Makan

Kek Yogurt Blueberi & Lemon, Enaknya Makan Panas-Panas

Share

Nak buat menu istimewa untuk keluarga? Jom buat Kek Yogurt Blueberi & Lemon menggunakan Fernleaf Yogurt. Memang enak bila makan kek yang panas-panas baru keluar oven ni. Terasa kelembutan serta keenakan yogurt, blueberi dan lemon di dalam kek ini. Fernleaf Yogurt tentunya menjadi pilihan kerana ia rendah lemak dan tiada gula tambahan. Yogurt ini juga diperbuat dengan kebaikan susu 100% dari New Zealand. Memang sedap. Tak rugi cuba resipi ni. Tahu-tahu licin sepinggan.

KEK YOGURT BLUEBERI & LEMON

Bahan-bahan:

  • 200gram gula kastor
  • 260gram tepung gandum
  • 140gram blueberi – tabur sedikit tepung untuk menyalut bluberry
  • 120ml Fernleaf Yogurt Asli
  • 115gram Anchor Unsalted Butter
  • 2 biji telur
  • 2 sudu makan jus lemon
  • 1 sudu makan parutan kulit lemon
  • ¼ sudu teh baking soda
  • ¼ sudu teh garam

Cara Memasak:

  1. Di dalam mangkuk kecil, satukan Fernleaf Yogurt Asli, jus lemon dan parutan kulit lemon. Biarkan seketika (5-8 minit).
  2. Di dalam mangkuk medium, ayak bersama tepung gandum, baking soda dan garam.
  3. Di dalam mangkuk pengadun, satukan Anchor Unsalted Butter dan gula kastor. Pukul hingga agak ringan dan halus.
  4. Masukkan telur satu persatu, pukul lagi hingga kembang.
  5. Masukkan campuran tepung berselang seli dengan campuran yogurt lemon tadi.  Kaup-balikkan sebati. Ulangi lagi hingga semua bahan habis. Kaup-balikkan sebati.
  6. Masukkan blueberi yang telah disalut dengan sedikit tepung lalu kaup-balikkan rata.
  7. Tuang bancuhan kek ke dalam acuan yang telah disapu sedikit mentega dan dialas dengan kertas parchment.
  8. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 175-180C selama 50-60 minit atau hingga kek masak. Sejukkan dan baru dipotong. Hias mengikut cita rasa.

 

 

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

 

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official:

 

Published by
Naqiyatul Uzma