Hari ni sis datang mood nak membaking. Tapi nak buat kek apa ya? Kek coklat dah bosan, jomlah ubah selera makan kek yang tak muak ni, kek span perisa coffemix. Nanti bolehlah sedekah pada jiran juga.
Kek Span Perisa Coffemix
Bahan-bahan:
3 biji telur gred B
1 cawan tepung gandum
80g gula
50ml susu segar@cair
1sudu besar ovalett
1sudu kecil baking powder
1 paket coffemix 3in1
3 sudu besar butter/planta/marjerin*(dicairkan)
Cara membuat:
1.Masukkan semua bahan ke dalam bekas kecuali bahan bertanda *
2.Adun sehingga kembang dan gebu.
3.Masukkan butter/planta/marjerin cair tadi.Kaup balik sehingga sebati.
4.Tuang ke dalam loyang yang disapu dengan sedikit butter.
5.Bakar suhu 160-165 masa 45-50 minit(bergantung kepada oven anda)
p/s-pastikan oven dipanaskan dahulu 10 minit sebelum masukkan loyang adunan.
Kredit: Siti Hadirah
INGIN MEMBELI AIR FRYER, BOLEH LIHAT DI SINI.
Resipi Kek Pandan Gula Melaka Lemak Manis Buat Ketagih Nak Makan
Resipi Kek Span Viral Dengan Perasa Oreo. Molek Kejadian & Sedap
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sambal Tumis Ikan Bilis Petai, Lauk Lejen Yang Ramai Suka
Sambal tumis ikan bilis petai memang antara sambal yang menjadi kegemaran orang ramai. Sambal ini sesuai dimakan dengan nasi mahupun ketupat.
Melaui facebook group Rasa Share Resipi, Iedaa Jahaya berkongsi resipi membuat sambal bilis petai yang kelihatan amat menyelerakan.
Jom kita lihat resipinya.
SAMBAL TUMIS BILIS PETAI
BAHAN-BAHAN
3 papan petai
segenggam cili kering (buang biji, rebus)
1 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
1 cawan minyak masak
Segenggam ikan bilis
Gula secukup rasa
Air asam jawa secukupnya
1 sudu besar kicap manis
CARA MEMBUAT
1. Kopek petai dan buang kulitnya.
2. Kisar cili kering bersama belacan, bawang putih dan bawang merah. Ketepikan.
3. Panaskan minyak masak. Goreng ikan bilis. Jangan terlalu garing sebab akan menyebabkan ikan bilis keras. Angkat dan ketepikan.
4. Gunakan minyak masak yang sama. Tumis bahan kisar tadi. Tumis sehingga naik minyak.
5. Masukkan gula, kacau sebati.
6. Perah air asam jawa. Masukkan dalam masakan. Kacau lagi.
7. Masukkan ikan bilis dan petai. Gaul lagi.
8. Masukkan sedikit kicap manis. Kacau dan biarkan seketika.
9. Matikan api.
Sambal tumis ini ada yang suka agak berkuah dan ada yang suka kering. Terpulang kepada cita rasa masing-masing.
SUMBER: RASA SHARE RESIPI
Dapat 35K Share! Resipi Kek Batik Marie Dengan Topping Chocolate Ganache, Sedap Buat Untuk Lebaran.
Resipi kek batik marie yang digemari ramai, kanak-kanak pun suka. Mudah dan senang menggunakan biskut marie resipi ini memberi penambahan rasa mewah rasa coklat ganache di atas kek menjadikan kek lebih cantik dan menyelerakan. Terasa coklatnya sesuai di buat pada hari raya. Selamat mencuba!
RESIPI KEK BATIK MARIE TOPPING CHOCLATE GANACHE
BAHAN A
- 2 pek biskut Marie (300g)
- 250g Buttercup
- 1 tin susu pekat
- 1 cawan air masak
- 6 sudu besar serbuk koko
- 14 sudu besar milo
- Telur 2 biji
BAHAN B (Topping/choc ganache)
- 1 cawan Whipping cream Anchor UHT
- 100 gram Choc compound
- 100 gram Dark Choc
- 1 sudu besar butter
CARA MEMASAK:
1. Cairkan terlebih dahulu buttercup. Sy guna kuali jer senang nak kaup balik. Bila butter dah separa cair. Tutup api. Masukkan Milo. Serbuk koko dan telur. Kemudian kacau2 smpi sebati. Terutamanya telur. Dah sebati pasang api blk. Kemudian masukkan susu sedikit. Selang seli dgn air. Bila adunan dah likat. Dan keluar buih2 maknanya adunan dah masak. Tutup api. Masukkan biskut marie. Dan kaup balik. Smpi sekata.
2. Tuang biskut marie dlm loyang 10 inci. Lapik loyang dgn plastik.Atau guna loyang yg terbuka bawahnya. Sy lapikkan pakai plastik bekas biskut marie tu. Lebihkan kiri kanan. Supaya mudah nak tarik keluar nanti. Tekan2 adunan biskut marie smpi rata. Sejukkan.
