Ada peminat mi kari siam di sini? Sedap betul bila dapat makan petang-petang begini kan. Mi kari siam yang sedap ialah kuahnya yang pekat dan gandingan sambal yang power.
Menerusi perkongsian daripada Ameera, resipi yang ditunjukkan adalah sangat mudah dan cepat. Jom kita cuba.
RESIPI CARA BUAT MI KARI SIAM
STEP PERTAMA UNTUK BUAT KUAH
BAHAN KISAR:
1 biji bawang merah besar – beli online DI SINI
5 biji bawang merah kecil
3 ulas bawang putih – beli online DI SINI
6 cili padi hijau – beli online DI SINI
Lengkuas – beli online DI SINI
Belacan – beli online DI SINI
Halia – beli online DI SINI
2 cili hijau besar – beli online DI SINI
2 batang serai – beli online DI SINI
10 tangkai cili kering – beli online DI SINI
TONTON Gerenti Jadi: Angel Hair Goreng Tomyam
TONTON Dapur Rasa Live: Spageti Sos Rendang
BAHAN LAIN:
1 pek kecil serbuk kari ayam/daging – beli online DI SINI
1 kiub pati ayam – beli online DI SINI
5 sudu besar sos ikan – beli online DI SINI
1 kotak kecil santan – beli online DI SINI
2 sudu makan gula
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
CARA-CARA:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga pecah minyak.
2. Masukkan serbuk kari ayam/ daging. Kacau rata.
3. Masukkan ayam. Ikut suka hati kalau ada nak letak fishcake, fishball, sotong atau daging. Terpulang pada selera masing-masing.
4. Masukkan akar ketumbar, daun limau, kiub ayam dan sos ikan. Kacau.
5. Kemudian masukkan santan dan juga air ye. Jangan banyak sangat dan jangan sikit sangat. Agak-agak ye.
6. Masukkan gula. Kacau rata. Apabila sudah siap, tutup api.
STEP KEDUA UNTUK BUAT SAMBAL
BAHAN KISAR:
1 biji bawang merah besar
4 ulas bawang putih
2 biji cili merah besar
2 genggam udang kering – beli online DI SINI
10 tangkai cili kering – beli online DI SINI
TONTON Minit Ekspress: Kuetiau Goreng Udang
TONTON Minit Ekspress: Spageti Tuna
BAHAN LAIN:
1 sudu kecil asam jawa
1 sudu kecil garam
2 sudu makan gula
CARA-CARA:
1.Kisar semua bahan di atas. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sampai pecah minyak.
2. Masukkan asam jawa. Masak dengan menggunakan api perlahan. Sambal bila masak lama sedap dia tu tak boleh bawa bincang. Kick oooo!
3. Masukkan garam, gula. Kacau sehingga kering (seperti dalam gambar).
4. Sambal yang dah sejuk, bolehlah disimpan dalam peti sejuk. Nanti nak guna ambil je. Siap dah pes cili dia.
CARA HIDANGAN:
Letak mi dalam mangkuk. Tuang kuah dengan berhati-hati. Hiaslah dengan sayur sayur dia. Daun ketumbar taburkan atas dia ye.
Kredit resipi: Ameera
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official: