Mengikut pakar pemakanan beras perang lebih nutrisinya berbanding beras putih. Bagi pesakit diabetes kurangkan pengambilan nasi putih adalah solusi terbaik. Beras perang juga adalah pilihan yang lebih baik buat pesakit diabetes. Namun seperti juga beras putih, kurangkan kuantiti makanan yang diambil. Lebihkan sayur-sayuran dan kawal diet. Tetapi apa yang bagus sangat beras perang ni? Jom semak info.
1. TINGGI KANDUNGAN SELENIUM
foto: www. eating well.com
Beras perang kaya dengan selenium yang dipercayai dapat mengurangkan risiko penyakit seperti barah, penyakit jantung dan artritis. Selenium adalah mineral penting yang berupaya meningkatkan imuniti dan ketahanan badan.
2. KAYA DENGAN MANGAN
Secawan beras perang memberikan 80 peratus keperluan galian mangan (manganese) tubuh kita. Ia membantu tubuh melaraskan lemak serta memberi kebaikan kepada sistem reproduktif (kesuburan) dan saraf.
3. MERANGSANG PENURUNAN BERAT BADAN
foto: www.hawaiipacifichealth.org
Kandungan fiber dalam beras perang memelihara usus kerana ia membantu proses penghadaman. Ia tambahan pemakanan diet yang baik bagi mereka yang mahu melancarkan penghadaman. Beras perang menjadikan kita cepat kenyang, bila mudah kenyang pasti jumlah yang dimakan pun jadi kurang.
4. ELAK RISIKO SAKIT JANTUNG & KOLESTEROL
Ads
foto: www.hungrymate.com.au
Beras perang dikatakan sebagai bijirin penuh kerana ia tidak kehilangan zat penuhnya melalui proses penapisan ‘refining’. Bijirin penuh sudah terbukti dapat mengurangkan pembentukan plak di arteri dan dengan itu mengurangkan risiko penyakit jantung dan tinggi kolestrol.
5. KAYA ANTI-OKSIDAN
Inilah satu lagi rahsia khasiat beras perang. Selama ini kita cuma kaitkan anti oksidan ini dengan buah-buah beri atau sayur-sayuran. Memang hebat kapasiti anti oksidannya sehebat dengan buah-buahan dan sayur-sayuran.
6. TINGGI KANDUNGAN FIBER
Ads
foto: www.pritikin.com
Ia kaya dengan fiber dan termasuk dalam senarai makanan yang diyakini boleh mengelakkan kanser usus. Kandungan fiber dalam beras perang adalah tinggi. Jadi ia melawan elemen yang boleh menyebabkan kanser dan juga toksin dalam tubuh. Secara langsung ia menghapuskan elemen ini daripada melekat di dinding usus.
7. MEMPERLAHANKAN PERLEPASAN GULA
Beras perang membantu menstabilkan paras gula darah, ini menjadi sumber makanan yang baik untuk pengidap diabetes. Kajian menunjukkan mereka yang makan satu setengah cawan beras perang boleh mengurangkan risiko mendapat diabetes sebanyak 60% berbanding jika memakan nasi putih.
8. SESUAI DIJADIKAN MAKANAN BAYI
foto: ganga-sreekanth.blogspot.my
Bijirin beras perang boleh dijadikan makanan bayi kerana padat dengan nutrisi semulajadi dan kandungan fiber. Ia menjadi pilihan yang lebih baik berbanding dengan beras/nasi putih yang telah melalui proses penggilapan.Membantu proses tumbesaran bayi dan kanak-kanak yang memerlukan diet yang kaya dengan dengan kandungan nutrisi.
Ads
9. ELAK JANGKITAN ‘CANDIDA YEAST’
foto: wikipedia.org
Apa itu candida yeast? Ia adalah fungus atau sejenis kulat yang hidup di dalam mulut dan sistem usus anda. Kandungan beras perang dikatakan dapat memulihkan sistem penghadaman atau usus yang sensitif daripada ‘pertumbuhan berlebihan’ organisma candida ini. – FARIDAH TALIB
Malaysia sememangnya telah dikenali sebagai destinasi kulinari di Asia yang mempunyai ratusan makanan enak yang sentiasa mendapat perhatian dunia. Malah Malaysia juga telah dinamakan sebagai World Top Destination malah beberapa kali memenangi tempat pertama dalam pelbagai pertandingan peringkat antarabangsa.
Dan sekali lagi, Malaysia akan mengambil satu lonjakan besar dalam bidang kulinari dengan menjadi negara pertama sebagai tuan rumah pertandingan bertaraf dunia ini. Pertandingan memasak selama 4 hari ini akan diadakan dari 4 hingga 7 April di Movenpick Hotel & Convention Centre Sepang, Selangor. dihos dan dianjurkan oleh DRS PROEVENT dengan kerjasama CZ Restaurant Group, dengan sokongan Tourism Selangor.
Chef Zubir, Pengerusi WorldChef Battlefield Malaysia
WCB 2019, akan mencerminkan keadaan sebenar siri pertempuran kulinari di kalangan chef profesional dari seluruh dunia. Peserta dari Asia dan negara Afrika Mauritius akan bersaing untuk gelaran Juara Masters di Worldchef Battlefield 2019. Pertandingan ini turut disokong oleh Professional Culinaire Association (PCA) dan disahkan oleh World Association of Chefs Societies (WACS)
Lokasi pertandingan yang bakal menyaksikan pertemburan Chef-chef bertaraf dunia. – sumber worldchefbattlefield.com
Pertempuran bertaraf dunia ini akan memperlihatkan 16 pasukan dari empat chef. Masing-masing menyediakan hidangan masakan dan dinilai oleh sembilan juri dan 10 hakim lain menilai kemahiran chef di dapur.
WCB 2019, yang akan dirakamkan secara langsung dan disiarkan di negara-negara Asia, menawarkan hadiah wang tunai $ 12,000 (RM49,570) untuk pasukan juara.
Barisan ViP yang hadir dimajlis pelancaran rasmi. Dari kiri Encik Khairul Maharis (Movenpick) Chef Bob, Chef Zubir , YB Tuan Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik (Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan kebudayaan), Datin Riana (DRS) dan Puan Noorul Ashikin Mohd Din (Pengurus Besar Tourism Selangor)
Chef profesional dan hakim Masterchef Malaysia Chef Zubir Zain yang juga Pengerusi Workd Chef Battlefield Malaysia akan mengetuai pertandingan. Panel penghakiman pula akan diketuai oleh ketua hakim Otto Weibel dari Switzerland. Otto telah menghabiskan lebih dari 30 tahun kerjaya memasak di Singapura. Dia telah membantu di restoran ayahnya sejak berusia 10 tahun dan digelar Godfather dalam bidang kulinari Singapura.
Antara juri lain pula terdiri daripada profesional industri dari Malaysia, Jerman, Sweden, Hong Kong, Singapura, Indonesia, Thailand dan Filipina.
Timun atau mentimun merupakan tanaman sayur yang sangat mudah ditanam dan mudah diperoleh di seluruh dunia. Timun khususnya di Malaysia sering disajikan sebagai ulam bersama nasi lemak dengan sambal belacan.
Timun yang sifatnya menyejukkan itu juga digunakan secara meluas di dalam masakan di negara kita. Ada yang gemar memakannya secara mentah iaitu dibuat ulam, diminum dalam bentuk jus dan ada juga yang memasaknya seperti masak bening dan sebagainya. Sebenarnya masih banyak lagi hidangan yang boleh dimasak berasaskan timun.
Timun mengandungi perbagai nutrisi yang mampu menjaga dan meningkatkan kesihatan tubuh. Antara kebaikan timun terhadap kesihatan tubuh manusia ialah:
KHASIAT TIMUN
1. MENGHIDRATKAN TUBUH BADAN
Sekiranya kita terlalu sibuk untuk minum air secukupnya, kita boleh terus makan timun yang sejuk kerana timun yang sejuk mengandungi 99% air.
2. MENYINGKIRKAN TOKSIN DALAM BADAN
Kandungan air yang terdapat dalam timun bertindak sebagai ‘penyapu’ yang akan membersihkan semua sisa buangan yang terdapat dalam tubuh kita. Dikatakan dengan memakan timun secara kerap, ia dapat melarutkan batu karang.
3. MEMBEKALKAN MINERAL KEPADA KULIT
Timun merupakan sayuran yang mengandungi potasium, magnesium dan silikon yang tinggi. Oleh sebab itu, kita dapat lihat kebanyakan pusat spa menggunakan timun sebagai bahan untuk kecantikan.
4. SUMBER VITAMIN HARIAN
Timun mengandungi semua jenis vitamin yang diperlukan oleh tubuh badan kita sehari iaitu vitamin A, B, dan C yang menggalakkan sistem imunisasi agar lebih bertenaga dan berseri. Timun ini lebih sesuai dijadikan jus minuman yang dicampurkan dengan lobak merah dan daun bayam. Jus ini elok untuk kulit kerana ia mengandungi 12% vitamin C yang mana cukup untuk keperluan kulit kita dalam sehari.
