Nak Kelapa Parut Tahan Lama, Ini Cara Simpan. Kelapa parut adalah isi kelapa yang diparut menjadi serabut-serabut putih. Ia amat sinonim dalam masakan dan kuih-muih Melayu. Kuih kaswi, lompang, apam cukup lazat disediakan bersama bersama kelapa parut.
Namun kelapa parut jikan dibiarkan terdedah lama di luar akan cepat basi. Tapi kalau ikut petua yang dikongsikan ini, InsyaAllah boleh tahan lama.
CARA PERTAMA :
1. Gumpalkan kelapa parut membentuk bola-bola berukuran sederhana.
2. Simpan di dalam bekas atau plastik yang telah diberi sedikit air
3. Tutup rapat bekas atau plastik dan simpan di dalam peti ais bahagian beku. Kelapa parut akan tahan 3 hingga 4 bulan
CARA KEDUA :
1. Masak air hingga mendidih
2. Taburkan garam pada parutan kelapa dan gaul sampai rata
3. Kukus kelapa parut selama 15 minit
4. Biarkan sejuk dan masukkan ke dalam plastik dan simpan di dalam peti sejuk.
5. Kukus semula untuk dapat perahan terbaik sebelum digunakan.
Sumber : Abgbrian.com & sinar.fm
[ Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA: