Syawal tahun ini disurami dengan kisah keracunan makanan di Terengganu disebabkan oleh Puding Buih yang dibeli secara atas talian. Difahamkan seramai 99 mangsa dari 20 keluarga telah dikesan mengalami gejala keracunan.
Lebih menyedihkan, semalam seorang dari mangsa keracunan makanan ini telah meninggal dunia.
Menurut perkongsian di portal Public Health Malaysia, punca keracunan adalah disebabkan oleh penggunaan telur tamat tempoh.
Ramai dikalangan kita yang memandang enteng mengenai tarikh tamat tempoh telur kerana menganggapnya sebagai sesuatu yang tidak berbahaya. Tetapi rupanya, ia boleh mengancam nyawa.
Kena tahu! Telur mudah tercemar dengan pelbagai jenis kuman khususnya Salmonella. Kuman ini akan menyebabkan gejala demam, muntah, sakit perut dan juga boleh menyebabkan kematian.
Oleh itu, jika anda melihat telur yang dibeli atau disimpan kelihatan tidak elok, jangan ragu-ragu untuk membuangnya.
TANDA-TANDA TELUR TELAH ROSAK
1. Kulit ada lapisan berdebu (tanda berkulat)
Ads
2. Berbau busuk dan hanyir
3. Tarikh tamat tempoh.
4. Kulit retak (wajib buang!)
5. Kulit berlendir (tanda dicemari bakteria)
6. Warna putih telur berubah.
7. Telur terapung bila dimasukkan ke dalam air (tanda telur lama)
SEBELUM GUNA CHECK DULU!
Oleh itu sebagai pengguna dan juga pengusaha makanan, harus peka terhadap perkara ini. Walaupun hanya telur, tapi jika tercemar, ia boleh membahayakan kesihatan.
Kadang-kala, terdapat promosi jualan harga telur murah yang diluar dari lingkungan harga yang sepatutnya. HATI-HATI! Jangan teruja dengan harga murah. Semak tarikh luput dan kondisi telur sebelum membelinya.
Jika membeli telur dalam kuantiti yang banyak dan agak sukar hendak dihabiskan sebelum tamat tempoh, anda juga boleh mengasinkannya supaya telur tidak rosak dan tahan lama.
Ya…telur ayam juga boleh dijadikan telur masin. Rasanya memang enak malah mudah. Jom cuba. Tak perlu dah beli telur masin di kedai selepas ni.
CARA-CARA BUAT TELUR MASIN HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
Ads
30 biji telur ayam gred B – basuh bersih dan keringkan.
1kg garam kasar
Air secukupnya (anggaran hingga telur tenggelam)
CARA-CARA:
1. Masukkan garam kasar dan air dalam periuk. Masak hingga garam larut.
2. Padamkan api dan biarkan air garam tadi sejuk sepenuhnya. Jangan guna air garam yang masih panas kerana ia hanya akan merosakkan telur.
3. Masukkan telur yang telah dibasuh bersih ke dalam bekas bersesuaian. Sebaiknya bekas plastik yang mempunyai penutup. Tuang air garam hingga paras menenggelamkan telur.
4. Tutup bekas dan biarkan telur masin anda di tempat gelap selama 14 hari.
5. Bila dah cukup tempoh, tukar air rendaman dengan air biasa. Ia bagi mengelakkan telur terlebih masin. Kemudian bolehlah disimpan dalam peti sejuk. Bila nak makan, baru keluarkan dan rebus seperti biasa.
Ads
INFO: Petua nak bagi telur kuning jadi warna oren. Masa peram pastikan simpan bekas telur di tempat yang gelap. Lagi gelap lagi bagus. Empunya resipi simpan dalam kabinet dapur.
Periuk pengukus, peralatan dapur yang kebanyakan mak-mak memilikinya kerana periuk ini membantu memudahkan kerja-kerja memasak terutama dalam penyediaan kuih-muih dan lauk-pauk yang perlu dikukus kerana makanan berkukus lebih sihat untuk keluarga. Jika belum mempunyai pengukus dan bercadang membelinya, korang kena baca info ini:
Sesuaikan Kegunaan Dengan Jenis Masakan
Sebelum korang beli pengukus, ambil kira jenis masakan yang selalu masak. Jika ingin mengukus pelbagai hidangan yang memerlukan masa memasak agak lama korang boleh pilih pengukus bersaiz besar yang boleh menampung dan mendidihkan air yang banyak. Biasanya pengukus jenis ini lebih lebar dan tidak terlalu tinggi ia dipanggil pengukus jenis plate type. Ingat pemilihan yang betul membantu memudahkan korang memasak dengan cara mengukus.
Pengukus jenis Plate Type sama saja dengan pengukus lain, cuma ia ada pembahagi atau penyekat berbentuk bulat dan datar seperti piring atau pinggan. Pengukus jenis ini biasa digunakan untuk mengukus makanan dalam jumlah sedikit, seperti kukus sayur, dimsum dan siomay.
Boleh juga menggunakan pengukus tambahan yang diperbuat dari buluh atau plastik tahan panas jika ingin mengukus lebih banyak. Kelebihan pengukus ini ia menjimatkan ruang bila disimpan kerana bahagian piring pengukus boleh dimasukkan dalam periuk pengukus utama.
