Mungkin ada yang teringin nak merasai kelupis. Beras pulut yang sudah dicuci , dimasak bersama santan. Kemudian ia dikukus. Kelupis boleh bertahan lama sekiranya dimasak dengan betul dan disimpan di dalam peti sejuk.
KELUPIS BRUNEI
BAHAN-BAHAN:
500gm beras pulut
500ml santan
Sedikit garam
Sedikit minyak masak
Daun irik @ ngirik
CARA MEMASAK:
1. Beras pulut dicuci bersih dan ditoskan.
2. Masukkan santan dan garam dalam kuali. Masak dengan api perlahan sehingga mendidih dan pecah minyak.
3. Masukkan beras pulut dan gaul sambil masukkan minyak masak sedikit-sedikit. Gaul sehingga sebati, kering dan berkilat. Ingat, guna api perlahan.
4. Angkat dan letak dalam bekas lain.
5. Bungkuskan pulut dalam daun irik @ ngirik.
6. Kukus kelupis selama 1 jam.
7. Angkat dan letak secara berdiri untuk keluarkan wap air. Ini penting untuk memastikan kelupis tahan lebih lama.
8. Sedia dimakan bersama kuah kacang/rendang/kari ayam atau daging.