 .Masukkan buah pelaga dan serbuk kayu manis dan gaulkan sebati.
5. Potong doh dalam kepingan kecil (20 gm setiap satu) dan bulatkan ia.
6. Letakkan kekacang atau kuaci yang dipanggang di atas dulang. Ikut salutan yang anda suka.
7. Masukkan dalam cawan kertas, dan ia siap untuk dimakan.
Saiz hidangan : 40 keping (20 gm setiap satu)
Masa memasak : 1 jam
Jenis masakan : Snek dan pencuci mulut
Cara memasak : Bakar secara ‘baine marie’, dulang pembakar di dalam bekas berair.
Keistimewaan : Bebola kurma ini lembut di dalam dan rangup di luar kerana salutan kekacang panggang
Anggaran kos : RM 40
INFO CHEF :Anda boleh memilih untuk menyalut bebola kurma ini dengan kacang atau bijirin panggang yang disukai.Samada badam, pistachio, kuaci yang ditumbuk halus atau kasar.

6.BUTTER COOKIES WITH ANISE SEED
BAHAN-BAHAN :
- 500 gm tepung gandum
- 325 gm mentega tanpa garam
- 100 gm mentega putih ( dari sumber sayur)
- 150 gm gula aising
- 1/4 sudu teh vanilla
- 25 ml air
- 30 gm jintan manis
CARA MEMASAK :
1. Adunkan tepung dengan dua jenis mentega dan gula aising (suhu bilik). Masukkan juga esen vanilla.
2. Apabila teksturnya menjadi lembut, masukkan air dan adun dengan lembut sehingga ia menyerap kesemua air.
3. Tebarkan doh di atas meja, gunakan pencanai (letakkan sedikit tepung agar tidak melekat) dan canaikan doh menjadi 5mm tebal.
4. Gunakan acuan dan terap doh ikut bentuk yang disukai. Susun di dalam dulang pembakar dan taburkan jintan manis di atasnya dan tekan perlahan.
5. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 145 darjah celcius selama 30 minit sehingga keperangan.
Saiz hidangan : 150 keping
Masa memasak : 1 jam 30 min
Jenis masakan : Biskut
Cara memasak : Bakar
Keistimewaan : Kaya dengan rasa mentega dan jintan manis menambah kelazatan
INFO CHEF : Anda boleh menambah halia, serbuk koko atau pewarna untuk mendapatkan rasa dan rupa yang bervariasi.
Terima kasih : DAMAS SWEETS SDN BHD, B-G-7 & 8 TAMAN SERDANG PERDANA, SERI KEMBANGAN, SELANGOR, & VERANDAH PLAZA SHAH ALAM
Kek Butter Mudah Buat, Gerenti Ramai Menggemarinya

Dah muak dengan rasa kek ising, boleh buat kek butter ni yang pastinya disukai ramai. Buatnya pun mudah saja.
Kek Butter
Bahan-bahan:
180g pure butter cairkan
Bahan-bahan lain:
6 biji telur gred A
1 cawan gula halus
1 sudu besar ovalatte
2 cawan tepung self rising
1/4 cawan susu tepung
1 sudu besar esen vanilla
Adun sampai gebu
Tambah susu segar 5-6 sudu besar, gaulkan
Masukkan butter tadi kaup balik saja
Masuk loyang lapik baking paper
Set oven 180 masa 45-55 minit
Kredit : Azlina Ina Fans
Resipi Daging Malbari Sukatan 1 Kg, Daging Lembut & Sedap Dalam Setiap Suapan
Rahsia Pulut Tanak Cantik Berkilat, Basuh 3-4 Kali Lepas Itu Masak Guna Periuk Nasi