5. DIKATAKAN DAPAT MERAWAT DIABETES, MENGURANGKAN KOLESTEROL DAN MENGAWAL TEKANAN DARAH
Jus timun mengandungi sejenis hormon yang diperlukan oleh pankreas untuk menghasilkan insulin yang kebaikan kepada pesakit diabetes. Ada penyelidik telah menemui sejenis bahan sebatian yang disebut sebagai ‘sterol’ pada timun yang dapat menurunkan paras kolesterol. Timun juga kaya dengan serat, potasium dan magnesium. Bahan ini sangat efektif untuk menstabilkan tekanan darah. Oleh itu, timun sangat baik untuk merawat tekanan darah tinggi mahupun tekanan darah rendah.
6. MEMBANTU BUAH PINGGANG BERADA DALAM KEADAAN BAIK
Timun mampu merendahkan paras asid urin dalam tubuh kita sekali gus mampu memastikan buah pinggang kita sentiasa dalam keadaan baik.
Dah tahu khaisatnya, jadi bolehlah selalu ambil sayur ini dalam hidangan harian. Selain dimakan segar atau dijadikan jus, timun juga boleh dimasak dengan pelbagai cara hidangan. Antara yang boleh anda cuba ialah:
RESIPI MENGGUNAKAN TIMUN
1. TIMUN GORENG UDANG BERTELUR
BAHAN-BAHAN:
1 biji timun |potong kecil
5-7 ekor udang |bersihkan
1 biji bawang merah |potong halus
2 ulas bawang putih |cincang halus
2 biji telur |kacau sedikit
Garam gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau dan layu.
Kemudian masukkan udang dan timun dan goreng hingga masak.
Tuangkan telur yang telah dikacau dan biar seketika. Apabila telur kelihatan sudah masak, gaul lagi bagi memastikan telur berketul. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
2. SUP TIMUN
BAHAN-BAHAN:
1 sudu makan minyak zaitun
5 ulas bawang putih |cincang halus
1 biji bawang Holland saiz kecil |cincang halus
1 sudu makan lemon jus
1 batang timun saiz sederhana |buang isi tengah dan potong dadu kecil
½ sudu teh garam
125gm yogurt asli
CARA MEMASAK:
Tumis bawang putih dengan minyak zaitun bersama bawang Holland, kemudian masukkan timun.
Masukkan pula jus limau dan garam. Kecilkan api dan biar sejuk seketika. Ketepikan.
Kisar semua bahan yang ditumis tadi hingga halus dan tuangkan ke dalam yogurt. Gaul sebati.
Boleh dihidangkan secara suam atau disejukkan terlebih dahulu.
3. SMACKED CUCUMBER DRIED SHRIMP
BAHAN-BAHAN:
3 biji timun jepun
50gm udang kering
3 ulas bawang putih
½ sudu teh minyak zaitun
2 sudu teh jus lemon
Secubit garam
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Timun diketuk sedikit sama ada menggunakan pisau besar atau diketuk di atas meja hingga agak layu/lembek. Tapi jangan sampai hancur.
Potong timun menjadi bahagian kecil. Masukkan ke dalam mangkuk dan kemudian ketepikan.
Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan bawang putih dan masukkan udang kering.
Apabila sudah masak, tuangkan ke dalam mangkuk berisi timun tadi. Masukkan ½ sudu teh minyak zaitun, dua sudu teh jus lemon dan secubit garam. Gaul sekata.
Sedia dihidangkan.
4. TIMUN SUMBAT BERSAMBAL TOMATO
BAHAN-BAHAN:
1 batang timun |hiris memanjang, nipis
BAHAN INTI:
7-10 ekor udang |buang kulit dan dicincang
1 biji bawang besar |cincang halus
3 ulas bawang putih |Cincang halus
1 sudu makan mentega
Gula garam secukup rasa
Bahan sambal tomato:
1 biji tomato
1 biji bawang Holland
3 sudu makan cili giling
Sedikit jus lemon
Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK:
Untuk membuat inti; Panaskan mentega. Tumis bawang putih dan bawang besar kemudian masukkan udang. Kacau sekata.
Perasakan dengan gula dan garam. Apabila sudah masak, ketepikan. Biarkan sejuk.
Untuk menyediakan sambal tomato; Kisar tomato bersama bawang hingga halus.
