Kek Red Velvet Chocolate Kukus Rasa Sekali Confirm Nak Lagi

Share

Minum petang ni anak-anak teringin kek. Buat comel-comel kek kukus memang layan,anak-anak pasti suka. Kalau rasa manis kurangkan kemanisannya.

Kek Red Velvet Chocolate Kukus

 Bahan-bahan:

  • *1 cawan minyak masak
  • *3 biji telur
  • *1 cawan susu cair
  • *1 cawan susu pekat manis
  • 3 cawan tepung gandum (kalau adunan agak pekat, tambahkan sedikit air)
  • 1 sudu makan baking powder
  • 1 sudu kecil soda berkarbonat
  • *1 cawan gula (kemanisan ikut selera anda. Rasa tawar tambah lagi gula, rasa manis kurangkan gula)
  • Serbuk koko secukupnya
  • Red velvet emulco secukupnya
  • Chocolate emulco secukupnya
  • Sedikit garam
  • *Sedikit esen vanilla

 Cara membuat:

1.Kisarkan semua bahan bertanda*

2.Kemudian ayak tepung gandum bersama baking powder dan baking soda di dalam besen.

3.Setelah itu, masukkan bahan yang dah kisarkan tadi ke dalam besen tepung gandum. kacau mesra.

4.Bahagikan 2 bahagian sama rata adunan tadi ke dalam 2 besen berasinganmasukkan 1 bahagian 3 sudu makan serbuk koko dan chocolate emulco

masukkan bahagian 1 lagi ke dalam besen lain. Masukkan red velvet chocolate dan sedikit chocolate emulco

4.Sapukan minyak masak pada acuan.

5.Pasang api dan panaskan kukusan. Setelah itu, masukkan kek dan tunggu sampai kek masak.

Kredit: Puan Nurul Hairi

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion RASA:

 

Published by
Putri