Baru nak masak gulai lemak, tetiba kelapa parut yang dibeli basi, mesti kecewakan, sebab kelapa parut tidak tahan lama terdedah pada suhu bilik. Tapi jangan bimbang ada cara boleh bantu agar kelapa parut yang dibeli tidak mudah rosak atau basi.

Ini ada satu tip mudah simpan kelapa parut supaya  tahan lama atau disimpan untuk waktu tertentu. Caranya ialah masukkan kelapa parut dalam bekas kecil kemudian simpan dalam freezer dan bekukannya.

Ads

Kelapa yang sudah dibekukan ini  boleh tahan hingga 2-3 bulan lamanya jika disimpan dalam freezer. Keluarkan kelapa bila anda perlu menggunakan kelapa tersebut.

Ads
Ads

Biarkan pada suhu bilik  atau cairkan dengan air panas dan kisar kelapa, kemudian  dan santannya dan anda boleh memasak tanpa was-was. Selamat mencuba dan senangkan?

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI