Comelnya kek pops ni. Dihiasi dengan butiran coklat urai pelbagai warna menjadikan ia kelihatan lebih menarik. Malah kanak-kanak pasti sukakannya. Jika anda merancang untuk mengadakan majlis harijadi atau keraian, Kek ‘Pops’ Kaya ini antara hidangan pemanis mulut yang boleh disajikan. Ia mudah, senang dan cepat disediakan. Malah menggunakan bahan-bahan yang ringkas sahaja. Jom cuba! Anda pasti sukakannya.
BAHAN-BAHAN:
- 250gm kek mentega
- 80gm Jem Seri Kaya Madu AGROMAS
- 100gm coklat urai
- 20 batang lolipop stick
- 500gm coklat masakan
- 150gm krim keju
CARA PENYEDIAAN:
- Hancurkan kek mentega dan masukkan Jem Seri Kaya Madu AGROMAS berserta krim keju. Gaul rata adunan sehingga menjadi doh.
- Bulatkan doh sebesar ibu jari, ambil lolipop stick dan celupkan sebahagiannya ke dalam coklat masakan lalu dicucukkan pada bebola doh tadi.
- Simpan bebola yang telah siap dicucuk ke dalam peti sejuk selama 1 jam.
- Cairkan coklat masakan dan celupkan kek pops tadi.
- Hiaskan mengikut citarasa anda dan siap untuk dihidangkan.