Selain diminum, susu juga banyak kegunaan dalam masakan. Buat kuih, kek, biskut dan lauk ada banyak yang menggunakan susu.
Memandangkan sekarang ada banyak sangat jenis susu di pasaran, jadi ada baiknya juga kita kenal jenis susu ini supaya tahu bezakan yang mana khasiatnya paling tinggi. Perbezaan jenis susu ini diterangkan oleh Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
1. Susu Segar (Fresh Milk)
Susu mentah yang dipasteurkan untuk bunuh kuman. Ia dijual dalam bentuk aslinya(cecair). Jika ia susu import, maka ia diimport dalam bentuk cecair. Oleh itu, harganya lebih mahal sedikit.
2. Susu Penuh Krim (Full Cream / Whole Milk)
Susu yang mengandungi komposisi lemak seperti susu segar iaitu sekitar 3.8%. Ia dijual dalam bentuk susu sedia minum atau dikeringkan menjadi susu tepung. Ada susu penuh krim yang diimport dalam bentuk tepung, kemudian dihidrasi kembali di kilang tempatan, menjadi susu cecair semula. Harganya lebih murah dari susu segar.
Ads
3. Susu Rendah Lemak (Low Fat Milk)
Susu yang telah dibuang sebahagian lemaknya sehingga mengandungi sekitar 1.5% kandungan lemak. Ia dijual dalam bentuk susu sedia minum atau dikeringkan menjadi susu tepung.
4. Susu Skim (Skimmed Milk)
Susu yang telah dibuang sebahagian lemaknya sehingga mengandungi sekitar 0.15% kandungan lemak. Ia dijual dalam bentuk susu sedia minum atau dikeringkan menjadi susu tepung.
Macam mana lemak diasingkan daripada susu?
Krim/Lemak Susu (milk fat) berketumpatan lebih rendah daripada jisim susu, maka ia akan terapung di bahagian atas. Lemak ini boleh diasingkan dengan mengautnya dari permukaan susu. Dalam industri, ia diasingkan menggunakan mesin sentrifugal.
5. Susu Sejat (Evaporated Milk)
Susu asli penuh krim yang dipanaskan agar ia kandungan airnya tersejat dan menghasilkan susu yang lebih padat. Tiada tambahan gula dicampur kepada susu ini.
Ads
6. Susu Pekat Manis (Sweetened Condensed Milk)
Susu asli penuh krim yang ditambah gula, kemudian dipanaskan sehingga sebatian menjadi pekat dan terkaramel. Menatang ini lah yang banyak makan kaki rakyat Malaysia. Haha!
7. Susu Bukan Tenusu (Non Dairy Milk)
Susu daripada sumber tumbuhan seperti soya, — badam, santan, beras dan sebagainya. Ia biasanya digunakan oleh mereka yang alergi kepada susu, intoleran laktosa, atau vegan.
8. Susu Formula (Infant Formulated Milk)
Susu haiwan ternakan atau tumbuhan yang diubahsuai agar menyerupai komposisi dan nutrisi susu badan wanita. Regulasi ketat dikenakan bagi memastikan susu ini sihat dan selamat.
Ads
9. Krimer (Creamer)
Ia diperbuat daripada minyak sayuran, air, gula/pemanis, emulsifier, penstabil. Biasa digunakan untuk bancuh kopi dan teh. Ada juga yang dicampur Pepejal dan lemak susu. Ada cecair, ada serbuk. Ni pun jahat.
OK, dah faham dah beza susu-susu ni semua? Produk ni semua boleh digunakan, cuma utamakan yang mana kurang memudaratkan.
Kalau anda ada lauk bersantan yang berlebihan, jangan dibiarkan basi dan akhirnya terpaksa dibuang begitu saja. Rugilah, dah penat-penat masak kan. Sebaiknya, anda simpan di dalam peti sejuk atau peti sejuk beku. Bila teringin, boleh keluarkan dan panaskan saja. Nak tahu caranya? Boleh ikut tip ini.
Gunakan Kelapa Parut Atau Santan Segar & Baru Jika anda menggunakan santan segar yang dibeli di kedai, pastikan ia santan yang baru. Jika beli kelapa parut, pastikan kelapa baru saja diparut dan anda perlu perah menggunakan air suam. Jika anda menggunakan santan kotak, sebaiknya gunakan kotak santan mengikut kesesuaian atau keperluan dalam masakan. Semasa memasak, pastikan masakan yang dimasak cukup masak agar ia tahan lama bila disimpan.
Simpan Dengan Cara Yang Betul Lebihan masakan bersantan hendaklah dipanaskan tanpa bertutup. Kemudian, sejukkan hingga wap panasnya hilang. Barulah masukkan dalam bekas bertutup sebelum disimpan dalam peti sejuk.
