Belum ada idea nak masak apa untuk makan tengahari? Cubalah masak Cendawan Tiram Goreng Cili Padi perkongsian resipi oleh saudari SuiSan Aliezsha ni. Cendawan tiram adalah salah satu cendawan yang sedap dimasak pelbagai jenis hidangan. Ada yang suka goreng salut tepung dimakan pula dengan sambal kicap, ada yang suka dimasak sup dan bermacam-macam lagi. Kali ni try resipi ni pula. Simple je tapi sangat menyelerakan. Selamat mencuba!
CARA MEMASAK 1. Tumbuk kasar semua bahan tumbuk. Ketepikan. 2. Panaskan minyak masak. Masukkan bahan tumbuk tadi bersama serai. Tumis sampai garing.
3. Masukkan cendawan tiram dan sos tiram.
Ads
4. Gaul rata sampai semua bahan tumisan menyelaputi cendawan.
TIP: 1. Jangan tambah air kerana cendawan akan mengeluarkan air. Biar agak kering. Sambal ini akan bertambah sedap kalau dimasak agak kering. 2. Selain itu, resipi ini juga sedap dimasak kalau menggunakan cendawan busut. Selamat mencuba!
Selain nasi, bubur juga mengenyangkan. Bagi menyedapkan rasa boleh saja tambah lauk pauk lain seperti sambal dan ikan ikan masin. Nak makan bubur lambuk tidak semestinya tunggu bulan puasa. Boleh saja membuatnya jika suka.. Kalau nak rasakan kelainan boleh cuba buat bubur lambuk Trengganu yang berbeza dari bubur biasa kerana bahan-bahannya terdiri dari pelbagai antaranya daun kesom, daun kadok, pucuk paku hijau dan daun kunyit.
BAHAN-BAHAN:
5 ulas bawang merah
2cm halia
1 sudu besar lada hitam
2 cawan beras | rebus biar jadi bubur
3 daun ulat bulu
4 tangkai daun kesom
2 tangkai daun kadok
1 ikat pucuk paku hijau
1 ikat daun paku merah (pucuk midin)
5 tangkai daun cekur manis
5 tangkai pucuk ubi
1 cawan ikan bilis
2 ekor ikan kembung [bakar dan ambil isi
Kaki, tengkuk ayam (tak ada pun tak apa)
1 helai daun kunyit
5 tangkai pucuk lada
Lada burung (ikut tahap kepedasan masing-masing. Jangan potong. Masuk sebiji-sebiji.)
Budu sesedap rasa (rahsia bubur lambuk)
Air secukupnya
Garam secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Semua sayuran dipotong, basuh dan toskan.
2. Tumbuk lada hitam hingga lumat. Setelah itu masukkan bawang merah, halia dan isi ikan. Tumbuk lagi sehingga lumat.
3. Masukkan bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi ke dalam bubur nasi.
4. Masukkan ikan bilis dan kacau sehingga rata.
5. Bila sudah hampir untuk diangkat, masukkan sayur-sayuran & garam secukupnya. Kacau hingga cukup rata dan sayur layu.
Sebutan ikan dalam bahasa Cina yang berbunyi YU membawa maksud tuah.
Jadi mengikut kepercayaan mereka ikan membawa kepada kelimpahan rezeki dan keuntungan dalam hidup. Yang pastinya masakan Cina memang antara terlazat dan diiktiraf dalam kulinari antarabangsa. Dah lah sedap berkhasiat pula, jom masak lauk Ikan stail Cina ni sempena cuti hujung minggu ni, gerenti sedap tau.
1. IKAN KERAPU KUKUS SOS TEOH CHEW
BAHAN-BAHAN
1kg ekor ikan kerapu | bersihkan
Air secukupnya
BAHAN SOS TEOH CHEW:
100gm sayuran masin | hiris
1 biji tomato | belah enam
30gm cendawan hitam | cincang
2 biji cili padi | hiris
5gm halia | hiris
1 biji jeruk plum
500gm sup ayam
60gm serbuk ayam
20gm garam
10gm gula
2 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK: 1. Satukan semua bahan untuk sos Teoh Chew dan rebus. Ketepikan. 2. Potong ikan menjadi fillet yang dibelah dua dan letakkan di atas pinggan tahan panas. 3. Panaskan pengukus dan kukus ikan selama 15 minit atau sehingga ikan masak sepenuhnya. 4. Tuang sos Teoh Chew ke atas ikan yang telah dikukus tadi. 5. Sedia dinikmati.
Info chef: Boleh hias dengan daun parsli Cina jika suka.
