Hari ni sis datang mood nak membaking. Tapi nak buat kek apa ya? Kek coklat dah bosan, jomlah ubah selera makan kek yang tak muak ni, kek span perisa coffemix. Nanti bolehlah sedekah pada jiran juga.
Kek Span Perisa Coffemix Bahan-bahan: 3 biji telur gred B 1 cawan tepung gandum 80g gula 50ml susu segar@cair 1sudu besar ovalett 1sudu kecil baking powder 1 paket coffemix 3in1 3 sudu besar butter/planta/marjerin*(dicairkan)
Cara membuat: 1.Masukkan semua bahan ke dalam bekas kecuali bahan bertanda * 2.Adun sehingga kembang dan gebu. 3.Masukkan butter/planta/marjerin cair tadi.Kaup balik sehingga sebati. 4.Tuang ke dalam loyang yang disapu dengan sedikit butter. 5.Bakar suhu 160-165 masa 45-50 minit(bergantung kepada oven anda) p/s-pastikan oven dipanaskan dahulu 10 minit sebelum masukkan loyang adunan.
Sekali sekala makan dessert atau pencuci mulut moden pun sedap juga kan. Bolehlah cuba oreo cheesecake yang mudah dan sedap ini.
Cheesecake ini biasanya buat dalam loyang. Tapi dengan resipi yang dikongsi Umi Watie ini, dibuat secara individual dalam saiz cupcake dengan bermacam-macam topping. Seorang boleh makan dua tiga ketul.
OREO CHEESECAKE
BAHAN-BAHAN:
Biskut Oreo secukupnya 300g cream cheese ½ cawan gula – beli online di sini 2 sudu makan mentega – beli online di sini 1 biji telur saiz A 4 sudu makan tepung jagung – beli online di sini ¼ cawan uht whipping cream 1 sudu makan jus lemon
1. Ikut step-by-step tu mudah sangat. Memula masukkan cream cheese, gula, sebiji telur dan mentega. Pukul sampai sebati. 2. Lepas tu masukkan heavy cream. Gaul lagi. Akhir sekali masukkan tepung jagung. Kaul balik sampai semua sebati ya.
4. Saya gunakan biskut oreo sebagai base. Kalau tak ada, boleh guna 100g biskut marie yang dihancurkan. 5. Gaulkan dengan 15g mentega yang dicairkan. Gaul dan tekan dalam bekas acuan.
6. Kemudian, letakkan adunan cream ke dalam cupake. Letakkan topping yang disukai (boleh rujuk video DI SINI)
7. Dah sedia nak bakar dalam ketuhar. Bakar dengan suhu 170C selama 20 minit. 8. Bila dah masak, boleh terus makan atau simpan dalam peti sejuk dulu. Makan sejuk-sejuk pun sedap (boleh rujuk video DI SINI)
Sedapnya Ayam Panggang BBQ ni. Kebiasaannya, ayam yang dihidangkan bersama set nasi ayam akan digoreng atau dikukus. Jangan tak tahu, selain dari itu ayam tersebut juga boleh dipanggang atau dibakar. Memang sangat sedap malah lebih sihat! Bagi yang terasa nak makan Nasi Ayam, Chef Sue M.Arukin berkongsi resipi Grilled Honey BBQ Chicken yang sangat mudah dan sedap. Selamat mencuba!
Sedapnya Laksa Penang. Cukup rasa kuahnya. Bagi anda yang tercari-cari resipi Laksa Penang yang mudah, sedap dan tak renyah, resipi yang diolah mengikut cita rasa dan dikongsi oleh Cikgu Afy Al Habibi ni antara yang terbaik. Cubalah.
CARA MASAK LAKSA PENANG KUAH PEKAT
BAHAN-BAHAN:
1 bungkus laksa – rebus lembut
BAHAN KUAH:
5 ekor ikan selayang/sardin saiz L – dibersihkan
3 hiris lengkuas
1 hiris ( nipis) halia
2 keping asam gelugur
Garam bukit secukupnya
Sedikit manisan / gula melaka
1 genggam cili kering ( ili kering besar) – rebus ( untuk dapatkan 2 senduk cili kisar)
2 1/2 biji bawang merah saiz bola pingpong
1/2 biji bawang Holland
1 ulas bawang putih 2 hiris (nipis) serai 2 hiris (nipis) lengkuas
1/2 hiris (nipis) halia
3 tangkai cili padi Secubit belacan
Air secukupnya
1 cekak daun kesum
1 kuntum bunga kantan
BAHAN PERASA:
Garam dan gula secukup rasa
1 keping asam gelugur
Serbuk perencah secukupnya
BAHAN SAMPINGAN:
Telur rebus secukupnya
Timun secukupnya – hiris
Daun selom
Daun salad
Bunga kantan
Cili merah & cili padi hijau – hiris
Bawang holland & bawang merah – hiris
Nanas – hiris
Limau kasturi secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Rebus ikan selayang bersama dengan lengkuas, halia, asam gelugur, garam bukit secukupnya dan sedikit manisan @ gula melaka. Lebihkan air untuk mengisar.
2. Asingkan isi dan tulang ikan yang sudah direbus tadi. Kisar bahagian tulang ikan hingga hancur kemudian tapis.
3. Kisar cili kering yang telah direbus tadi. Ketepikan.
4. Kemudian kisar bawang merah saiz bola pingpong, bawang Holland, bawang putih, serai, lengkuas, halia, cili padi dan secubit belacan bersama isi ikan dan air kisaran tulang ikan.
5. Masukkan semua bahan kisar ke dalam periuk. Masak guna api sederhana.
6. Tambahkan dua senduk cili kisar. Tambah air mengikut kepekatan yang diingini.
7. Perasakan kuah dengan garam, gula, 1 keping asam gelugur dan juga serbuk perencah dengan secukupnya.
8. Bila kuah sudah mendidih dan cukup rasa, masukkan daun kesum dan bunga kantan yang sudah dibelah dua.
9. Bila kuah sudah memekat dan cukup rasa. Padamkan api.
10. Ambil laksa, masukkan ke dalam mangkuk dan tuang kuah secukupnya. Hidangkan bersama bahan sampingan.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!