Kek Tampung Seribu. Salah satu kek lapis Sarawak yang teramat sedap. Ada rasa coklat dan keju. Dapat bayangkan betapa sedapnya kek ni kan?
Uniknya kek ini, kena campurkan dengan kek-kek lain juga. Kalau tak ada lebihan kek lain yang sedia ada, boleh gunakan adunan untuk menukar warna dalam kek.Tapi adunan akan nampak kecil dan boleh gunakan loyang 7×7′. Namun Puan Roby sarankan kek ini hanya sesuai untuk yang ada kek lain yang sedia ada dalam 500gram agar kek nampak besar dan tinggi.
Menarik kan? Teringin nak cuba? Boleh ikut resipi yang dikongsikan oleh puan Roby Daud ini. Kek ini kurang manis sebab puan itu dah kurangkan kuantiti gula. Cuba tau!
Mula-mula, mentega dan gula dipukul hingga kembang. Setelah itu, masukkan telur. Pukul hingga sebati.
Setelah itu, masukkan susu dan kaya, pukul hingga sebati.
Ads
Kemudian masukkan tepung pau, Holick, serbuk pemutih dan esen vanilla. Pukul lagi adunan sehingga sebati.
Lapisan pertama bakar guna api bawah dan atas, menggunakan suhu 150C dalam 15-20 minit.. Bila dah masak lapisan pertama, guna api atas sahaja untuk lapisan yang seterusnya dan bakar sehingga lapisan terakhir. Suhu oven bergantung pada oven masing-masing ye.
Untuk resipi ini, digunakan loyang berukuran 9×9″. Selamat mencuba
Tengok rupa muffin coklat ni yang merekah dan naik gebu pun dah tahu rasanya sure sedap. Tenggelam gigi bila mengiggitnya. Aroma coklatnya semerbak satu dapur.
.
Jom kita ‘membaking’ gaya Azlina Ina yang dikongsikan dalam laman FB nya Azlina Ina Fans. Walaupun wanita ini sendiri adalah usahawan bakeri dan pastri tapi wanita Muslimah ini sudi berkongsi ilmu masak dan resipinya.
Boleh cuba untuk minum petang nanti,dan kalau dibuat ‘door gift’ sure laku keras. Tak kisah majlis perkahwinan, hari jadi atau apa pun. Cubalah…
MUFFIN COKLAT CHIP BAHAN-BAHAN :
2 biji telur gred B
1/2 cawan mentega | dicairkan
Sedikit emulco coklat
1 cawan susu segar
Sedikit esen vanila
1 cawan gula halus
Secubit garam halus
1/2 cawan serbuk koko
1 3/4 cawan tepung naik sendiri
1 sudu kecil soda bicarbonat
1/2 sachet serbuk kopi nescafe
CARA MEMASAK :
1. Mula-mula satukan gula,telur dan esen serta emulco
.
2. Kocak sedikit pakai whisk, kalau tak ada senduk pun boleh juga.
.
3. Masukkan mentega yang dicairkan tadi,whisk lagi.
.
4. Kemudian tambahkan susu segar dan kacau sebati.
5. Masukkan pula tepung,serbuk koko,garam,nescafe sachet yang sudah diayak terlebih dahulu, masuk perlahan-lahan ke dalam adunan bahan-bahan yang dikacau tadi.
.
6. Adunan dan siap. Isikan dalam 1/2 cawan dalam cawan kertas. Tabur la coklat chips pilihan korang kekacang pun boleh.
7. Bakar suhu 170 masa 25-30 minit, panaskan oven terlebih dahulu.
.
8. Ini foto yang dah separuh bakar.
9. Siap bakar
Dah sejuk bolehlah dibungkuskan jadikan cenderahati untuk sebarang majlis.
Kalau ada hajat nak buat sendiri biskut raya. Ini tiga resipi biskut raya yang sedap dan senang membuatnya. Gerenti jadi dan mesti ramai tetamu memuji keenakanya. Usah tunggu lagi, segeralah membaking kuih raya.
RED VELVET CRINCLE COOKIES
BAHAN-BAHAN:
115gm mentega
200gm muscovado sugar (gula perang)
2 biji telur
2 sudu teh pewarna merah
BAHAN AYAK:
280gm tepung gandum
1 sudu teh serbuk penaik
¼ sudu teh soda bikarbonat
40gm serbuk koko
25g gula ising | untuk digolek dengan bebola doh
CARA MEMASAK:
Pukul telur dan muscovado sugar sehingga kembang.
