Musim durian, ramai yang muat naik status makan durian. Macam-macam kisah pasal durian. Salah satu kisah yang mencuit hati adalah kisah pelakon, Zarina Zainudin yang melayan anak kembarnya makan durian. Menurut Zarina, Azil tak makan durian sebelum ni. Bau pun dah nak termuntah.
Namun baru-baru ini, dalam perjalanan balik ke rumah, mereka singgah makan durian. Dan itulah kali pertama Azil makan durian.
Agak melucukan apabila Zarina minta durian udang merah, terus kembar yang seorang lagi iaitu Azal menegah dan kata, “Hei, saya tak makan durian.”
#azilmakandurian
Dalam perjalanan balik kami singgah makan durian. Saya mintak udang merah lepas tu Azal cakap hei saya tak makan seafood 😃
Ini durian namanya saja takde udang pun dalam durian ni Azal ..
First time Azil makan durian selalu dia macam nak termuntah jer bau durian ..
#autism #autismawareness #azalohazal #azilazal
Gelagat Azal dan Azil memang selalu mencuit hati. Dan netizen pun selalu mendoakan kesejahteraan Zarina dalam menjaga anak kembarnya itu.
Kredit: Instagram Zarina Zainudin