Kek sering menjadi kesukaan ramai tambah pula yang viral. Ada saja yang suka cuba, nak merasa sejauh mana keenakan kek itu. Tak kurang juga yang nak membuatnya sendiri. Jom cuba buat kek pistachio cheese viral ni.
Bila Pistachio berpadu dengan cheese memang dua kali ganda sedapnya. Memang confirm tak cukup sepotong. Bila dah buat banyak, bolehlah bagi kawan-kawan rasa. Kalau sedap boleh jana pendapatan dari air tangan sendiri.
Bahan-bahan kek:
10 biji telur
1 sudu besar ovalate
2 cawan gula halus
4 cawan tepung self rising
1 sudu besar esen vanila cremy(wajib)
Satukan dalam bowl mix perlahan sampai separa gebu
Masuk kan 1/2 cawan susu full cream
Mix sampai gebu
Sementara tunggu mix tadi boleh cairkan majerin 250g
Bila dah cair sukat 1/2 cawan masuk dalam adunan tadi gaul dengan spatula.
Isi dalam bekas biru siap-siap spray panola ya bekas biru saiz 5
Wrap platik wrap dan kukus 18 minit.
Topping (paling penting sekali kene tengok betul-betul sebab mak round 6 kali untuk dapatkan rasa pistachio dalam cheese sebab bila bercampur cheese pistachio flavour akan tenggelam jadi korang kene ikut betul-betul sukatan ya)
500g kacang pistachio bakar
250g kisar hancur
250g kisar kasar
500g cream cheese
1 cawan susu pekat
1/2 cawan full cream
1 cawan whipping non dairy vivo
2 sudu besar emolco pistachio
2 sudu besar pes pistachio
Blender sampai pekat
Tambah 100g pistachio yang dikisar hancur
Kacau sebati
Ok tuang pada kek tadi.
Tabur kacang pistachio halus dulu baru tabur yang kasar.
Selamat mencuba semua.
Kredit: Azlina Ina
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official