Kek Yogurt Strawberry Cheese Yang Cantik, Sedap & Membuka Selera. Makan Sejuk-Sejuk Lagi ‘Terangkat’!

Share

Sekali pandang, memang cantik kek warna merah jambu ini. Memang menarik perhatian ramai sungguh kek yogurt strawberry cheese ini. Sedap & manis. Kalau nak cuba buat di rumah, ini resipi kek yang dikongsi oleh Iedaa Jahaya. Memang wajib dicuba!

KEK YOGURT STRAWBERRY CHEESE

 

BAHAN-BAHAN:

  • 4 biji kuning telur
  • 4 biji putih telur
  • 180g cream cheese
  • 2 bekas yogurt perisa strawberi
  • Gula kastor – beli online DISINI
  • 120g tepung gandum – beli online DISINI
  • 200ml whipping cream

 

CARA PENYEDIAAN:

  1. Pukul cream cheese dan 60g gula kastor sehingga kembang.
  2. Masukkan kuning telur. Mix lagi dan bila telur sudah kembang, boleh berhenti mengacau.
  3. Masukkan yogurt dan mix sebentar.
  4. Kemudian, ayak tepung dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan. Masukkan terus whipping cream dan kaup balik sahaja. Kemudian, ketepikan.
  5. Mix putih telur sehingga berbuih sedikit dan masukkan 80g gula kastor. Kacau sehingga kental dan bertanduk. Cara lain untuk memastikan adunan ini sempurna adalah cuba terbalikkan mangkuk telur dan putih telur tak akan jatuh.
  6. Selepas itu, ambil adunan dan masukkan ke dalam adunan tepung tadi. Masuk sedikit demi sedikit dan kaup semula.
  7. Pada bahagian atas, titiskan Hershey’s Strawberry. Lorekkan pada bahagian atas kek sebelum dimasukkan ke dalam oven. Gariskan dengan lidi.
  8. Untuk membakar, isi air panas ke dalam loyang. Masuk loyang yang berisi adunan ke dalam loyang yang berisi air tadi. Teknik ini dipanggil water bath,
  9. Biarkan 1/2 loyang tenggelam ke dalam dan boleh mula membakar. Sebelum bakar, panaskan ketuhar sebentar. Kemudian, bakar kek pada suhu 170 selama satu jam 10 minit, api atas bawah.
  10. Bila dah masak, tunggu sebentar dan masuk ke dalam peti sejuk selama 2 jam.

 

Kredit resipi & foto: Iedaa Jahaya

 

Anda mencari KUALI NON STICK? Boleh klik DISINI.

 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official:

 

Published by
Naqiyatul Uzma