3. Sementara adunan tu sejuk buat choc ganache. Guna kaedah double boiler. Panaskan air dahulu. Kemudian tuang 1 cawan whipping cream dlm bekas lain. Letakkan atas air yg dipanaskan (kaedah double boiled). Kacau2 smpi rasa suam masukkan choc. Kacau smpi cair dan sekata semua choc. Kemudian masukkan butter. Kacau lg. Siap. Tutup api. Angkat. Sejukkan 30min.
4. Kemudian tuang atas kek batik td. Dan simpan peti sekurang2 nya 6jam utk dptkan hasil choc yg cantik di atas dan mudah di potong.
Selamat mencuba semua.. Resepi ni adalah resepi sy sendiri yg sy olah sendiri. Doakan semoga rezeki sy trs dimurahkan.
Kongsi resipi: Suliza Sadzali
Tips
- Untuk elakkan adunan hangit, pastikan gunakan api yang kecil sahaja. Api yang kuat juga boleh menyebabkan kek batik menjadi kering dan tidak sedap
- Adalah lebih baik jika digunakan non-stick pan, supaya adunan tak melekat.
- Semasa memasukkan milo dan serbuk koko ke dalam butter yang separa cair, masukkan sedikit demi sedikit supaya mudah untuk dikacau hingga sebati. Jika dimasukkan banyak sekaligus, dikhuatiri adunan akan berketul dan akan memakan masa pula untuk membuatkan ianya sebati.
- Untuk memastikan adunan betul-betul sebati, boleh menggunakan ‘hand wisk’ yang akan mempercepatkan kerja anda.
- Pastikan biskut marie dipatah-patahkan sebelum dimasukkan ke dalam kuali. Ini akan mempercepatkan proses meratakan adunan dan biskut marie itu.
- Gunakan peralatan yang mempunyai permukaan rata semasa menekan dan memampatkan kek batik untuk memastikan kek batik anda kelihatan menarik.
- Semasa menggunakan kaedah double-boiler untuk mencairkan coklat, pastikan bekas atas menutupi sepenuhnya bukaan periuk di bawah untuk mengelakkan stim daripada keluar.
Untuk melihat lebih lanjut kaedah double-boiler, bolehlah menonton video di bawah ini:
Senang Je Masak 2 Menu Burung Puyuh Ni.
Korang suka makan buruh puyuh tak? Kalau suka ini RASA kongsikan dua resipi burung puyuh yang sedap dan korang boleh cuba sebab cara memasak pun senang dan ringkas je. Sekali sekala masak lauk lain dari yang lain apa salahnya kan?
BURUNG PUYUH GORENG CILI KERING
BAHAN-BAHAN:
- 3 ekor buruh puyuh | potong kecil
- 5 tangkai cili kering | hiris kecil
- 8 tangkai cili padi | hiris kecil
- 1 biji bawang besar | hiris
- 2 ulas bawang putih | cincang halus
- 3cm halia |hiris halus
- 1 biji limau nipis | perah airnya
- 1 batang serai | hiris halus
- ½ batang lobak merah | potong dadu kecil
- Garam, gula dan perasa secukupnya
- Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
- Bersihkan burung puyuh, kemudian gaulkan bersama serbuk kunyit dengan sedikit garam halus. Gaul rata dan ketepikan.
- Panaskan minyak, goreng burung puyuh hingga garing dan ketepikan.
- Keluarkan minyak, kemudian tinggalkan sedikit untuk menumis.
- Masukkan bawang besar, bawang putih, halia cili kering, cili padi, lobak merah dan serai.
- Setelah bau wangi, masukkan burung puyuh yang telah digoreng, kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Tutup
- Perahkan limau nipis sebelum angkat dan dihidangkan panas-panas.
BURUNG PUYUH GORENG BEREMPAH
BAHAN-BAHAN:
- 1kg burung puyuh | cuci bersih dan tos
- 100gm rempah kari daging
- 30gm rempai kari daging
- 30gm serbuk jintan manis
- 30gm serbuk ketumbar
- 50gm tepung jagung
- 20gm daun kari
- 1 biji telur
- Garam dan gula secukupnya
- Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng
BAHAN KISAR HALUS:
- 150gm bawang berah
- 40gm bawang putih
- 60gm halia
- 60gm serai
BAHAN KISAR:
3 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
2cm halia muda
2cm kunyit hidup
4 batang serai
CARA MEMASAK:
- Masukkan bahan kisar di dalam mangkuk bersama rempah kari, serbuk jintan manis, jintan putih, ketumbar dan lada hitam. Gaul rata.
- Kemudian masukkan burung burung puyuh di dalamnya.
- Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Gaul rata.
- Perapkan selama dua jam. Sebalik-baiknya semalaman.
- Sebelum menggoreng, pecahkan telur dan masukkan tepung jagung di dalamnya. Gaul rata.
- Panaskan minyak, goreng burung puyuh.
- Apabila hampir garing masukkan daun kari.
- Setelah betul-betul garing, tutup api dan angkat.
- Enak dihidangkan panas-panas dengan serdak rempah ratus yang garing tadi.