Frozenkan Jika makanan tersebut ingin disimpan untuk tempoh lebih lama, sebaiknya fozenkan saja kerana ini merupakan kaedah penyimpanan yang terbaik dan tahan lama. Cara ini sesuai untuk lauk pauk seperti rendang, kari atau gulai yang mengandungi santan. Anda hanya perlu keluarkan makanan pada suhu bilik sebelum dipanaskan.
Ini boleh membantu anda menyimpan makanan bersantan agar tahan lebih lama.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Buat telur rebus nampak macam senang tapi kalau tak kena cara, telur akan jadi sukar dikupas. Kulitnya melekat hingga hasilnya telur rebus terkopek dan tak licin. Lagi masalah kalau perlu mengupas telur dalam jumlah yang banyak.
Supaya tak berdepan masalah begini terutama bagi peniaga makanan boleh praktikkan tip yang dikongsi oleh Chef Hazif Fizzainal. Menurutnya jika menggunakan cara ini untuk kupas 1500 biji pun tiada masalah, 2 jam saja dan setel.
4 cara rebus telur supaya mudah dikupas
Ada terbaca posting perniaga nasi lemak dilema nak masak telur rebus. Jangan risau tip ini boleh memudahkan kawan-kawan dan peniaga di luar sana. Nak kupas 1500 biji telur pun tiada masalah, hanya ambil masa 2 jam saja jika telur dimasak dengan cara ini.
Jom saya share 4 cara rebus telur supaya mudah dikupas.
1.Rebus telur dalam suhu didih 100’c dan masukkan garam. Insya-Allah telur mudah dikupas.
2.Atau boleh juga rebus telur dalam suhu didih 100’c dan tuang sedikit minyak masak.
3.Boleh juga gunakan stimer. Susun telur dalam bekas stim selama 21 minit suhu 100’c.
4.Satu lagi cara, sediakan periuk, air, tunggu sehingga mendidih dan rebus telur hingga masak.
Insya-Allah telur akan senang dikupas ikut cara ini.
Beli dan simpan bahan basah untuk memasak, memang memudahkan kerja. Tetapi ada kalanya barangan yang dibeli lambat dimasak. Setiap daripada kita pasti pernah mengalami situasi dimana beli mi kuning, kuetiau dan laksa basah untuk stok berminggu-minggu tapi tak masak? Bila dah beku dan berbau mulahlah masuk ke tong sampah. Membazir tu. Jadi jom cuba petua menyimpan mi kuning, kuetiau dan laksa basah perkongsian saudari hani_mynis ni. Selamat mencuba.
TIP SIMPAN MI KUNING, KUETIAU & LAKSA BASAH SUPAYA TAHAN LAMA
Hani ni hantu laksa penang. Selalunya setiap bulan akan masak laksa. So ni cara nak pastikan laksa basah yang hani beli tahan lama dan tak berbau hapak ke apa…
Cara ni sesuai untuk semua jenis mi basah (mi kuning, mi kuetiau dan mi laksa). Mi basah macam ni kalau letak kat luar peti ais boleh tahan 3 hari. Letak je kat tempat redup (no direct sunlight) kat dapur.
Kalau nak tahan 2-3 minggu, jangan masukkan terus dengan plastik sebungkus-sebungkus tu terus dalam peti ais. Nanti dia mengeras dan mi akan melekat-lekat. Jadi bila nak makan, kena rebus balik.
Mi yang melekat ini juga akan patah-patah bila dileraikan. Hasilnya bila dimasak, mi jadi tidak cantik.
CARA BETUL MENYIMPAN MI BASAH ( TIP DARI PENJUAL LAKSA & MI KARI)
Lepas dibeli, keluarkan mi dari bungkusan dan terus masuk dalam bekas berpenutup. Letak sedikit minyak dan urai-uraikan mi tersebut supaya tidak melekat. Jangan masukkan seketul macam tu je tanpa diurai.
Pastikan mi yang disimpan tidak terkena air.
Pastikan bekas berpenutup yang nak diisi mi itu juga dalam keadaan kering.
Isi mi, tutup bekas dan masukkan ke dalam peti sejuk di bahagian chiller. Dengan cara ini mi boleh tahan hingga minggu.
Bila hendak digunakan, panaskan air hingga mendidih. Masukkan mi. Hasilnya mi akan jadi lembut, elok dan tidak patah-patah.
Selain sedap dibuat sambal, goreng kunyit atau dimasuk dalam tomyam sotong juga enak dibuat masak lemak. Jika nak lebih sedap dan istimewa boleh cuba buat sotong masak lemak Padang.