Masih memikirkan menu untuk open house? Apa kata anda cuba  tiga menu Thai yang sedap ni. Boleh juga tetamu mencuba selera baru cita rasa negara jiran kita. RASA sudah rasa, memang sedap dan sesuai sebagai hidangan rumah terbuka.

Kena Cuba 3 Menu Thai Ni, Sedap Weiii…

AYAM PANGGANGTHAI SOS KACANG

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm isi dada ayam
  • 3 sudu makan kicap cair
  • 3 sudu makan gula perang
  • 2 sudu makan minyak sayur
  • 1 sudu makan serbuk kari
  • 1 sudu teh halia yang telah dikisar
  • 1/2 sudu teh serbuk jintan manis
  • 3 ulas bawang putih
  • Sedikit parut  kulit limau nipis
  • 1/2 sudu teh garam

 BAHAN SOS:

  • 200gm  santan
  • 3 sudu makan peanut Butter
  • 2 sudu makan pes kari merah
  • 3 sudu makan  kicap cair
  • 3 sudu makan jus limau nipis
  • Sedikit garam jika perlu

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Potong dadu isi dada ayam 2cm X 2cm, cuci bersih dan toskan.
  2. Campurkan semua bahan perapan, kicap cair, gula perang, minyak, serbuk kari, halia, bawang putih , serbuk jintan dan parutan kulit limau di dalam mangkuk.
  3. Gaul rata, kemudian masukkan ayam. Gaul lagi hingga sebati.
  4. Balut mangkuk dengan plastic wrap dan simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya empat jam. Perap lebih lama lebih sedap.
  5. Bagi menyediakan sos, campurkan santan, peanut butter, gula perang, kicap cair dan  pes Kari Merah Thai dalam periuk, kacau rata dan didihkan atas api sederhana hingga kuah pekat.
  6. Tutup api dan ke tepikan.
  7. Sementara itu, panaskan pemanggang. Cucukkan ayam yang telah diperap dengan lidi sate hingga habis.
  8. Panggang lebih kurang 10 minit (sentiasa balik-balikkannya).
  9. Setelah masak hidangkan bersama dengan sos kacang yang telah dimasak tadi.

Kena Cuba 3 Menu Thai Ni, Sedap Weiii…

SUP AYAM BERSANTAN THAI

BAHAN-BAHAN:

  • 200gm isi dada ayam | hiris nipis
  • 100gm cendawan putih
  • 200gm santan
  • 1 cawan air
  • 3cm lengkuas | hiris nipis
  • 1 batang  serai | titik
  • 6 helai daun limau purut
  • 6-8 biji cili padi | titik
  • 3 sudu makan sos ikan
  • 2 1/2  sudu makan sus limau nipis
  • 1 sudu makan daun ketumbar cincang

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Masukkan air, serai, hirisan lengkuas, cili, daun limau purut di dalam periuk dan didihkan di atas dapur dengan api sederhana.
  2. Setelah mendidih masukkan hirisan isi dada ayam dan cendawan, biarkan mendidih beberapa minit atau hingga cendawan masak.
  3. Masukkan santan dan biarkan mendidih beberapa minit, perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  4. Sebelum tutup api, masukkan hirisan daun ketumbar.
  5. Sedia dihidangkan.

Kena Cuba 3 Menu Thai Ni, Sedap Weiii…

SALAD DAGING THAI

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 450gm daging batang pinang | panggang
  • Sedikit minyak masak
  • 1 cawan daun bayam
  • 1/2 cawan  daun pudina
  • 1/2 cawan daun ketumbar
  • 3 ulas bawang merah | hiris
  • 6-8 biji tomato ceri | belah dua

BAHAN SOS:

  • 1/4 cawn jus limau nipis
  • 5 sudu makan sos ikan
  • 4 biji cili padi | hiris
  • Gula secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Hiris nipis daging yang telah dipanggang tadi.
  2. Untuk menyediakan sis, campurkan sos iakn, jus limau nipis hirisan cili padi dan gula perang di dalam mangkuk, Kacau rata dan sebati.
  3. Seterusnya masukkan hirisan daging bersama tomato ceri, daun bayam, pudina dan ketumbar di dalam mangkuk salad. Tuangkan sos dan gaul rata,
  4. Sedia dihidangkan.

 

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI