Kelas Masakan Online Bersama Maggi® & RASA yang berlangsung semalam (11 November 2020) memang sangat meriah. Walaupun dilakukan secara atas talian disebabkan pandemik Covid-19 yang membataskan penganjuran secara fizikal, namun ia tidak menghalang para peserta untuk turut serta malah memberikan satu pengalaman baru buat semua.
Bersiaran secara langsung pada jam 11 pagi menerusi saluran Youtube Maggi® Malaysia, kelas masakan ini dikendalikan oleh Chef Sharifah Hamidah Syed Mohsin yang turut dibantu oleh chef jemputan yang tidak asing lagi di kalangan pembaca RASA iaitu Chef Sue M Arukin.
Gabungan kedua-dua personaliti hebat dalam bidang masakan ini ternyata begitu serasi dan menjadi. Banyak tip serta panduan yang dikongsi sepanjang kelas masakan berlangsung. Malah barisan chef juga aktif berinteraksi bersama penonton dengan menjawab soalan-soalan yang diajukan, menjadikan suasana begitu meriah seakan berada dalam kelas masakan yang nyata.
Sebanyak tiga resipi telah dikongsi bersama para peserta. Semuanya sangat sedap, mudah dan membuka selera. Mana tidaknya, masak menggunakan produk-produk Maggi®. Tentulah hasilnya sangat enak.
Bagi anda yang tidak sempat untuk menyalin resipi-resipi semasa dalam kelas tadi, RASA kongsikan kembali buat anda. Bolehlah cuba masak untuk keluarga tersayang.
1. NASI & SAYURAN
BAHAN-BAHAN:
- 1 kg beras Basmati – dibasuh
- 4 sudu besar minyak jagung
BAHAN A (dikisar halus):
- 100gm bawang kecil
- 30gm bawang putih
- 50gm halia
- 4 sekawan (2 keping kulit kayu manis, 4 kuntum bunga lawang, 10 biji buah pelaga, 10 kuntum bunga cengkih)
BAHAN B:
- 50gm serbuk ketumbar
- 20gm serbuk jintan putih
- 20gm serbuk jintan manis
- 10gm serbuk jintan manis
- 200ml air
BAHAN C:
- 1.5 liter air
- 1 sudu besar MAGGI CukupRasa
- 2 helai daun pandan
- 2 batang serai – diketuk
- 4 helai daun bay
BAHAN D
- 100gm kacang dal yang telah direbus
- 50gm daun bayam – dihiris
- 50gm kacang panjang – dipotong 1 cm panjang
- 50gm lobak merah – diparut
BAHAN HIASAN:
- 50gm hirisan timun
- 1 biji hirisan tomato
- 30gm daun bawang – dihiris nipis
- 50gm kismis
- 50gm gajus
CARA MEMASAK:
- Dalam periuk, panaskan minyak dan tumis bahan A hingga kekuningan.
- Masukkan bahan B dan tumis hingga pecah minyak.
- Masukkan bahan C dan biarkan mendidih.
- Masukkan bahan D, beras dan gaul sehinggan beras menjadi agak pekat.
- Kecilkan api, tudungkan periuk dan masak hingga nasi menjadi empuk.
- Susun dan tabur bahan hiasan.
- Hidangkan panas.
2. AYAM MASAK MERAH (SAMBAL TUMIS)
BAHAN-BAHAN:
BAHAN A:
- 300gm dada ayam – dipotong dadu
- 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
- 1/4 sudu kecil MAGGI CukupRasa
- Minyak untuk mengoreng
- 1 sudu besar minyak
BAHAN B:
- 2 biji bawang kecil – dihiris
- 2 ulas bawang putih – dicincang
- 1 batang serai – dititik
- 2 pek (30 gram) MAGGI Sambal Tumis
- 2 sudu kecil MAGGI Sos Tomato
- 1 biji tomato
- 1/4 cawan kacang hijau
- 100 ml air
CARA MEMASAK:
- Gaulkan bahan A sehingga sebati.
- Panaskan minyak, goreng ayam dan ketepikan.
- Keluarkan dan tinggalkan hanya 1 sudu besar minyak. Tumis bahan B.
- Masukkan MAGGI Sambal Tumis, gaul sebentar dan masukkan MAGGI Sos Tomato, ayam dan air.
- Biarkan ia reneh selama 1 minit dan sedia untuk dihidangkan.
3. MI MAGGI® GORENG KERABU SEAFOOD PANTAI TIMUR
BAHAN-BAHAN:
- 3 biji cili padi – ditumbuk
- 4 ulas bawang merah – dihiris
- 4 sudu besar jus limau nipis
- 2 sudu besar gula
- 1 akar daun ketumbar – ditumbuk
- 4 pek perencah Mi MAGGI® 2-Minit Tom Yam
- 100gm ayam – direbus dan dicarik
- 1 helai limau purut – dihiris
- 1 batang serai – dihiris
- 1/2 kuntum bunga kantan – dihiris
- 2 biji tomato – dibuang biji & dihiris sederhana nipis
- 100gm kubis bulat – dihiris nipis
- 100gm timun – dihiris panjang
- 4 pek Mi MAGGI® 2-Minit Tom Yam, direbus & ditoskan (dimasak selama 1 minit)
- 30gm daun ketumbar – dihiris
CARA MEMASAK:
- Di dalam mangkuk, gaulkan cili padi, bawang merah, jus limau nipis, gula, akar ketumbar, perencah Mi MAGGI® 2-Minit Tom Yam, ayam, daun limau purut dan serai.
- Masukkan juga bunga kantan, tomato, kubis, timun dan Mi MAGGI® 2-Minit Tom Yam.
- Gaulkan rata dan akhir sekali, masukkan daun ketumbar.
- Sedia untuk dinikmati.
Dah dapat resipinya? Nanti jangan lupa untuk mencubanya ya.
Kelas Masakan Online Bersama Maggi ® & RASA ini juga dihangatkan dengan soalan-soalan kuiz yang diajukan oleh para chef. Hadiahnya? Memang hebat-hebat tau. Ada baucar Maggi ® bernilai RM100 dan juga hadiah utama berupa tiket jemputan istimewa ke sesi makan-makan Bersama Datin Paduka Eina Azman.
Tahniah diucapkan kepada para peserta yang berjaya menjawab soalan-soalan dengan tepat dan pantas. Berikut adalah senarai peserta bertuah pada hari ini.
Bagi yang terlepas untuk turut serta dalam Kelas Masakan Online Bersama Maggi® & RASA, anda boleh tonton menerusi di bawah ini.