Kena Ada 3 Bahan Ni Baru Menjadi Resipi Ayam Ku Kaya, Simple Tapi Sedap!

Share

RASA berkongsi resipi masakan Norizaidah Sohefudin atau Cikda dengan resipi Ayam Ku Kaya. Nama agak pelik rupanya Cikda ni menggunakan Kaya sebagai salah satu bahan sebagai penyedap dalam resipi masakkannya. Nak kaya cubalah!

RESIPI AYAM KU KAYA

BAHAN-BAHAN

  • 1/2 ekor ayam (potong kecik)
  • 3 sudu besar Tepung jagung
  • Garam
  • Lada sulah
  • 3 ulas bawang putih (cicey haluh)
  • Cili api (cicey jugok. Ikut suko nok letok banyok mano. Cikda letok 6 bijik jah)
  • 5 sudu sos cili
  • 2 sudu besar membukit Seri Kaya. (Kaya brand apa pun takpa janji KAYA. Takdak kaya gi beli keda smeta!)
  • 2 sudu LEA & PERRINS. (Hok ni wajib ada. Kalau takde tak shedap. Dan kicap ni HALAL deh. Jgn runsing)

 

CARA-CARA:

1. Gaulkan ayam dengan garam & lada sulah. Biar kejap 5 minit. Lepas tu gaul dengan tepung jagung dan goreng. Api sederhana saja. Jaga-jaga ye Cik Salmah, jangan goreng lama-lama. Nanti ayam keras dan tak juicy gicheww.

2. Guna sikit minyak goreng ayam tadi dalam 4 sudu. Tumis bawang putih dan cili. Api kecik je thaww. Dah naik bau, masukkan sos cili, lea & perrins dan kaya. Dah sebati, masukkan ayam. Gaul-gaul dan tutup api. Sedia untuk dimakan! Resepi ni takyah letak garam and gula k. Ok bye, Cikda nak makan..

Kongsi resipi: Norizaidah Sohefudin

 

Published by
Mastura Abu Kassim