Kalau ke pasaraya macam-macam jenis gula ada. Setiap jenis gula teksurnya berbeza dan cara guna kena tepat mengikut jenis sajian kuih muih, kek, minuman dan biskut. Jadi kita kenalah tahu kegunaan dan kesesuaian gula dengan menu yang kita nak buat.
Ni min kongsi jenis gula dan kesesuaiannya
1. Gula pasir (coarse sugar)
Kredit foto : foodforceinc.com
Ni gula yang paling kerap dan mudah didapati. Berwarna putih dan butir-butir gula agar kasar. Sangat sesuai untuk kegunaan seharian, untuk bancuh minuman atau membuat kuih muih gula ni memang pilihan tepat. Malah jika nak buat gula halus untuk puding atau kek pun sangat sesuai. Cairkan aja gula pasir ni atas api yang sederhana hingga gula cair dan keperangan, kemudian baru masukkkan sedikit air dan kacau hingga cair.
2.Gula halus (fine granulated sugar)
Kredit Foto : bisayanqueen.wordpress.com
Gula halus jenis ini bewarna putih dan sesuai untuk membuat kek kerana butir-butir gulanya yang halus mudah cair apabila dipukul bersama mentega ataupun dipukul bersama telur.
3. Gula kastor (castor sugar)
Kredit Foto : therusticpantry.com.au
Gula ini bewarna putih dan ianya pilihan yang paling ideal untuk membuat kek,biskut, pastri, roti dan lain-lain. Butir-butir gulanya lebih halus dari gula halus dan ia mudah cair apabila dipukul bersama mentega atau telur. Sekiranya gula ini tiada,boleh gunakan gula halus.
Ads
Gula castor juga boleh dibuat dengan mengisar halus gula halus (fine granulated sugar dikisar jadi superfine).
4. Gula aising (icing sugar/confectioners sugar)
Kredit foto :youtube.com
Gula ini adalah yang paling halus dalam kategori gula putih. Ia bukan 100 peratus gula kerana telah dicampur dengan sedikit tepung jagung. Ia jarang digunakan dalam pembuatan kek tetapi ada digunakan dalam pembuatan biskut jenis piping untuk mendapatkan tekstur yang lembut supaya mudah dipicit keluar.Gula ini biasa digunakan untuk membuat aising mentega dan membuat fondant atau pes gula (sugarpaste).
5. Gula perang (brown sugar)
Kredit foto : bestglycol.com
Terbahagi kepada dua jenis iaitu light/dark brown.Biasanya warna yang lebih gelap mempunyai rasa gula perang yang lebih kuat. Gula perang ini selalunya kasar dan disarankan untuk dikisar kisar supaya ia lebih halus dan mudah dipukul bersama mentega. Gula perang ini selalunya digunakan untuk membuat biskut seperti cip coklat,biskut halia, kek buah-buahan dan lain-lain yang memerlukan rasa gula yang lebih kuat.
6.Gula merah
Kredit foto : manma90.blogspot.com
Gula ini selalunya digunakan untuk membuat kuih-muih tempatan seperti kasui, kuih lompang,kuih buah melaka dan sebagainya. Gula merah biasanya berpasir. Kena larutkan dalam air dalam air panas, ia hendaklah ditapis bagi membuang kotorannya.
7. Gula Melaka @ gula kabung
Kredit Foto : mygrocer.my
Gula melaka dan gula kabung agak keras dan memerlukan pisau untuk membelahnya. Rasa kedua-dua gula ini lebih sedap dari gula merah biasa. Ianya dijadikan inti untuk kuih buah melaka dan kuih tradisional yang lain. Lazat juga dimasukkan dalam bubur kacang, bubur jagung, bubur cha cha dan sebagainya.
8. Sirap emas (golden syrup)
Kredit foto : thequincetree65.blogspot
Ia bewarna keemasan dan rasanya seakan rasa gula hangus tetapi tidak sekuat rasa gula hangus yang asli. Ia adalah bahan sampingan (cecair) dari pemprosesan gula. Ia selalunya menjadi bahan penambah rasa untuk biskut, kek atau pencuci mulut.
9. Gula hitam (treacle @molasses)
Kredit Foto : healthcleveland.org
Adalah bahan sampingan dari pemprosesan gula dan ia bewarna gelap seakan kehitaman. Digunakan sebagai bahan penambah rasa untuk kek dan pencuci mulut ala barat.
Ads
10.Sirap gula (corn syrup/glucose syrup)
Cecair jernih yang pekat antaranya dibuat dari kanji jagung. Dihasilkan secara komersil untuk memudahkan tugas membuat aising krim mentega atau fondant tanpa perlu membuat sendiri sirap gula. Dikenali sebagai sirap glukos.
