Tiba-tiba tekak teringin nak menikmati kek yang dijual di bakeri. Nak hasilkan kek yang sedap dan berperisa macam di bakeri kenalah cukup bahan-bahannya. Orang kata jangan derhaka dengan resepi, ikut langkah yang betul pasti menjadi kek anda. Bila dah mahir nanti membuatnya, bolehlah jana pendapatan dari kek yang anda masak. Kek yang dikongsi oleh Azlina Ina dijamin sedap dan tak rugi mencuba.
Loyang 12×12
10 biji telur
2 cawan gula halus
1 sudu besar ovalate
1 sudu besar esen creamy vanila
4 cawan self rising
Mix sekali dalam bowl mixer
Dah separa gebu masukkan 1/4 cawan susu full cream
Bila dah gebu matikan mixer
Tambah 1/2 cawan majerin yang dicairkan
Gaul sebati
Loyang 12×12 spray panola
Isi kan adunan
Bakar suhu 180 masa 40 minit
Keluarkan kek biar sejuk dan belah dua bahagian
Kredit: Azlina Ina Fans
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official