Kenapa Ketika Masak Ayam Goreng Tepung, Tangan Kena Kering? Ini Sebabnya

Share

 

 

 

 

Mesti korang suka makan ayam goreng tepung atau ikan goreng tepung. Samalah juga dengan udang goreng tepung dan sotong goreng tepung. Rasanya yang rangup begitu memikat selera. Kan?

Nak tahu tak, kalau nak masak hidangan yang digoreng dengan tepung, tangan anda kena kering. Jangan tangan basah-basah, anda pegang ayam misalnya dan kemudian golekkan pada tepung.

 

 

Kenapa tangan kena kering?

Semasa memasukkan atau menggaulkan bahan yang hendak digoreng misalnya ayam atau ikan pada tepung, tangan anda kena kering. Bukannya basah atau lembap. Tangan yang basah atau lembap akan membuatkan tepung itu lembap dan hasilnya kurangan rangup.

Cara yang betul

Biasanya, untuk memasak ayam goreng tepung atau apa sahaja yang bertepung, kita gunakan dua bancuhan tepung yang berbeza. Bancuhan tepung basah dan tepung yang kering.

Gunakan kedua-dua tangan anda. Tangan kiri untuk memasukkan ayam dalam adunan tepung basah. Manakala tangan kanan untuk masukkan ayam ke dalam adunan tepung kering.

Mula-mula gaulkan ayam ke dalam adunan tepung basah gunakan tangan kiri anda. Kemudian masukkan ayam ke dalam tepung kering. Tangan kanan menggaulkan tepung kering ke atas ayam dan masukkan ke dalam minyak.

Senang je kan?

 

Keringkan tangan dengan tepung

Senang je nak pastikan tangan kering. Ambil sedikit tepung dan gosokkan kedua-dua belah tapak tangan dengan tepung itu. Mesti kering.

Senang kan? Selamat mencuba.

Published by
Maryam Elyas