Pilih Periuk Pengukus Yang Boleh Memuatkan Pengukus Jenis Plate.
Sesuaikan juga saiz periuk pengukus dengan plate pengukus sebelum membeli terutamanya jika membeli pengukus secara berasingan dan pastikan ia mempuyai penutup yang sesuai. Pastikan pengukus boleh memasak dalam waktu yang lama dan bersaiz besar kerana ia boleh digunakan untuk mengukus dalam waktu yang lama dan tidak perlu kerap membuka penutup pengukus untuk menambah air. Kelebihannya bila saiz besar, sudah tentu ia boleh mengukus dengan lebih banyak dan jimat masa kerana tidak perlu berulang kali mengukus.
Pengukus Pelbagai Kegunaan
Pengukus pelbagai kegunaan biasanya mempunyai dua atau lebih lapisan pengukus, dengan bahagian bawah berfungsi sebagai periuk untuk mendidikan air. Bentuknya lebih besar dan tinggi berbanding pengukus biasa.
Kelebihan pengukus ini, ia boleh dilaraskan penggunaannya mengikut kesesuaian. Jika memasak dalam jumlah sedikit, boleh gunakan satu tingkat pengukus sahaja. Boleh juga menggunakan bahagiaan bawahnya sebagai periuk untuk merebus atau memasak sayur atau lauk pauk tanpa mengukus. Pengukus jenis ini biasanya diperbuat dari bahan stainless steel yang boleh menyebarkan kepanasan secara merata sehingga makanan yang dikukus masak sekata.
Halau segala serangga yang ada di dapur hanya menggunakan kulit telur sahaja. Memang biasa kalau ada semut, lipas, anai-anai dan sebagainya di dapur. Kadang dah buat macam-macam cara tapi masih tak berkesan.
Petua yang dikongsikan oleh Abel Lione Karia ni boleh anda cuba, hanya gunakan kulit telur sahaja, murah dan mudah nak buat.
Halau Serangga ‘Merayap’ Di Dapur
Syukur Alhamdulilah…harini saya nak berkongsi petua untuk halau segala benda merayap sekitar rumah hanya mengunakan kulit telur..kita banyak gunakan telur kan??tapi terus buang kulitnya.
Ok sekarang jangan buang sebab ia sangat berguna untuk dijadikan ubat halau benda yang menjadi perosak contohnya lipas, semut, lipan, anai-anai, tikus, dan ular serta yang sewaktu dengannya. saya dah cuba buat Alhamdulilah semut dan lipas yang suka merayap di sekitar dapur dah tiada. Saya letak di setiap tepi rumah dan dalam laci kabinet dapur. silakan share jika bmanfaat saya dapat info ni pun dari gogle.
Dengan cuaca yang tidak menentu, sekejap panas dan sekejap hujan menyebabkan ramai yang mengalami demam dan selesema, termasuk anak-anak. Orang dewasa juga tidak terkecuali, jadi jika anak atau anda mula mengalami simptom demam dan selesema, boleh amalkan petua secara semulajadi ini hanya dengan menggunakan bahan masakan yang ada di dalam dapur anda. Diharapkan dengan cara ini, tanda-tanda selesema tidak melarat menjadi demam.
HALIA
Apa perlu dilakukan, anda hanya perlu mencampurkan halia dan limau di dalam air minuman suam atau sejuk. Ambil sekurang-kurangnya dua kali sehari. Amalkan sehingga demam dan selesema reda.
MADU
Madu asli mempunyai agen antibakteria dan antivirus yang boleh membantu melawan jangkitan bakteria. Selain itu, madu juga berguna jika anda turut mengalami sakit tekak dan batuk-batuk.
BAWANG PUTIH
Bahan tambahan dalam masakan ini kaya dengan antibiotik semulajadi, ia membantu melawan penyakit. Ciri-ciri antivirus dalam bawang putih juga menghasilkan antioksidan. Untuk mendapat khasiatnya anda cubalah makan bawang putih ini metah-mentah.
KUN YIT
Kunyit memang terbukti mampu merawat jangkitan virus dan bakteria sejak turun temurun.Anda boleh menambah kunyit di dalam makanan sepajang mengalami selesema. Untuk lebih berkesan tambahkan kunyit dalam susu atau jus minuman.
JINTAN MANIS
Jika anda mengalami masalah batuk dan sesak nafas, pengambilan jintan manis sangat membantu kerana cirri-ciri antibakteria yang melegakan selesema dan batuk. Anda hanya perlu tambahkan jintan manis yang dikisar bersama bawang putih, gula dan kulit kayu manis dalam air panas, tapis dan minum airnya. Amalkan tiga kali sehari.
BUAH BERRI
Antioksida dalam buah beri sangat aktif berbanding buah-buahan segar lain. Mengandungi tahap antosianin, salah satu antioksidan yang sangat kuat dalam membantu meningkatkan imuniti tubuh melawan demam dan selesema.
SAYURAN HIJAU
Kandungan nutrien yang tinggi dalam sayur-sayuran hijau sebenarnya boleh memantu tubuh melawan demam dan selesema.
Resipi udang butter garlic ini hidangan paling sesuai kalau mencari lauk yang mudah dan cepat siap.Walaupun ringkas saja resipinya tapi rasa dan aromanya mewah...