Saiz hidangan: 5-6 orang Waktu memasak: 50 minit Jenis hidangan : Cina Keistimewaan : Ada rasa masam, masin dan sedikit pedas Jenis masakan : Lauk pauk Cara memasak : Rebus dan kukus
2. STEAMED GROUPER FISH WITH MINCED CHILI & SOYA SAUCE
BAHAN-BAHAN:
1000gm Kerapu | siang dan cuci
30gm Parsli Cina
10gm Cili padi | hiris
10gm Bawang putih cincang
10gm Halia cincang
30gm Hirisan halia
30gm Daun bawang | ambil bahagian batang putih
10gm Kicap soya
5gm Kicap soya hitam
10gm Serbuk perasa
10gm Gula
100gm Air
10gm Minyak bijan
CARA MEMASAK: 1. Buang dan bersihkan segala isi perut ikan. Susun dua batang daun bawang di dalam dulang pengukus dan letakkan ikan di atasnya. Cara ini mewujudkan ruang antara isi ikan dengan permukaan dulang pengukus. Apabila dikukus ikan akan masak lebih sekata. 2. Masukkan dua tiga hirisan halia ke dalam perut ikan dan selebihnya letak di atas ikan. 3. Apabila air mula menggelegak, kukus ikan kira-kira 10 -13 minit bergantung pada saiz ikan. Angkat dan ketepikan. 4. Keluarkan dan asingkan jus ikan di dalam mangkuk lain. Rasa dahulu dan sekiranya tidak hanyir, boleh gunakan untuk membuat sos nanti. 5. Di dalam kuali kecil, masukkan kira-kira 5 sudu jus ikan tadi, halia cincang, bawang putih cincang, serbuk perasa, kicap soya, kicap soya pekat dan gula secukup rasa. Kacau sebati dan masak menggunakan api perlahan sehingga kuah berkurang sedikit. 6. Buang hirisan halia daripada ikan yang dikukus tadi dan panaskan seketika. Tuang kuah ke atas ikan. Letak sedikit minyak bijan, hirisan cili padi dan hidangkan panas. 7. Hias dengan parsli Cina sebelum menghidang.
Saiz hidangan: 5-8 orang Waktu memasak: 1 jam Jenis hidangan : Cina Keistimewaan : Masam, masin dan manis yang seimbang Jenis masakan : Lauk pauk Cara memasak : Kukus dan tumis
Info chef: Untuk memastikan ikan sudah masak, mata seolah-olah ‘terkeluar’ dan sirip akan terangkat.
3. STIR-FRIED COD FISH WITH DRIED CHILI & CASHEW NUTS
BAHAN-BAHAN:
300gm Isi ikan kod | hiris kasar
1gm Cili kering | potong kasar
20gm Bawang besar | hiris kasar
20gm Kacang Cashew panggang
15gm Sos tiram
15gm Kicap soya
10gm Kicap soya pekat
10gm Cuka hitam
10gm Serbuk ayam
10gm Gula
50gm Air
100gm Tepung jagung
50gm Minyak masak
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak di dalam kuali. 2. Isi ikan kod dibalut dengan tepung jagung. Goreng secara ‘deep fried’ sehingga ia bertukar menjadi kuning keemasan. Angkat, tos dan ketepikan. 3. Tinggalkan minyak kira-kira satu sudu makan di dalam kuali. Masukkan bawang besar, tumis menggunakan api yang besar hingga terbit bau wangi. Masukkan hirisan cili kering dan teruskan menggoreng kira-kira 30 saat lagi. 4. Masukkan isi ikan kod tadi diikuti sos tiram, kicap soya, serbuk ayam, kicap soya pekat, cuka hitam (black vinegar) dan air. Kacau sekata. Goreng untuk 30 saat lagi dan masukkan sedikit gula. Kacau sekata. 5. Masukkan kacang cashew dan goreng lagi untuk 10 saat. Tutup api dan angkat. 6. Sedia dinikmati.
Info chef:Tidak perlu tambah garam kerana kicap sudah masin.
Saiz hidangan: 2-3 orang Waktu memasak: 30 minit Jenis hidangan : Cina Keistimewaan : Isi ikan lembut bila digigit Jenis masakan : Lauk pauk Cara memasak : Goreng dan tumis
Siapa suka asam Haw Flakes ini? Boleh cuba resipi kek lapis kukus masam manis yang sedap. Adunan kek gebu warna-warni yang dilapiskan asam masam yang menarik mata.yang memandang.
.
Sudahlah cantik berwarna warni, keenakan rasanya beri kepuasan kepada mereka yang menikmatinya. Jom semak resipi perkongsian dari Lieya Saad ini.
KEK LAPIS KUKUS MASAM MANIS
.
BAHAN-BAHAN:
5 Biji telur (sejukkn dalam peti sejuk)
2 cawan tepung kek
1 1/2 cawan gula halus
100ml minyak masak
150ml susu cair
1 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu besar ovellate
1 sudu kecil esen vanilla
Pewarna pilihan
Asam Haw Flakes secukupnya
.
CARA MEMASAK:
Putar telur, gula, ovellate dan serbuk penaik sampai kembang.
Selepas itu masukkan vanilla dan pukul seketika.
Masukkan minyak dan pukul sebati.
Akhir sekali masukkan tepung kek yang diselang seli dengan susu cair. Kacau hingga sebati.
Bahagikan kpd 2 atau 3 bahagian dan warnakan ikut warna kesukaan anda.
Panaskn kukusan & sapukan loyang dengan minyak
Ambil 5 sudu besar adunan ratakan dan susun asam.
Kukus selama 5 atau 7 minit. Lapiskn lagi warna yang berlainan susun asam dan ulang sehingga habis.
Untuk lapisan terakhir biar kukus lama sikit supaya kek betul-betul masak.
.
Info: Pastikan kek betul-betul sejuk untuk dapat hasil yang cantik bila dipotong.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!