Kredit artikel : resipinoraini.blogspot.com
Hjh Noraini Zakaria
ANDA MUNGKIN MENCARI MIXER ATAU MESIN MEMPROSES MAKANAN TERKINI. JOM LAYARINYA DI SINI.
Anda menghadapi masalah masakan dan kuih muih bersantan cepat basi? Sebenarnya masalah santan mudah basi disebabkan oleh kualiti santan yang kurang baik, tidak segar dan diproses dengan cara tidak bersih. Tapi sekarang jangan bimbang lagi, tip dan petua mudah ini boleh membantu anda mengatasi masalah masakan cepat basi ini.
Pilih kelapa: Pilihlah kepala yang baru dikupas dari sabutnya dan betul-betul tua dan isinya putih. Tidak berbau masam atau busuk. Atau jika anda kekedai, minta kelapa yang masih belum dibelah dan pastikan isi kelapanya putih dan tidak berbau semasa sebelum diparut.
Jenis kelapa sesuai dengan jenis masakan: Jika anda ingin membuat rendang, kari atau opor dan gulai, sebaiknya pilih kelapa tua. Untuk pastikan kelapa cukup tua mudah diparut dan mempunyai kandungan minyak yang banyak.
Teknik memerah santan: Teknik memerah santan juga mempengaruhi santan cepat basi, guna cara tradisional, kupas dan parut kelapa ikut arah melintang. Kalau anda membeli santan segar yang sudah diperah segar, pastikan santan yang diperah menggunakan air masak atau air bersih bagi memastikan santan tahan lebih lama dan tidak cepat dibasi dan tahan lebih lama bila disimpan.
Cara simpan santan: Sebaik anda membeli santan segar dari kedai, simpannya dalam peti sejuk dahulu sebelum digunakan. Atau simpan dalam freezer jika belum sedia digunakan untuk beberapa harai. Sebenarnya santan boleh disimpan lama hingga tiga bulan, jika disimpan dalam freezer yang bertutup rapat. Cairkan pada suhu bilik bila sebelum menggunakannya.
Cili jeruk memang sedap dimakan bersama pelbagai hidangan terutamanya char kuey teow. Kadangkala jika di kedai, cili jeruk yang diberi sudah lembik dan tidak rangup lagi. Apa kata anda cuba buat sendiri di rumah. Menariknya, cili ini tetap rangup walaupun sudah menjadi jeruk. Ayuh kita cuba resipi yang dikongsi oleh Farid Sham.
CILI JERUK RANGUP
BAHAN-BAHAN:
Cili hijau
2 sudu gula
Cuka
CARA PENYEDIAAN:
1. Cuci bersih cili hijau sebelum dipotong.
2. Kemudian, hiris cili hijau mengikut saiz yang anda mahukan. Jangan potong terlalu tebal dan jangan terlalu nipis.
3. Masukkan cili yang sudah dipotong ke dalam botol dan masukkan 2 sudu gula. Tutup botol tadi dan goncangkan supaya gula sekata meliputi hirisan cili hijau tadi. Jangan letak air dan biarkan cili tersebut terperap selama 3 hari di dalam peti sejuk.
4. Setelah tiga hari, barulah letak cuka makan separas cili potong tersebut. Ingat ya, jangan sesekali letak air di dalam botol.
Anda suka daging, tapi bila memikirkan kandungan lemak pada daging menjadikan anda terpaksa berfikir dua kali agar tidak kerap mengambil daging. Tapi sekarang usah risau lagi kerana RASA akan kongsikan lima langkah mudah menghilangkan lemak pada daging. Diharapkan dengan tip atau petua ini dapat membantu pengemar daging menikmati masakan daging tanpa risau lagi.
LANGKAH 1:
Keluarkan daging dari freezer, kemudian hiris dengan lebar lebih kurang 10cm dan ketebalan tidak lebih dari 1 cm. Cuci dan tos.
LANGKAH 2:
Sediakan kuali non stick di atas dapur, panaskan tanpa minyak lebih kurang lima minit dengan api sederhana.
LANGKAH 3:
Panggang atau masak daging lebih kurang 10 -12 minit. Setelah daging masak atau berubah dari warna merah kepada keperangan. Tutup api dapur.
LANGKAH 4:
Letakkan daging di dalam pinggan yang dialas dengan beberapa helai tisu dapur, kemudian balik-balikkan daging di atas tisu tersebut supaya air daging mengandungi lemak diserap oleh tisu dapur.
LANGKAH 5 :
Apabila daging bebas dari lemak. Anda bolehlah memasak daging tersebut dengan menu kegemaran dengan hati tanpa rasa was-was akan kandungan lemak yang boleh menambah kolestrol dalam badan.
Mudahkan! Lebih penting lagi anda tidak perlu keluarkan duit dan hasilnya lebih sihat .