Tumis bersama cili giling dan masak hingga pecah minyak dan sambal berubah warna gelap. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Masukkan sedikit jus lemon dan gaul sebati. Angkat dan sejukkan.
Timun dihiris memanjang, masukkan inti dan gulung. Hidang bersama sambal tomato.
5. CUCUMBER MINT DRINK
BAHAN-BAHAN:
500 ml air ais krim soda
Hirisan timun secukupnya
Daun pudina secukupnya
1 sudu teh jus lemon
CARA MEMASAK:
Tuangkan air ais krim soda di dalam gelas.
Masukkan hirisan timun dan daun pudina.
Masukkan jus lemon. Kacau sekata. Sejukkan di dalam peti sejuk.
Rasanya agak pedas namun aromanya cukup wangi bila dimasukkan ke dalam masakan. Kebanyakan masakan yang mengandungi halia sebagai salah satu bahan perlu ada akan membuatkan masakan lebih enak.
Halia juga diakui dapat membantu mengeluarkan angin dari dalam badan. Malah bukan itu sahaja. Ada lagi khasiat dan manfaatnya yang lain. Jom semak!
1. MENGEKALKAN PEREDARAN DARAH NORMAL
Halia mengandungi kromium, magnesium dan zink yang boleh membantu untuk memperbaiki aliran darah serta membantu mengelakkan kesejukan, demam dan peluh berlebihan.
2. PENYERAPAN NUTRIEN DALAM USUS
Halia membantu meningkatkan penyerapan dan merangsang nutrien penting dalam badan. Ia kerana ia merangsang rembesan enzim gastrik dan enzim pankreas yang membantu penyerapan nutrien.
3. MENGURANGKAN KESAKITAN DAN KERADANGAN
Halia mengandungi beberapa bahan anti-radang yang paling mujarab dan merupakan ubat penahan sakit semula jadi yang kuat.
4. MELAWAN MASALAH PERNAFASAN YANG BIASA
Jika anda mengalami penyakit pernafasan biasa seperti batuk, halia membantu dalam mengembangkan paru-paru anda dan melonggarkan kahak. Dengan cara ini anda boleh dengan cepat pulih daripada kesukaran bernafas.
5. PENCEGAHAN DEMAM DAN SELESEMA
Halia telah digunakan beribu-ribu tahun sebagai rawatan semula jadi untuk demam dan selesema di seluruh Asia. Kajian di University of Maryland Medical Center mendapati, untuk merawat demam dan selesema dalam kalangan orang dewasa, rendam dua sudu besar halia segar yang dicencang dalam air panas dan diminum dua hingga tiga kali sehari
6. MENGURANGKAN KETIDAKSELESAAN PERUT
Halia sesuai dalam membantu pencernaan, seterusnya meningkatkan penyerapan makanan dan mengelakkan sakit perut. Halia dapat mengurangkan keradangan seperti juga aspirin dan ibuprofen.
7. MENCEGAH BARAH USUS
Satu kajian di University of Minnesota mendapati, halia boleh melambatkan pertumbuhan sel-sel kanser kolorektal/usus.
8. MENGUATKAN IMUNITI
Halia membantu meningkatkan sistem imun. Pengambilan sedikit halia sedikit sehari boleh membantu mengurangkan risiko strok dengan menghalang lemak melekat pada arteri. Ia juga mengurangkan jangkitan bakteria dalam perut, dan membantu melegakan batuk dan kegatalan tekak.
RESIPI MENGGUNAKAN HALIA:
DAGING CINCANG GORENG HALIA KACANG PANJANG
BAHAN-BAHAN:
200gm daging lembu | cincang
5 tangkai kacang panjang | potong
1/2 biji bawang Bombay | potong dadu
3 ulas bawang putih | cincang kasar
2.5cm halia | cincang
1 sudu teh cili giling
1 sudu teh sos tiram
Garam secukupnya
Minyak masak secukupnya
Air secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bawang putih dan halia yang sudah dicincang kemudian disusuli dengan cili giling. Tumis lagi hingga naik minyak dan masukkan bawang Bombay, goreng hingga layu.
Masukkan pula daging cincang Gaul rata hingga terbit bau harum dan daging masak.
Masukkan kacang panjang tetapi jangan masak terlalu lama. Masukkan sos tiram, air dan garam jika perlu (sos tiram sudah ada rasa masin). Gaul rata lalu biarkan selama 2 minit. Setelah itu, tutup api dan siap utk dihidangkan bersama nasi panas.
Info chef: Daging cincang boleh beli yang telah siap dan ada dijual di pasar raya.
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.