Masukkan telur. Pukul lagi. Campur pewarna merah.
Masukkan bahan ayak. Campur semua sehingga menjadi doh.
Bulat-bulatkan doh dan golekkan dengan gula ising.
Susun di atas dulang pembakar. Tekan sedikit doh menjadi leper sedikit.
Bakar selama 12-15 minit pada suhu 165C.
Keluarkan dan sejukkan. Sedia dinikmati.
SAMPERIT
BAHAN-BAHAN:
250gm buttercup
50gm gula kastor
120gm susu pekat manis
370gm tepung jagung
30gm tepung kastard
1 sudu teh esen vanilla
Pewarna kuning, ungu dan pic secukupnya
Manik hiasan secukupnya
CARA MEMASAK:
Masukkan mentega dan gula ke dalam mangkuk mixer. Pukul sebati.
Masukkan susu dan esen vanila.
Ayak tepung jagung bersama tepung kastard dan masukkan ke dalam adunan tadi. Gaul dengan tangan sehingga menjadi doh.
Bahagikan doh kepada tiga bahagian. Warnakan dengan satu warna bagi setiap adunan.
Masukkan ketiga-tiga doh berwarna ke dalam acuan semperit. Tekan membentuk bunga. Lakukan hingga selesai. Hias dengan manik hiasan di atasnya.
Bakar suhu 160°C selama 15 – 20 minit.
Keluarkan dan sedia dinikmati.
WHITE CHOCOLATE PEANUT BUTTER BARS
BAHAN-BAHAN:
226gm mentega | cairkan
1 cawan mentega kacang
1 cawan biskut cream crackers
450gm gula ising
340gm coklat putih
CARA MEMASAK:
Di dalam mesin pemproses makanan, kisar biskut cream crackers, gula dan mentega kacang.
Kemudian gaul bersama mentega yang dicairkan.
Masukkan ke dalam loyang 8 x 8 inci. Tekan-tekan sedikit.
Cairkan coklat putih dan tuang ke atas aduan tadi. Sejukkan sebelum potong.
Biskut Honey Nestum Almond Cookies Crunch ni memang sedap dan rangup. Menerusi perkongsian saudari Hazlita Ishak, resipi ni memang sangat senang. Jadi bolehlah cuba buat sempena sambutan hari raya Aidilfitri nanti.
CARA BUAT BISKUT HONEY NESTUM ALMOND COOKIES CRUNCH
BAHAN A:
250gm mentega atau marjerin
½ cawan gula perang halus
1 penutup esen vanilla
2 sudu makan madu
BAHAN B:
1 sudu teh baking
½ sudu teh soda bikarbonat
1 sudu makan tepung beras
1 sudu makan tepung jagung
BAHAN C:
1 ½ cawan tepung gandum
BAHAN D:
2 sudu makan susu tepung
BAHAN E:
½ cawan nestum
½ cawan cip coklat
½ cawan kepingan badam ( almond nips/strips)
CARA MEMASAK:
1. Satukan bahan A dan pukul rata menggunakan pemukul tangan. Kemudian masukkan bahan B. Pukul sekali lagi hingga sebati.
2. Tambahkan bahan C sedikit demi sedikit sambil dikacau rata. Masukkan juga bahan D. Gaul lagi.
3. Tambahkan bahan E. Gaul lagi supaya rata. Jika adunan agak berderai, tambahkan mentega atau marjerin sedikit demi sedikit hingga adunan jadi tidak berderai. Simpan dalam peti sejuk selama 30 minit.
4. Cubit adunan atau ambil menggunakan sudu. Kemudian susun atas dulang pembakar.
5. Panaskan ketuhar pada suhu 160C selama 10 minit. Bakar adunan selama 30-35 minit. Masa memasak mungkin berbeza ikut ketuhar masing-masing. (Masak biskut ni api ketuhar kena perlahan)
6. Bila dah masak, keluarkan. Semasa panas, biskut ini agak lembut. Bila sejuk, barulah ia akan keras dan rangup bila dimakan.
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.