Kalau biasa kita minum teh tarik bukan? Kali ini kita makan Kek Teh Tarik pula. Bahan utama Kek Teh Tarik ini tentulah teh tarik. Boleh dikatakan kek Teh Tarik ini paling senang dan cepat nak dimasak. Jom kita cuba buat resipi kek Teh Tarik yang dikongsikan oleh Shanaszaisy ini.
RESIPI KEK TEH TARIK
BAHAN-BAHAN:
250 gm butter @ majerin –BELI ONLINE 150 gm gula (tak suka manis kurangkan gula) –BELI ONLINE 1 cawan teh tarik 4 biji telur (asingkan kuning dan putih) 1 penutup esen vanila –BELI ONLINE 50 gm gula untuk putih telur
CARA MEMBUAT:
Ads
1. Sebatikan (mix) putih telur sampai bertanduk. Mix slow. Apabila sudah gebu, tuang gula 50 gm sedikit demi sedikit. Agak-agak kita terbalikkan mangkuk, telur putih tak jatuh.
2. Mix butter dan gula hingga kembang.
3. Apabila sudah kembang, masukkan telur dan teh tarik.
4. Mix lagi sampai sebati. Slow mix letak tepung sedikit demi sedikit. Akhir sekali boleh kaup sedikit demi sedikit
5. Putih telur kaup tiga kali jangan sampai ada putih. Nanti kek akan mendap. Buat sehingga habis.
6. Panaskan oven sehingga suhu 160C. Sedia untuk dibakar selama 30 minit (ikut oven masing-masing). Siap untuk dihidangkan.
Minggu lalu hangat mengenai Apam 3 bahan, kali ni ada resipi viral baru yang anda boleh cuba iaitu Kek Oreo Susu yang hanya menggunakan 2 bahan. Ha…tengok gambar macam sedap je. Hanya guna periuk kukusan dan tak perlu bakar pun. Jom cuba! Nanti jangan lupa komen & post gambar kek yang anda cuba buat tu ya.
BAHAN-BAHAN:
1 paket oreo
100ml susu dutch lady coklat
Semi sweet coklat cip (tambahan)
CARA MEMASAK:
Hancur oreo dgn cream sekali (saya blend jer).
Kemudian, tuang susu. Kacau sampai rata.
Masukkan ke dalam loyang.
Kukus selama 20 minit dengan api kecil.
Untuk topping atas tu, cairkan coklat cip menggunakan teknik ‘double-boiler’. Kemudian sapu atas kek.
Nota: Resipi kek ini adalah bersaiz kecil. Jika mahu kek bersaiz besar, gandakan bahan 2 @3 kali. Kek dalam gambar menggunakan bahan yang digandakan 2 kali.
Minum petang ni anak-anak teringin kek. Buat comel-comel kek kukus memang layan,anak-anak pasti suka. Kalau rasa manis kurangkan kemanisannya.
Kek Red Velvet Chocolate Kukus
Bahan-bahan:
*1 cawan minyak masak
*3 biji telur
*1 cawan susu cair
*1 cawan susu pekat manis
3 cawan tepung gandum (kalau adunan agak pekat, tambahkan sedikit air)
1 sudu makan baking powder
1 sudu kecil soda berkarbonat
*1 cawan gula (kemanisan ikut selera anda. Rasa tawar tambah lagi gula, rasa manis kurangkan gula)
Serbuk koko secukupnya
Red velvet emulco secukupnya
Chocolate emulco secukupnya
Sedikit garam
*Sedikit esen vanilla
Cara membuat:
1.Kisarkan semua bahan bertanda*
2.Kemudian ayak tepung gandum bersama baking powder dan baking soda di dalam besen.
3.Setelah itu, masukkan bahan yang dah kisarkan tadi ke dalam besen tepung gandum. kacau mesra.
4.Bahagikan 2 bahagian sama rata adunan tadi ke dalam 2 besen berasinganmasukkan 1 bahagian 3 sudu makan serbuk koko dan chocolate emulco masukkan bahagian 1 lagi ke dalam besen lain. Masukkan red velvet chocolate dan sedikit chocolate emulco
4.Sapukan minyak masak pada acuan.
5.Pasang api dan panaskan kukusan. Setelah itu, masukkan kek dan tunggu sampai kek masak.
Mudah saja buat kek susu ni. Walau berulang kali membuatnya, tak jemu makan. Anak-anaklah yang paling suka kek ni. Jom kita buat.
Kek Susu Bahan-bahan: 4 biji telur ½ cawan gula ¾ cawan susu pekat manis ¼ cawan susu cair (saya campur susu pekat dan susu cair jadi 1 cawan) 1 sudu besar ovalete Esen vanilla Kisar @ adun semua bahan-bahan di atas 2 cawan tepung gandum 1 sudu teh baking powder (ayak)
Cara membuat: 1.Masukkan tepung ke daalm bahan yang dah dikisar@ diadun tadi. Kacau sebati. 2.Bahagikan adunan ke dalam beberapa bekas dan isi pewarna pilihan. 3.Isi dalam acuan dan kukus 40 minit. Acuan sapu minyak dulu agar senang nak keluarkan kek nanti.