Kesihatan

Kenali 4 Kategori Sayuran Anti Kanser, Jadikan Lauk Setiap Hari

Share

Cara dan pemilihan makanan tak dinafikan menjadi antara punca kanser tapi pada masa yang sama sumber makanan juga boleh menghalang sel kanser.

Ini kerana ada jenis-jenis sayuran yang dibuktikan mampu bertindak sebagai antikanser. Perkara ini dijelaskan Dr. Suri Roowi yang juga bekas saintis di Pusat Penyelidikan Sains Makanan dan Teknologi MARDI.

4 kategori sayur antikanser

“Kalau rujuk dalam jurnal yang diterbit di Kanada 2009, yang mengkaji kesan sayur pada pertumbuhan sel kanser saintis telah membahagikan jenis sayuran antikanser ini kepada empat kategori:

1. Aktiviti antikanser paling kuat iaitu sayur brussel sprouts, kobis hijau, ungu dan kerinting, bawang, bayam.

2. Aktiviti antikanser yang tinggi iaitu asparagus, brokoli, kobis bunga.

3. Aktiviti antikanser yang sederhana iaitu saderi, terung.

4. Aktiviti antikanser yang sederhana iaitu timun, lobak, kentang dan tomato.

Bagi sayur kobis, mungkin tak semua selesa untik mengambilnya. Ada yang mengalami masalah kembung bila makan kobis. Ini disebabkan dalam kobis terdapat gula yang dipanggil raffinose.

Teknik basuh sayur agar bebas bahan kimia punca kanser

Dalam pada itu bagi memastikan sayuran yang kita ambil ini bebas daripada racun yang juga boleh menjadi punca kanser beliau menyarankan kita membasuh sayur dengan beberapa cara.

“Terdapat kajian mengenai teknik pembasuhan sayur yang sesuai. Kita boleh menggunakan cuka. Dengan hanya menggunakan satu sudu cuka saja ketika membasuh sayur kandungan racun pada sayur menurun berbanding menggunakan air.

“Tapi cara terbaik dan termurah adalah menggunakan garam. Masukkan 20gram garam dalam satu liter air untuk membasuh sayur. Rendam selama minit dan bilas. Insya-Allah 95 peratus racun pada sayur akan dikeluarkan,”kata Dr Suri.

Sumber: Dr. Suri Roowi 

 

Published by
Rose