Korang dah pernah rasa kek viral ni ? Kek ni memang super yummy mana tidaknya dengan topping keju yang mewah diganding pula dengan coklat memang tak boleh bawa bincang. Nikmatnya buat tak keruan. Kek coklat ini dahlah lembap, gebu dan cair di mulut. Raya Haji pun dah tak lama lagi , boleh hidangkan bila saudara mara berkumpul nanti.


Tornado Chocolate Cheese Cake
Bahan-bahan:
(A) Kek Coklat
1 cawan susu pekat*
1 cawan susu cair*
1 cawan butter cair / minyak jagung*
1 cawan cocoa powder*
1 cawan gula*
1/2 sudu teh garam*
4 biji telur saiz sederhana
1 cawan tepung gandum
1 sudu teh rata serbuk penaik
1 sudu teh rata soda bikabornat
1 sudu teh esen vanilla

Cara memasak:
1. Campurkan bahan-bahan yang bertanda (*) dalam periuk, kacau sebati.
2. Panaskan campuran tadi hingga gula larut berkilat (jangan sampai mendidih)
3. Tutup api, rehatkan sebentar.
4. Dalam bekas yang lain, pukul telur (menggunakan whisker sahaja) dan masukkan ke dalam campuran tadi, kacau sebati.
4. Ayak tepung gandum, baking powder, dan soda bikarbonat ke dalam campuran tadi, kacau sebati.
5. Tuang ke dalam loyang bersaiz lebar (sebab nak kek tu nipis), alas dengan baking paper.
6. Bakar pada suhu 180’C selama 23-30 minit (hingga masak) atau boleh juga dikukus .

(B) Cream cheese
250 gram cream cheese (suhu bilik)
200ml Dairy whipping cream (sejuk)
2 sudu besar susu pekat

Cara membuat:
1.Pukul cream cheese dan susu pekat hingga kembang
2.Masukkan whipping cream
3.Pukul hingga gebu.

IKLAN

(C) Chocolate ganache
250 gram Beryls dark choc
250ml Dairy Awhipping cream
2 sudu besar mentega

Cara membuat:
1.Panaskan whipping cream (jangan sampai mendidih)
2.Tuang pada choc, biar sebentar dan kacau rata.

Cara susun:
1.Susun lapisan kek coklat pada lapisan pertama kemudian cream cheese pada lapisan kedua dan seterusnya kek coklat pada lapisan ketiga .
2.Pada lapisan paling atas ratakan chocolate ganache sehingga mentupi kesemua bahagian kek dan cheese.
3.Akhir sekali, tabur choc flakes/choc nibs/choc rice (ikut suka).
4.Sejukkan.


Kredit: sarina seman

Anda sedang mencari FOOD STEAMER? Boleh klik DISINI.

LIHAT JUGA RESIPI LAIN:

Kek Pandan Bersantan Gebu

Resipi Kek Ros Santan Gebu Paling Mudah Buat

Mudahnya Buat Cheesecake Guna 4 Bahan